Saturday 24 July 2021

Contoh Surat Dan Notis Berhenti Kerja Dalam Bahasa Inggeris (Resignation Letter Template)

 Assalamualaikum & salam sejahtera.

Untuk entry kali ini, aku nak kongsikan template untuk Resignation Letter. Ia perlu straight-to-the-point tanpa panjang berjela. Good luck & all the best! Pastikan beri pada Jabatan / Bahagian Human Resources atau Administration. Tinggalkan firma lama dalam keadaan yang baik, kerja lama telah disiapkan, hand-over kerja yang pending dengan baik pada staf lain dan pulangkan semua harta hakmilik firma lama.

In shaa Allah, akan dimudahkan perjalanan kita ke hadapan. 


Template 1

Date : DD/MM/YY


Your full name

No. XX, Jalan XXXX

Bandar XXXX

42XXX Selangor/Kuala Lumpur.

 

Your company's full registered name

No. XX, Jalan XXXX

Bandar XXXX

42XXX Selangor/Kuala Lumpur.

  

Dear Sir/Madam,

  

RE : LETTER OF RESIGNATION

Reference is made to the above.

I would like to resign from the position of XXXX (under probation/internship/contract basis/permanent post) effective 24 hours / 1 week / 2 weeks / one month from today's date.

 

It’s been a privilege working with the firm.

 

Thank you so much for all the support and opportunity that this firm has provided me during my probation/internship/contract basis/service term.

 

Yours faithfully,

Your signage, 

Your full name




Saturday 29 May 2021

Tips Dapatkan Anugerah Naib Canselor / Vice Chancellor’s Award (ANC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.

Untuk blog entry kalini, aku nak kongsi Tips untuk Dapatkan Anugerah Naib Canselor / Vice Chancellor’s Award (ANC). Aku rasa dah sampai masa untuk aku jawab soalan yang junior-junior tanya.


Aku kongsi ni bukan sebab aku rasa aku hebat atau layak untuk bagi nasihat. Aku kongsi sebab aku sendiri pernah jadi junior dan berharap senior sentiasa kongsi tips valuable yang boleh bantu mudahkan aku belajar. Aku sendiri berusaha kenal & tanya-tanya senior cara dorang belajar, apa anugerah yang boleh bantu kita, apa penglibatan akademik dan ko-kurikulum yang dapat bantu percepatkan haluan kareer kita nanti.

Sebelum tu, aku kenalah beritahu apa achievement aku sepanjang zaman universiti aku kan. Aku merupakan pelajar Kursus Pengurusan Hartanah di UiTM Seri Iskandar, Perak (Diploma) dan Shah Alam (Degree). Tahun 2015-2018 ialah tahun Diploma dan 2018-2020 ialah tahun aku spend untuk habiskan Degree.

Alhamdulilah, untuk Diploma Pengurusan Hartanah UiTM, aku berjaya memperoleh Anugerah Graduan Terbaik Program dan Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.93.

 



Untuk Sarjana Muda Pengurusan Hartanah UiTM, aku berjaya memperoleh Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.85 & memenangi Gold Award, 5th International Built Environment Undergraduate Research Competition 2020 untuk kerja Thesis / Final Year Paper.

Untuk pengetahuan korang, ramai je student sekolah yang tak tahu di universiti nanti, akan ada beberapa Anugerah yang boleh dikejar. Ada kawan sekelas aku yang dah sampai semester 3 baru tau yang ANC tu wujud. Ingatkan ada Anugerah Dekan (AD) sahaja.

Senarai Anugerah Akademik di Universiti :

1.      1.  Anugerah Naib Canselor

2.      2. Anugerah Dekan

3.      3.  Anugerah Graduan Terbaik Program

4.      4. Anugerah Graduan Terbaik Fakulti

5.      5. Anugerah Diraja

Pengetahuan aku bertambah tentang hal ni pun sebab terbaca dari flyers yang dapat masa orientasi MDS. Since parents aku pun keduanya dari UiTM, dorang pun dah brainwash aku tentang selempang pink. Masa awal-awal masuk UiTM, aku dah tau apa yang aku kena kejar.

Untuk thread kalini, aku nak fokus pada Tips Dapat Anugerah Naib Canselor.

Sebabnya, aku habiskan satu semester untuk jumpa cara study yang betul. Itu saja bagi aku dah buang masa, sedangkan kita boleh jimat masa dengan apply experience senior kita.

Penerima ANC ialah graduan yang berjaya maintain GPA setiap sem ≥ 3.50. Maksudnya, setiap semester graduan tersebut MESTI dapatkan Anugerah Dekan (AD). Graduan nak sangat ANC ni sebab 3 benda ni :

 1.   Pencapaian kendiri (naikkan merit & cantikkan resume)

 2. Pengecualian bayaran semula pinjaman PTPTN

 3. Berpeluang memakai selempang pink sewaktu konvokesyen

Untuk tahun 2021, masih akan dapat pengecualian ya jika tamatkan pengajian dengan Ijazah Kelas Pertama CGPA ≥ 3.50. Jadi aku mohon sangat untuk informlah junior dan adik korang supaya aim awal dapatkan ANC/1stClass. Nanti pinjaman akan ditukarkan kepada biasiswa.  Tak payah bayar balik.

Sejujurnya, aku yakin semua orang boleh dapat ANC if tau cara belajar yang betul & ikut style yang sesuai dengan diri masing-masing.

Tips ni penting & senior kena sampaikan pada junior. Jadi, apa yang aku kongsi sekarang ialah apa intipati yang diturunkan daripada lapisan senior-senior terdahulu. Ceh hehe.


Here goes!

1. Jaga Solat Dhuha, Ayat Seribu Dinar, Doa Mudah Urusan

Ini penting! Arwah nenek aku selalu suruh baca ayat seribu dinar dan doa mudahkan urusan tiap kali masa tunggu van nak pergi sekolah. Dari PMR sampailah kat universiti aku amal. Bila dah hafal, practice baca setiap kali habis solat. Semua urusan haritu akan dipermudah.

Aku start amal solat dhuha semasa di asrama untuk persiapan SPM. Di SM Sains Banting, aku dikelilingi kawan yang baik dan selalu galakkan untuk tambah amalan sunat. Jadi, aku belajar-belajar dengan kawan tentang solat sunat dan amalan ekstra untuk support amalan wajib.

Bila dah terbiasa buat di asrama, Alhamdulilah, aku dapat bawa amalan tu di universiti. Lagi mudah nak amal di universiti sebab kelas ada gap untuk lari kejap pergi surau atau solat sunat sebelum ke kelas. 

 

2. Planner

Its crucial to have a planner! Time management lah yang dapat bezakan org berjaya & kurang berjaya. Untuk dapatkan ANC, kita kena sentiasa peka dengan tarikh test, final exam, quiz dan deadline assignment. Barulah dapat buat persiapan mantap dan tak prepare last minute. Tambah lagi, aku ni jenis pelupa dan senang gabra. Jadi, setiap hari aku akan “tick” apa kerja yang dah complete & incomplete.

Setiap pagi aku akan selak tengok untuk rancang jadual hari tu, tengah hari, petang, malam nak selesaikan apa dahulu. Malam pula, aku akan duduk tenang-tenang di meja study untuk buat list esok.

Aku jadi seorang yang komited menggunakan planner bila aku terdengar satu pendapat rasional ni. “Buat apa kita nak saratkan otak untuk ingat setiap benda yang perlu kita selesaikan, sedangkan kita boleh list downkan semua. Jadi, otak kita ada full capacity untuk fokus. Kita kurangkan beban pada minda, turunkan list tersebut ke dalam bentuk fizikal.”

Make sense, bukan?


3. Nak berjaya sama-sama

Sejujurnya, nak berjaya, korang perlu geng. Memang nice if dalam kelas ada sorang mediator yang rapat dengan lecturer, sorang tukang print notes, ada yang pandai dan sudi share notes, sorang genius dalam simplify formula calculation, sorang supplier past year question etc.

Aku nampak banyak perbezaan untuk kelas yang bersaing dengan cara healthy dan unhealthy. Aku gembira nak cakap yang kelas aku sangat kompetitif tapi berjaya maintain environment yang sihat. Semua sangat supportive!

Yang bijak bantu yang kurang bijak. Yang dapat info lebih dari lecturer atau senior akan share kepada kawan lain. Memang tak kedekut ilmu. Tup tup, ramai sangat yang berjaya dapat ANC untuk batch aku. Classmates supportive ni memang salah satu bentuk rezeki. 

 

4. Waktu ulangkaji

 Waktu belajar memang kena ikut style sendiri. Aku jenis bangun awal, pukul 4 pagi, tidur strictly pukul 10 malam.

4 pagi tu, kadang-kadang aku dapat buat Solat Sunat Tahajjud, lepastu aku terus duduk kat meja study. Buat notes apa yg lecturer ajar semalam. Aku takkan tangguh sebab nanti terlupa or piling up. Time fresh tu kena buat!



Life aku waktu Diploma memang bagi aku paling teratur. Tidur cukup, pergi kelas 1-2 jam awal daripada lecturer dan classmates sebab aku ketua kelas masa Sem 2, jadi kena cop kelas before orang lain masuk. Banyak assignment macam mana pun, aku tak kacau masa tidur sebab aku ada jadual belajar.

Berbeza ya bila kita datang kelas awal, kita dapat pilih tempat duduk yang dekat dengan lecturer, selesa tak terlalu sejuk dekat dengan aircond dan tak terlalu panas kena cahaya matahari. Dapat juga kita selak notes dan prepare mental untuk serap pengajaran lecturer hari tu.

Selingan - Pernah sekali aku bangun pukul 4, dekat UiTM Seri Iskandar Kolej Teratai 1, aku duduk dekat meja facing tingkap Teratai 2. Time tu budak Degree takde so T2 kosong gelap sepatutnya.

Aku terperasan, satu bilik dekat level G je yang lampu terbukak. Aku peliklah, pastu usha. Lamaaaaaaaaaaaa lepastu ada tangan lambai dekat aku.

Ini sumpah tak tipu. So aku terus naik katil, selimutkan diri dan tidur. Ketakutan sebenarnya. Sebab esoknya aku check, bilik bawah tu stor untuk letak barang budak negeri lain. Bukan bilik hostel pun. Haha. Wallahualam.


5. Notes sendiri

Nota aku ialah senjata rahsia aku. Wajib buat notes sendiri! Macam aku, otak aku lebih mudah proses tulisan sendiri. Kena tulis balik & font saiz BESAR supaya tak sakit mata nk baca.

Bila ada nota, sebelum exam kita akan jimat masa untuk ulangkaji hanya perkara yang penting dan yang pernah lecturer highlight. Nota lecturer kebiasaannya terlalu tepu dan sarat. Jadi, kita kena simplify dalam bentuk dan ayat yang kita faham.



Font besar akan bantu kurangkan beban mata masa nak study sebab kita selalunya akan paksa diri study sampai lewat malam dan pagi buta, jadi jangan strain kan mata.

Since aku ni jenis photographic memory, benda law semua aku lukis-lukis sebab otak aku akan recall balik nota dalam bentuk template. Aku akan ingat butiran nota aku mengikut susunan yang aku letak atas kertas. Aku memang akan ingat benda berwarna/shape pelik. That being said, korang kena identify cara apa yang paling sesuai untuk dipraktik.


6. Doa dari parents, nenek dan lecturers

Setiap kali ada exam, test, atau presentation yang besar, aku akan bagitau group Whatsapp family dan minta semua untuk doakan aku. Arwah nenek aku akan listkan nama subjek & bacakan Yaasin the exact same time exam bermula. Kiranya semasa aku tengah jawab exam, arwah nenek aku pula sedang bacakan Yaasin sampailah aku habis exam. Memang semuanya dipermudah, minda jadi lancar dan ingat semua benda yang aku dah belajar.

Sesiapa yang pernah baca blog entry aku sebelum ni akan tahu yang ayah aku dulunya student EM juga. Link - Diploma Pengurusan Hartanah https://pelajaruitm.blogspot.com/2016/04/diploma-pengurusan-hartanah.html

Jadi, setiap kali aku kena buat keputusan masa study, aku akan rujuk ayah aku. Aku akan tanya tentang idea untuk feasibility study, cara presentation, cara nak tackle calculation dan mana satu killer subject.

Ayah aku pernah sekali beritahu yang dia rasa terharu dan dihargai sebab aku libatkan dia dalam setiap decision yg aku buat tak kira dalam kerja part time dan pelajaran, semua aku rujuk pada dia. Aku fully rely on restu parents. I think that’s why everything becomes easy. Dia beritahu, semuanya mudah bagi aku sebab aku dengar cakap parents dan sentiasa minta izin dari mereka. Alhamdulilah.

 

7. Core subjects

Dapatkan list subject dan perhatikan column credit hours. Bagi perhatian lebih sikit pada subjek berat, yang 4 credit hours dan keatas. Lebihkan effort pada subject core sebab weightage dia memang akan tarik CGPA if spoil.

Subjek berat biasanya banyak calculation dan akan fokuskan pada praktikal. Set dalam minda untuk tak takut dengan mana-mana core subject. Jangan lemahkan diri sendiri.

Jaga markah attendance, test, quiz, assignment & presentation!

Contoh list subject untuk kursus UiTM :

 

Untuk kursus EM, pay attention pada Valuation, Property Development & Property Management.


8. Mentor

This is super crucial! You need to see the whole thing, of what you’re gonna become after you graduate. So i chose several remarkable individuals in property field.

 

Bahagikan kepada dua jenis matlamat :

Short term – Idolize and learn from seniors and lecturers

Long term – Idolize and observe the journey of industry players and corporate individuals

Aku listkan individu yang ada persamaan dengan aku, iaitu yang ada Diploma & Degree Pengurusan Hartanah UiTM. Semua individu di bawah ada persamaan ini. 

1.       CEO Uda Holdings- Mohd Salem Kailany

2.       Managing Director Asia, Ian Scott International- Dato SR Rosli Atan

3.       Senior Lecturer, Facilities Management, Liverpool John Moores University – Allahyarham Nazali Mohd Noor

 

Hence, korang dapat tengok flow yang realistik. Apa milestones yang korang perlu achieve untuk slowly bergerak kedepan. Bila dah graduate, kita akan rasa overwhelmed dengan dunia bekerja. Tiada siapa yang dapat guide fully apa haluan kita. Tiada betul dan salah, lambat atau cepat. Jadi, kadang-kadang kita akan rasa seperti tiada hala tuju dan clueless sama ada apa yang kita buat ni akan benefit future kita atau tidak.

That’s why kita perlu mentor. Untuk belajar pendekkan masa untuk buat kesilapan. Observe kesilapan mentor kita, observe kekuatan apa yang boleh dimanfaat dan gunakan untuk capai ultimate goals kita.

Jika korang decide nak masuk dunia corporate, decide untuk ikut perjalanan siapa. Jika berminat nak masuk bidang pendidikan, kena tahu untuk ikut haluan siapa. Semua ni untuk kurangkan buang masa untuk buat kesilapan. Ya betul, setiap orang mesti akan buat kesilapan. Baru boleh belajar. Tapi kita kurangkan kesilapan dengan belajar dari kesilapan orang terdahulu.

Ingat! Setiap langkah kecil yang korang buat harini, MESTI KENA slowly accumulate untuk achieve matlamat besar. Tanya diri sendiri setiap hari, adakah benda yang aku buat harini akan bantu aku capai matlamat aku?


9. Leave no room for error

Aim for ANC since the very beginning. Don’t let your friends or faculty society club or entertainment to distract you. Prioritise your CGPA. Weightage during job interview is basically : CGPA > Co-curriculum.

Not once my interview panels asked about my co-curriculum involvements.

Mengikut pengalaman aku, masa interview kerja, panel akan fokuskan soalan pada pengalaman bekerja. Pengalaman internship / praktikal sebenarnya tidak dipandang sangat, kecuali jika praktikal di syarikat yang dikenali dan berkaitan dengan industri dan jobscope.

Jadi, jika korang tanya aku, aku akan nasihat untuk kukuhkan ilmu dalam bahagian practicality of knowledge. Sebelum ni, aku dan kawan-kawan ada peluang bercuti 4 bulan sebab UiTM nak alignkan kemasukan student Degree dan Diploma.

Sementara pelajar lain semuanya gembira bercuti, aku dan 4 lagi kawan lain dipelawa oleh Dato' SR Rosli Atan untuk menjalani "industrial attachment" di Valuation Firm, Raine and Horne International, Zaki and Partners, KL.

That being said, bila ada je peluang untuk pengalaman bekerja dan praktikal, sambar terus! Tambah ilmu dan jangan takut. Kita akan takut jika tak tahu. Once berilmu, kita akan berani kedepan dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.


10. Jangan amalkan bertangguh

Cara aku, balik je dari kelas, aku akan terus buat notes. Gunakan short form dan abbreviations. Aku tak suka study last minute. Time kelas memang aku akan banyak bertanya directly apa yang tak faham. Terus dapatkan jawapan haritu jugak.

Ada masa yang certain classmates kurang suka individu yang banyak bertanya. Sebab lecturer akan susahkan kita dengan bagi banyak kerja. Read the room. Tanya soalan yang memang genuinely korang tak faham dan perlukan jawapan. Jangan tanya soalan berulang. Bagi peluang kawan lain untuk bertanya, jangan dominasi sesi Q&A.  

Aku belajar dari kesilapan lama di SBP dulu. Aku ni bodoh Math. So dulu-dulu memang aku kaki study last minute untuk subjek Math, kurang bertanya sebab takut kena target, selalu buat-buat faham padahal lembab. Since aku dah sedar Math kelemahan paling besar, aku decide utk beranikan diri & tak takut dengan nombor.

Di universiti, aku takkan izinkan diri untuk jejak keluar dari kelas selagi aku tak faham apa pembelajaran haritu. If tak mampu jugak, dalam minggu tu aku akan minta kawan lain jadi tutor dan tengok cara problem solving kawan lain.

Aku faham satu perkara. Larilah ke kursus mana pun, semua akan ada subjek Math (kelemahan aku). Dalam kursus EM ni, siap jadi Core subject lagi haha. Tuntasnya, cukuplah larikan diri dan bertangguh. Man up and face your fear. In shaa Allah.

 

Dengan ini, tamatlah perkongsian untuk entry kali ini. Itu sahaja sharing aku, senang kalau junior tanya, aku terus send link untuk baca entry ni. Dengarlah daripada orang yang dah bekerja. Masa study, buat sehabis baik. Untuk kepuasan diri sendiri, sebab lepasni dah tak sakit belajar. Tapi sakit bekerja. Bila buat sesuatu, buat yg terbaik. ALWAYS!

Untuk sebarang soalan, sila kemukakan di bahagian komen di bawah. Aku akan jawab secepat mungkin. Terima kasih sebab membaca! 



Link kepada Twitter threads hartanah : 







Wednesday 5 August 2020

10 Tips Sewa Rumah Untuk Pelajar & Orang Bekerja


Perkongsian oleh Akram Noor

Rumah sewa boleh diuruskan oleh tuan rumah ataupun diwakili agen hartanah yang telah dilantik sebagai orang tengah. Kesemua tindakan & arahan agen hartanah adalah input langsung daripada tuan rumah.

Penyewa perlu faham yang agen hartanah perlu lebih cenderung untuk menjaga hak tuan rumah, akan tetapi, agen hartanah yang baik perlu bertindak adil kepada kedua-dua belah pihak. Agen hartanah akan sentiasa mencadangkan strategi untuk memberi keuntungan maksimum kepada tuan rumah, sekaligus kena bertindak adil pada penyewa.

Tapi tak semua manusia dalam dunia ni baik belaka. Jadi kita kenalah equip diri sendiri dengan ilmu supaya tidak dianiaya. Ikut nasihat aku.



1. Baca & fahamkan tenancy agreement

Tolong baca sepenuhnya agreement. Jangan terburu-buru, duduk berbincang & tanya tentang perkataan yang tak faham. Jangan ambil ringan. Jangan percayakan tuan rumah atau agen sepenuhnya. Selalulah cakna dengan isi perjanjian kerana kita akan membuat komitmen untuk jangka masa yang agak lama. Anda sebagai klien BERHAK tahu apa komitmen yang bakal anda hadap.


2. Rent review

Tanya agen samada dalam tempoh sewa, akan ada kenaikan sewa atau tidak. Jika dalam agreement, tiada menyebut tentang kewujudan “rent review”, kadar sewa tidak boleh dinaikkan sama sekali walaupun harga sewa pasaran mengalami kenaikan. Kadar sewa dinaikkan akan menyebabkan “breach of contract” kecuali mendapat persetujuan penyewa.


3. Refund deposit

Ini masalah yang kerap berlaku dikalangan penyewa. Penyewa perlu menghabiskan tempoh sewa terlebih dahulu, baru boleh mendapatkan semula deposit. Walaupun penyewa inform agen untuk keluar dari agreement 3 bulan awal dari tarikh tamat tempoh sewa, penyewa masih tidak akan dapat deposit semula kerana masih dikira sebagai “breach of contract”.
Penyewa hanya akan mendapat deposit semula sekiranya dalam agreement ada terma yang membenarkan penyewa keluar dari rumah dengan pemberitahuan awal 3 bulan & tuan rumah perlu memulangkan semula deposit. Berbalik semula kepada persetujuan bersama.


4. Tugas penyewa & tuan rumah

Finalizekan tugas kedua belah pihak. Siapa yang bertanggungjawab untuk selesaikan :
1. Maintenance fee
2. Bil elektrik & air
3. Kos wear & tear fittings & fixtures rumah
4. Bil WiFi
5. Kos duplicate kunci & kad lif

Jangan dah tengah tahun, tiba-tiba tuan rumah cakap penyewa yang kena ganti lampu rumah yang rosak sebab wear & tear. Itu normally ialah tugas tuan rumah. Selalunya penyewa akan bertanggungjawab untuk kerosakan atas sebab kecuaian atau salahguna.


5. Ambil gambar rumah semasa baru masuk & sebelum keluar

Aku paling particular bab ni sebab aku tak suka dipersalahkan untuk kerosakan atau kehilangan barang yang bukan salah aku. Bila dah bersetuju untuk masuk perjanjian, ambil gambar rumah dengan jelas. Sebelum penyerahan kunci selepas tamat tempoh menyewa, ambil gambar juga & simpan dalam folder laptop.

Rakam video sekiranya perlu. Ini boleh dijadikan bukti sekiranya kita perlu bayar ganti rugi untuk kehilangan kerusi, jam dinding, tong sampah yang bukan salah kita kerana memang barang tersebut tiada waktu kita jejak masuk rumah. Sentiasa letak diri dalam posisi selamat. Zaman sekarang, orang dah tak percaya cakap mulut. Perlu ada bukti fizikal & visual.



6. Ganti orang

Ini kerap kali berlaku apabila penyewa ingin keluar dari rumah sebelum tarikh tamat menyewa. Anda memang boleh tukar orang tapi kena ingat, nama anda ada dalam agreement rasmi yang telah disetem hasil. Sekiranya penyewa ganti ada buat masalah atau kerosakan, anda yang akan dicari.

Macam mana untuk tak terlibat dengan isu ini? Anda perlu buat agreement baru menggunakan nama orang ganti, untuk habiskan baki tempoh sewa. Tapi ingat, anda jugalah yang perlu keluarkan kos renew & kos setem agreement baru.


7. Kos tersembunyi

Acap kali, agen hartanah terlupa atau sengaja tidak memberitahu kos tersembunyi spt bayaran parkir bulanan, maintenance fee, gym membership etc. Ini kerana mereka nak cepat close deal sebab penyewa teruja harga sewa murah tanpa mengetahui kos-kos tambahan sepanjang menyewa.


8. Ruang parkir kereta & motor

Tanya tentang berapa jumlah parcel parkir yang disediakan percuma, berbayar & harga untuk parcel tambahan. Survey tentang visitor parking & open space berdekatan dengan rumah. Kena ingat, kadang-kadang kita ajak kawan datang rumah untuk study group & boleh jadi semua ahli rumah nak bawa kereta masing-masing.


9. Simpan bukti pembayaran

Tangkap gambar semua resit & simpan dalam folder laptop. Simpan dalam fail resit fizikal. Buang hanya selepas selesai semua urusan clearance rumah & selepas berjaya dipulangkan semula deposit.


10. MESTI matikan dengan setem hasil

Setiap instrumen undang-undang perlulah dimatikan dengan setem hasil dalam tempoh 30 hari dari tarikh sign perjanjian. Ini supaya perjanjian tersebut dapat dijadikan evidence di dalam perbicaraan mahkamah. Jika berlaku apa-apa isu & perjanjian tidak pernah dimatikan dengan setem, kesalahan pihak lain tak boleh dikenakan tindakan undang-undang sebab perjanjian tu tidak diacknowledge oleh pihak mahkamah. Kos stamp duty akan disekalikan dengan kos penyediaan perjanjian oleh lawyer.



Thursday 6 February 2020

Hostel Student Lelaki & Perempuan Di UiTM Shah Alam, Selangor

Hostel Student Lelaki Di UiTM Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum semua. 

Untuk blog entry kali ini, aku nak cerita secara ringkas je tentang kolej-kolej penempatan yang ada di UiTM Shah Alam. Bear in mind, aku hanya berniat nak share & hanya mampu share apa yang aku tahu sahaja. Sebab aku bukanlah pakar or ambil tahu sangat. Aku nak cuba senangkan korang & bagi korang dapat expect apa yang akan korang hadapi once korang dapat masuk kolej. Hehe. 

Kolej penempatan lelaki ada 3. Kolej Teratai, Kolej Delima & Kolej Perindu. Kolej Meranti & Kolej Non-Resident (NR) aku tak mampu nak cerita sebab aku takde kenalan yg duduk situ &NR pulak untuk org yang tak duduk dalam UiTM. NR ialah student yg menyewa di luar UiTM. 

Kolej Teratai

Kolej Teratai mempunyai 5 blok. Yuran kolej yang perlu dibayar setiap semester ialah RM315 dan RM20 bil elektrik. Blok yang selalunya diletakkan student Penerapan Degree & student baru Semester 1/2 akan diletakkan di Blok Teratai 1 & 2. Manakala, Blok 3,4,5 akan ditempatkan student yang dah Semester lanjut atau senior. Kolej Teratai mempunyai 6 tingkat dan setiap tingkat ada tandasnya sendiri. Since aku masuk Degree penerapan di UiTM Shah Alam, untuk Semester 3, aku berjaya dapat Teratai 1. Untuk Sem 4, Teratai 5 & Sem 5 di Teratai 4. Kedudukan kolej memang pihak kolej yang akan tentukan dan korang kena berebut tempat dengan kumpulkan sticker atau scan matrik kad lepas join event yang organised by pihak kolej. 

Kemudahan di blok Teratai

Kemudahan yang ada ialah mesin basuh berbayar di setiap tingkat 3, mesin air Coway di tingkat bawah, tempat parkir motor, tempat parkir kereta, bilik belajar, bilik televisyen, tempat sidai baju di hadapan setiap bilik (ampaian dawai), wifi UiTM, surau di setiap blok di tingkat 3 atau 4, vending machine dan pondok belajar. 

Kemudahan di bilik Teratai

Setiap bilik akan disediakan dengan almari besi, cermin panjang, langsir, kerusi, meja belajar sorang satu, plag elektrik (kalau boleh bawalah extension masing-masing), kipas ceiling, tilam, katil, whiteboard, ampaian indoor. Ada dua unit katil rangka besi, satu single bed, satu lagi double decker bed. Dekat Teratai, memang penghuni akan ada 3 orang sebilik. 

3 tilam yang disediakan, tanpa bantal. Katil atas berpalang. Lantai bertiles di Teratai 1 dan simen di Teratai 2-5, tiada penyapu dan tiada tong sampah disediakan di dalam bilik, 3 almari baju besi berlaci, perlu beli kunci mangga, Ada rak buku kayu, ruang soket elektrik, softboard untuk lekat notes. Di dalam bilik ada 3 lampu pendaflour dan tidak disediakan seterika. Juga ada rak kasut diluar setiap bilik.

Bilik Teratai 4
Pandangan dalam bilik.

Almari besi setiap pelajar

Single bed

Katil double decker
Blok Teratai 1
Pandangan luar blok.
Kolej Teratai 1

Ampaian dan kaki lima

Kaki lima kolej

Kolej Delima

Kolej Delima mempunyai 5 blok juga rasanya. Aku tak sure sebab tak ramai kawan aku yang dapat Kolej Delima. Yuran setiap sem untuk kolej ni ialah RM410/sem dan RM20 bil elektrik. Kolej Delima mempunyai 6 tingkat dan setiap tingkat ada tandasnya sendiri. Disebabkan yurannya yang agak mahal, setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar sahaja. Boleh dikatakan Kolej Delima ni agak eksklusif berbanding Teratai disebabkan fasiliti dan keadaan kolejnya yang jauh lebih baik dari Teratai dan Perindu.  

Kemudahan di blok Delima

Kemudahan yang ada ialah mesin basuh berbayar di setiap tingkat, mesin air Coway di setiap tingkat, tempat parkir motor, tempat parkir kereta, bilik belajar, bilik televisyen, tempat sidai baju di hadapan setiap bilik (ampaian dawai), wifi UiTM, surau di setiap blok di tingkat 3 atau 4, vending machine dan pondok belajar.  

Kemudahan di bilik Delima

Setiap bilik akan disediakan dengan almari besi, cermin panjang, langsir, kerusi, meja belajar sorang satu, plag elektrik (kalau boleh bawalah extension masing-masing), kipas ceiling ditengah bilik, tilam, katil, whiteboard, ampaian indoor. Ada dua unit katil rangka besi, dua single bed. Penghuni akan ada 2 orang sebilik. Meja dan almarinya kalau korang perasan, memang lagi besar dari meja dan almari Kolej Teratai. Memang kenalah dengan yuran dia.

2 tilam yang disediakan, tanpa bantal. Lantai bertiles, tiada penyapu dan tiada tong sampah disediakan di dalam bilik, 2 almari baju besi berlaci, perlu beli kunci mangga, Ada rak buku kayu, ruang soket elektrik, softboard untuk lekat notes. Di dalam bilik ada 3 lampu pendaflour dan tidak disediakan seterika. Juga ada rak kasut diluar setiap bilik. 

Kolej Delima
Pandangan dalam bilik.
Single bed

Almari besi dan cermin

Ruang seorang student Kolej Delima

Ruang bilik



Hostel Student Perempuan Di UiTM Shah Alam, Selangor

Akan diupdate kemudian. Terima kasih. Jika ada sebarang soalan, sila comment di bawah ya!