Hostel Student Lelaki Di UiTM Seri Iskandar, Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Wah, happynya ada juga orang baca entry-entry yang aku tulis haha. Terima kasih yer. Tapi yelah, mestilah korang berminat nak baca kisah kehidupan aku di UiTMSI memandangkan korang nak ramal apalah yang korang akan terpaksa berhadapan semasa jadi student UiTMSI.
Untuk memulakan entry kali ini, aku nak cerita pasal hostel dulu. Disebabkan aku lelaki, aku hanya mampu utk cerita pasal kediaman lelaki jelah. Kang kena tindakan tatatertib pulak, terkejut korang dengar aku cerita pasal hostel perempuan. Hoho. Kolej lelaki hanya bertempat di Kolej Indera Mulia dan Kolej Pasir Salak. Jarak antara dua kolej ini amatlah jauh, rupa bangunan pun berbeza. Kolej Indera Mulia (KIM) lebih hampir dengan bangunan akademik, pentadbiran dan fasiliti lain (bustop, pusat kesihatan, library, padang, kompleks sukan, kedua-dua pintu keluar UiTM, pusat mahasiswa, mesin atm Bankislam, gerai ABJ dan Uptown). Terdapat dua blok di KIM iaitu Teratai 1 dan Teratai 2. Dulunya, Teratai 1 menempatkan student Degree. Rasminya tahun 2016, student Diploma memenuhi Teratai 1.
Untuk Kolej Indera Mulia, Blok Teratai 1, bahan kemasan utk struktur bangunannya lebih sikit cantiknya berbanding Blok Teratai 2. Tapi aku tak kisah sangat sbb both Blok ada kelebihan masing-masing. Aku sertakan gambar Blok Teratai 1 untuk tatapan. Untuk pengetahuan korang, aku pernah menjadi penghuni bagi kedua-dua blok ini.
Blok Teratai 1.
(Pandangan luar)
Jangan risau, kedua-dua blok mempunyai kemudahan mesin basuh baju berbayar, mesin beli air, mesin air Coway, dan ampaian baju di hadapan setiap bilik di kaki lima.
Bilik Teratai 1.
Ada dua unit katil rangka besi, 4 tilam yang disediakan, tanpa bantal. Katil atas berpagar, macam babycot haha. Lantai bertiles, tiada penyapu dan tiada tong sampah disediakan di dalam bilik, 4 almari baju besi berlaci, cermin bersangkut di pintu almari, perlu beli kunci mangga, meja belajar memanjang memenuhi dinding kiri bilik sehingga ke dinding kanan. In shaa Allah, muatlah 4 orang nak belajar sekaligus. Ada rak buku kayu, 8 ruang soket elektrik, langsir, softboard untuk lekat notes. Di dalam bilik ada 3 lampu pendaflour, seketul kipas ceiling di tengah bilik dan tidak disediakan seterika. Juga ada rak kasut diluar setiap bilik.
Blok Teratai 2.
(Pandangan luar)
Ada tempat parkir basikal dan motosikal |
Ruangan tengah bangunan hostel |
Bilik Teratai 2.
Seperti yg korang nampak, katil ada dua unit rangka besi, double decker. Tilam disediakan, bantal tidak. Lantai simen screed. Langsir, empat meja belajar, empat kerusi, manakala penyapu dan tong sampah tidak disediakan, kipas ceiling ada seketul kt tengah bilik (Alhamdulilah, sejuk je). 4 ruang soket elektrik disediakan. Rak kasut ada di luar bilik. Kena beli sendiri mangga loker, dan cermin maybe kena sediakan sendiri. Sesetengah bilik akan ada cermin, sesetengah takda. Kena survey bilik dululah.
Oh ya, lupa nak bagitahu, lampu pendaflour diletakkan kat dinding ok, bukan ceiling. Maybe sng utk study.
Hostel Student Perempuan Di UiTM Seri Iskandar, Perak
KIS bilik 3 org. bilik 4 org