Tuesday 29 January 2019

Makanan di Seoul, South Korea

Aku dah listkan makanan yg boleh didapati di Seoul, South Korea. Include sekali mknn throughout journey. Harga sekali supaya boleh banding. Harap korg terliur!
  
Itinerary Travel Backpackers Seoul
Dgn hanya RM2440.88. Trip 8 HARI 7 MALAM.
Follow akaun aku @silly_boney utk lebih byk thread yg menarik. 

Click link ini untuk lihat : https://pelajaruitm.blogspot.com/2019/01/itinerary-backpackers-bajet-kewangan-ke.html

Ice Cream  9500 won = RM35.30
Worth it, ada serbuk choc yg melimpah-limpah. Green tea milk akan dituang di ats dessert ni. Milk boleh direfill SATU KALI. Kongsi 4 org pun tak habis serious!

Banana Milk 1300 won = RM4.80
Banana Milk ni sgt famous sampaikn klau blk Malaysia, org akan tnya “Bwk balik tak Banana Milk?!” Kena try rasa.  Rasa betul pisang dia tu. Gentle lembut & sedap. Bau pisang dia pun kuat mcm perfume.

Tuna Tin 3600 won = RM13.40
Nasi kosong 1300 won = RM4.80
Ni kitorg beli sbb stranded dkt satu jln kelaparan & semuanya kelihatan tidak halal haha. Pilihan selamat, nasi kosong dgn kanji yg berlebihan & tuna spicy. Nasi dia kind of sticky tapi nice lah cpt kenyang. Carbs lebih. Tuna dia mmg byk ingredients tambahan yg nk variasikan lagi perisa. Sayur pun ada dlm tu. Puas hati beb.
Chips 1000 won = RM3.72
Kitorg mkn dlm plane, potato chips rangup yg dpt rse grilled sikit. SEDAP cumanya tak suka rse manis-manis honey dia.

Dinner
Dinner kitorg order Seaweed Soup, Kimchii, Tuna & Sardine Omelette, Spicy Fried Squid, Dried Squid w Honey, Dried Seaweed, White Rice, Sundubu Jjigae (Sup Tofu + Seafood + Telur), & Sweet Sour Squid. Malam tu, aku mkn smpai perut kedepan. Semua lauk habis dgn jayanya. Aku bg thumbs up & puji owner kedai tu face to face haha.

Tteokpeokki 5000 won = RM18.60
Ni bnde yg kenyal nampak mcm bantal tu. Warna oren. Dia sbnrnya ialah Rice Cake. Sgt liat & tkboleh trus telan tanpa gigit to small pieces. Boleh mati tercekik for real. Not recommended for tiny babies. Gravy dia mmg superb, takpernah rasa lg rasa mcmtu.

Pajeon 4000 won = RM14.88
WEH AKU SUKA GILA LEMPENG NI. Rasa mcm cucur udang tapi ada yg ada seaweed, sayur Korea, seafood dan byk lg jenis-jenisnya. Sgt besar. Satu pinggan boleh share 4 org & boleh jadi, korg tak habis mkn pun.

Arabian Kebab won = RM
Fuh. Sedap gila srs. Yg penting dijamin HALAL. Brother Arab ni sgt peramah & dia igtkn aku Youtuber sbb dok record-record. Sejuk-sejuk mmg best pekena mknn panas. Korg akan rasa bahagia bila rasa combo sayur rangup, seasoning & daging bertekstur lembut.

Latte
Rasa mcm Nescafe Latte biasa tu.

Milk Tea
Rasa mcm Teh Ais Mamak haha.

Apple Juice
Bagi aku, dkt Korea ni air yg best ialah soda-soda dia. Kalau dkt Malaysia kita minum Mirinda, Kickapoo, 100 Plus, F&N, kat Korea rasa soda dia berbeza dan lembut je. Gas dia tak berat, bahagia bila minum hehe. Aku ada beli Milkis tapi lupa nk snap gmbar. Aku suka gila.  

Brahim
Wajib bwk pegi sana sbb portion Brahim skrg sgt byk. Manufacturer dia sgt generous smpaikan satu paket boleh mkn dua org. Rasa nasi dia genuine, tak rasa artificial. Bwk sekali serunding mmg recik hawau.

Santan products RM15
Airasia punya options meal dlm flight. Personally I will recommend Chicken Rice, Chicken Lasagna, Sweet & Sour & Nasi Lemak.

Ramen 1000 won = RM3.72
Hello? Pegi Korea mestilah cari Samyang yg tak sampai ke Malaysia kan. Harga murahhh sgt! Ramen cheese, seaweed, spicy, extra Jahannam spicy, vege, semua ada. You name it.

Roti Korea
Gardenia jauh lebih sedap! Alhamdulilah. Roti ni sgt keras, tidak boleh dimakan begitu saja. Tak possess its own flavour.

Seoul National University Buffet
Tq JPA & SNU for this free buffet HAHA. Dlm satu hari dpt enjoy cuisine Korea yg lengkap. Aku suka sangat dgn makanan ruji org Korea. Rasa yg unik, mengenyangkan & byk apply Cheese.

Waffle 500 won = RM1.86
PACKAGING DIA COMEL GILA & fun sbb boleh pilih byk color & kartun lain. Murah tapi tak expect waffle dia sgt rangup, chocolate layer yg gebu & berkrim. Patutnya beli lebih bwk balik aduh.

Coffee bun 1000 won = RM3.72
Sama je rse dgn memana Coffee Bun from bakery kita. Common bun & slalu jd option bila nk travel jauh yg kne duduk lama dlm one vehicle (Bas, Subway, Plane).

Lotteria Burger 1 set (including fries & coke) 7500 won = RM27.90
Wild Shrimp Burger. Since kita nak jauhkan diri dari Chicken, Beef & Pork kan. Amati ketebalan patty & roti dia ya Allah. Fries dia pun sedap hmm. Rindu.

Churros 3000 won = RM11.16
Churros dia agk mahal klau banding churros Malaysia. Oh ya, sbb beli ni pun kt tmpt tourism kan (Namsan Tower). Saja nk merasa je ni. Rangup dia mmg kena. Hangat-hangat yg selesa bila dimakan. Boleh try!


Itinerary Backpackers & Bajet Kewangan ke Seoul, South Korea

Ini ialah penulisan tentang travel backpackers ke Seoul, South Korea!
Trip 8 HARI 7 MALAM
“Bila member bukan kaki sembang, semua benda jalan,”  



Ditulis oleh Akram Noor. 
Twitterhttps://twitter.com/silly_boney
Instagram - https://www.instagram.com/amrl.akram/

Fyi, I’ve spent RM2440.88 per head for the whole trip.

1. Tiket flight pergi balik RM972.50
2. Entertainment (Namsan Tower Cable Car RM25.90, Lotte World RM111.17, Elysian Ski Kit RM220, 3. Meal Inflight RM15) RM372.07
4. Socks and glove RM12
5. Insurance RM58.61
6. Trench Coat Bundle RM5
7. Duit belanja sana RM1,020.70

Total spent : RM2440.88

Macam mana kitorg dpt duit utk trip ni?

Aku dan Syahir pulun jd tutor Snapask, jual baju online, Uber, tuliskan essay MUET org utk dpt RM5 per essay, Asyraf dapat upah from parents sbb tolong business family, Aku ambil upah editing, dan banyak lagi sumber kitorg. Mmg ikat perut la before pergi trip ni. Jimat sakan kat uni sampai mkn RM4 je sehari. RM2 pagi, RM2 ptg. Minum air coway free kt kolej. Tapi kalau korang kenal aku, style aku mmg cmni. Geng Basis dan UiTM SI taulah haha.   

ITINERARY 
5 FEB 2018 (Day 1)
Klia2 to Incheon Airport (2:40 pm)
Arrived in Incheon Airport (10:10pm)
Perjalanan mengambil masa sebanyak 7 jam approximately.


6 FEB 2018 (Day 2)
-Namsan Tower/Seoul Tower
-Namsan Cable Car
-Namsan Park (along the way)


 7 FEB 2018 (Day 3)
City Tour
-Buchok Hanok Village
-National Folk Museum of Korea
-Gyeongbokgung Palace
-Gwanghwamun Square


8 FEB 2018 (Day 4)
Skiing Day (From Myeondong/Hongik University)
-Elysian Ski Resort (all in)


9 FEB 2018 (Day 5)
Graduation Day
Seoul National University
Dotta Mall


10 FEB 2018 (Day 6)
Theme Park Day
Lotte World


11 FEB 2018 (Day 7)
Seoul Shopping Tour
-Myeongdong Street Market
-Nandaemum Market


12 FEB 2018 (Day 8)
Departure from Incheon Airport to Klia2 (9.20 am)

INTRODUCTION
Assalamualaikum & Anneyong haseyo HAHAHAHAHA. 
I dunno why it feels funny to say anneyong. So cute. So as promised, aku akan tulis thread tntg backpacking to Seoul, South Korea. Sbnrnya kalau nk dicerita, trlalu pnjg. But aku akan try my best utk make it simple.

Hendak diingatkan, semua lokasi yg kitorg pergi ni merupakan hotspot tourists yg dtg ke Seoul. Tapi ada lagi tmpt tarikan yg kitorg tak brjaya pergi kerana kekangan masa. Feel free to share your experience in the comment section below!

Oh ya! Tau tak yg korg boleh dptkan Trench Coat & Hoodie Winter mcm kitorg hanya RM5 di BUNDLE RM1 Seri Iskandar? Kimono, jaket kulit, jaket bulu, jaket bomber, kostum, kemeja Hawaii, sweater, hoodie dan mcm-mcm lg. Seri Iskandar, Perak. Belakang 7E & sebaris SIBC Asrama UTP.



FIRST DAY
Omg, the first night we arrived was hell. HAHAHAHAHA. Cuaca mlm tu sgt membunuh. -16C. Kami sampai di Incheon Airport. Masa tu dah pukul 10 malam. Turns out, Incheon Airport & Seoul Subway pun tutup by midnight. Kitorg didrop sebelum sampai didestinasi yg sepatutnya. Dan telah dihalau keluar disatu tmpt yg kitorg pun tkleh nk trace kt mne. 

Staf Subway tu tak tahan tgk kitorg lembab-lembab menikmati suam-suam Subway & beli kopi panas di vending machine. Staf tu ambil beg kitorg & bawak sampai kluar stesen HAHAHAA omg effort menghalau tu.


Thus, kitorg terkandas kat luar. -16C tanpa internet, tanpa proper insulation clothing. Lepas setengah jam kitorg lepak kt tepi jalan, kitorg decide nk ambil teksi. AMEK TEKSI PUTIH. TEKSI HITAM SGT MAHAL JGN SESEKALI TAPI TEKSI PUTIH PUN MAHAL LEKNET.

Fare teksi? 23,000 won = RM86

Malam tu kitorg tidur kat rumah member di Gwanak-Gu, Seorim Dong. Alhamdulilah, system rumah dia ada heater di lantai dan dinding, juga heater infrared mcm laser. Cool gila.

SECOND DAY
So, our first day kitorg gerak on our own, 3 of us ke Namsan Tower or currently known as Seoul Tower.

Seoul Tower
In order to get to this tower, boleh je korg nak daki sendiri dan nikmati permandangan pokok dan pathway yang diliputi ais. Utk alternative pantas, korg boleh naik bas bernombor 2,3 dan 5.  Permandangan di sekitar tower ni mmg mesmerising. Aku bg gambar je sbb malas nk describe.


Locks of Love
Korg akan jumpa satu outlet kecil yg jual mangga-mangga cinta ni. Disebabkan aku single, so aku rasa kalau tulis nama crush atas  lock tu mcm desperate & menyedihkan sgt. So aku decide utk takpergi outlet tu. Bg korg yang nk sweet-sweet lekit kt sini, bolehlah beli dan kunci cinta korg di tower ni.  In shaa Allah cinta korg akan berkarat bersama-sama pagar besi.

Cable Car
Best ke Cable Car dia ni?
TAK BEST.
Asal pulak?!
AKU MMG TAK SUKA NAIK CABLE CAR. LEMBAB DAN CROWDY.
Oh ok.

Smart move, Syahir dah beli tiket cable car in advance from Malaysia lagi supaya tak kabut masa kt sini. Dinasihatkan agar korg ambil pergi-balik instead of pergi shj. Tiket pergi shj lagi mahal. Rugi sgt.

Namsan Park
Bagi aku, aku lihat taman-taman kat Korea sebagai tempat peragaan budaya. Bila korang pergi mana-mana taman dia, korang sentiasa akan nampak ukiran batu, struktur kayu, dan pondok yang ada ciri-ciri tradisional budaya mereka. Sangat sesuai utk photoshoot. Korang pergi taman-taman tepi jalan pun, boleh photoshoot. Lentok sikit je, automatic jadi model.


Observatory & Indoor Arcade
Ini pun kitorang dah beli tiket awal melalui online. Best jgk sbb dlm dia suam dan selesa.

 Modern interior design, ramai Koreans yg ala-ala supermodel & teknologi yg interesting.

THIRD DAY
Kitorg pun ambil bas 5519 utk turun di Sillim Station. From Sillim, kita boleh terus ke Gyeongbokgung Palace kerana turun di Gyeongbokgung Station. Station dia mmg lawa dan instaworthy sbb byk art, monument, sculpture dan lighting yg proper.

Public Transporation : Gyeongbokgung Station, Subway Line 3 (Recommended)

Korg akan melalui Gwanghamun Square utk sampai di Gyeongbokgung Palace. Dkt sini, kitorg sgt happy brgmbar sbb resultnya  mmg tiptop! Kitorg bergambar dgn Sumunjang dan miniatures keliling Square. Boleh juga menyewa pakaian tradisional Korea, iaitu Hanbok utk bergambar. Tapi aku tak sewa sbb aku ada plan lain hehe.

Seterusnya, kitorg singgah di National Folk Museum.
Disebabkan masih byk masa, kitorg pun gerak ke Buchok Hanok Village. Kitorg gigih solat jamak Zohor & Asar kt sini. Sebelum balik, kitorg beli souvenirs di gerai tepi jln.  

 FOURTH DAY
HAAAA ni seronok sikit. Kitorg pegi main ais. Utk dptkan gmbar yg acah peluncur salji professional, kitorg sewa goggles & topi berharga 20,000 won. Suprisingly, tmpt yg bersalji nilah hanya 0 darjah Celcius! Yg dkt kwsn perumahan & Subway biasanya mmg below -1 Celcius. Pelik kan?!

Tapi masa meluncur, aku byk kali jatuh. Ada sekali tu aku terkeluar dari kwsn meluncur HAHAHAHA. Sampai polis ski dtg selamatkan aku. *Legit. Dorg mmg ada Polis Ski. Utk selamatkan org-org noob dari terkorban ditelan salji tebal.


FIFTH DAY
Its Khairy’s Graduation Day! Student tajaan JPA program Korea dibolehkan utk jemput parents & family utk majlis grad Korean Language di Seoul National University. Disebabkan agak jauh, tak ramai family Malaysians yg dtg utk majlis ni. Thus, kitorg bertiga dijemput utk mengisi seat-seat kosong. Tau apa maksudnya? MAKANAN BUFET PERCUMA!

Aku bukan main happy lagi haritu sbb dpt rasa setiap jenis mknn Korea yg halal & pelbagai kerana penyediaan makanan majlis dipantau oleh JPA & Duta Malaysia.

Persembahan berunsur kpop juga mmg buat aku gembira haritu. Aku kagum dgn suasana & staf Seoul National University yg buat uni dia rasa mcm hotel 5 Star. Architectural structure, interior design, catering service, receptionist smua very sleek & professional. Waiter dorg smua hensem-hensem & lawa-lawa wtf. Baik sgt pulak tu.

Since hari tu ialah Hari Jumaat, kami bersolat Jumaat di ruangan International Church dlm kwsn uni. Paling mencabar bila nak ambil wuduk. 

Oh ya. Hari ni jgklah aku gigih pakai Baju Melayu di sekitar Seoul. Masa ni sbnrnya -5 darjah Celcius, tapi aku tweet la kata 0 darjah Celcius. Sbb part of me tau yg nanti ada meleis yg melenting tkleh trime facts yg aku withstand -5 Celcius berpakaian Baju Melayu.

SIXTH DAY
Lotte World Theme Park


SEVENTH DAY
Memandangkan trip kitorang hampir tamat, kitorang pergilah ke jalan-jalan Seoul yg famous sbagai lokasi beli belah. STREET SHOPPING!

EIGHTH DAY
Hari last, kami hanya spend di Gimpo  dan Incheon Airport. Fikir taknak terlepas flight je. Sebenarnya masa ni, aku mmg dh rindu Malaysia. Disebabkan cuaca sejuk melampau, kulit muka aku mengelupas. Bibir kering. Jari tangan & kaki beku. Tak rasa apa-apa bila sentuh. Jari-jari aku ambil masa 2 minggu after trip utk rasa normal balik. Mata merah. Sng ckp, mmg extreme sgt perubahan environment kita, so badan pun tak ready nak adapt. Aku bersyukur sgt kitorg tkde kne demam or selsema.


Example Emcee Script / Emcee for Formal Corporate Event

TEXT EMCEE
SIGNING CEREMONY BETWEEN IPLACE MANAGEMENT & ZEN ROOMS 2019

By Amirul Akram bin Noorhisham, Event Commitee

Arrival of guests






Assalamualaikum and a very good evening.

Before the event starts, I would like to invite the guests to be seated as the ceremony will begin soon.

Also, please make sure that all guests have registered at the registration table.

You may find our ushers are ready to guide you to your seating.

Your cooperation is appreciated.
Thank you.



Introduction
All guests may have a seat.

Salutation






Bismillahirahmanirrahim.


Greetings to,

Monica Ong,
Marketing Director of I-City

Puan Nor Azian Ibrahim,
CEO of Azian Empire Group (AEG)

Encik Mohd Zamrizal Dahalan,
Director of Azian Empire Group (AEG)

Mr. Maxime Chaury,
Country Manager of Zen Rooms and Team

Media Partners and Fellow Bloggers.

Assalamualaikum wbt and a very good evening to all ladies and gentlemen in the hall.

Welcome to the SIGNING CEREMONY OF IPLACE MANAGEMENT AND ZEN ROOMS.  



In this captivating I-City Sales Gallery, we shall witness the collaboration of I-Place Management Sdn Bhd with Zen Rooms Malaysia.


Lets start off with an intro for I-Place Management,

It is a company under the AEG Group of Companies, a bumiputera hospitality management service operator. Through its CEO Zulkifli Shahari, the company has grown from managing a modest 5 homestay units to now more than 100 units in I-City. It is among the fastest growing bumiputera hospitality management service operator here in Malaysia.

Stay tuned as it will make its way into Melaka, Penang, Mecca and Medinah very soon.


Now, abit of introduction for Zen Rooms,

It is the first network of budget accommodation in South East Asia. Zen Rooms provide top value-for-money accommodation by guaranteeing all the key essentials needed for a comfortable stay. Zen Rooms are now available in Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Philippines, Sri Lanka and Hong Kong.

A year after entering Malaysia market, Zen Rooms now operates in 7 cities, with over 2,500 rooms across 100 properties.   




Gratitude
Praise to Allah SWT, we have been graced by the chance to gather in this momentous ceremony.

Recitation of du’a
Before we move on, let us begin with the recitation of dua that will be led by Encik Meor Hafiz Meor Ahmad.


Thank you to Encik Meor Hafiz Meor Ahmad for the recitation of du’a just now.


Opening speech
Without ado, I welcome Encik Zulkifli Shahari, the CEO of IPlace Management Sdn Bhd to give an opening speech and remarks.




Thank you to Encik Zulkifli Shahari for the opening speech.


Speaker’s speech
Moving on, I welcome Mr. Maxime Chaury,
Country Manager of Zen Rooms Malaysia to deliver his insights.


Thank you to Mr. Maxime Chaury for the speech and insights.


Signing Agreement Session
Now, I welcome both Encik Zulkifli Shahari and Mr. Maxime Chaury to continue with the signing agreement session.




Usher may guide the representatives.
Media partners may take position to take photos.

Symbolic Indication
of Collaboration











As a symbolic indication of collaboration, I would like to invite again

Encik Zulkifli Shahari,
CEO of I-Place Management Sdn Bhd,

&

Mr Maxime Chaury,
Zen Rooms Malaysia Country Manager,

to take part in our symbolic session between I-Place Management Sdn Bhd and Zen Rooms Malaysia. Media partners may take position to take photos.

Ladies and gentlemen, give a round of applause to both representatives.







Before we end our event for today, I would like to invite our VIP Guests, in front for photography session.

Thank you.

Closure
As a saying goes, “to every beginning, there is an ending.

And now, the ceremony has come to its’ end.

Once again, thank you everyone for gracing our ceremony with your presence. We truly appreciate it.

On behalf of the organizing committees, I would like to apologize if we have done any mistakes throughout the event.

I end my duty as master of ceremony for today’s event with
wabillah hitaufik walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.




Refreshment
All VIP and guests are invited for a refreshment. 

The refreshment stations and bars located at your right side. Thank you. 



 By Amirul Akram bin Noorhisham, Event Commitee

Extras:

1. To all guests, please have a seat as the ceremony will begin shortly.
2. Guests that interested in I-City Properties may contact our estate agent for any enquiry.
3. All guests are invited upfront for photography session.
4. We have experienced a technical difficulties. Pardon for the interruption. 


Monday 21 January 2019

Contoh Skrip Emcee / Pengerusi Majlis Makan Malam Gala

TEXT EMCEE
MAJLIS MALAM GALA QUDOSS REALTY 2018
GARDEN HALL DTAHTA, I CITY, SHAH ALAM

Oleh Amirul Akram bin Noorhisham, Pihak Pengurusan Majlis Malam Gala Qudoss Realty


Awal Majlis
Para hadirin yang sudah tiba, anda bolehlah ke meja koktel terlebih dahulu, untuk mendapatkan minuman, sementara, menunggu ketibaan tetamu yang lain.
*diulang beberapa kali mengikut waktu yang sesuai




Untuk makluman para hadirin, majlis akan bermula sebentar lagi. Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat duduk masing-masing.

Para hadirin diharapkan dapat berdiri semasa ketibaan para tetamu VIP kita pada malam ini.




Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha,

Yang Dihormati,



Permulaan















Hadirin hadirat sekalian,

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Qudoss.

Yang Berusaha,  

Yang Dihormati,

Rakan-rakan agen sekalian, dan para hadirin yang dihormati.

Selamat datang sekali lagi, diucapkan ke Majlis Malam Gala, Qudoss Realty 2018.

Saya Akram Noor, selaku pengacara majlis anda pada malam ini.

Kami bagi pihak jawatankuasa majlis, mengalu-alukan kedatangan para hadirin semua pada malam ini.




















Kesyukuran
Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia & keizinan-Nya dapat kita dipertemukan di dalam sebuah majlis yang bermakna sebegini.



Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis, dijemput Ustaz Syazli, Mantan Imam Masjid Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kini merupakan Imam Masjid Seksyen 7, Shah Alam untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.



Amin amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Syazli atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.


Kata Pemula
Hadirin sekalian,

Majlis Malam Gala 2018 ini diadakan khas untuk meraikan staf dalaman, agen-agen hartanah mahupun rakan-rakan agensi Qudoss Realty. Lihat dan amati individu-individu di kiri dan kanan anda, itulah individu yang setia bersama anda dikala susah dan senang, melalui onak dan duri dalam industri.

Berikan tepukan yang gemuruh untuk diri anda.

Malam ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan sesama kita agar kita mengenali masing-masing dengan lebih mendalam.

Tidak lupa juga, majlis ini merupakan platform khas untuk memberikan anugerah dan penghargaan kepada individu yang berjaya mencapai sasaran tahunan dan bulanan yang telah ditetapkan.



Tayangan Montaj
Terlebih dahulu, marilah kita tonton tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak pengurusan majlis.



Terima kasih diucapkan atas tayangan montaj itu tadi. Tayangan montaj itu tadi jelas menunjukkan Qudoss Realty sentiasa giat menjalankan aktiviti pemasaran, pembukaan booth dan aktiviti jalinan bersama masyarakat.


Ucapan Pembukaan
Dengan segala hormatnya, majlis kini menjemput ___________________ untuk naik ke pentas bagi memberi ucapan pembukaan majlis pada malam ini seterusnya merasmikan Majlis Malam Gala Qudoss Realty 2018.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.




Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada _________________ atas perasmian Majlis Malam Gala Qudoss Realty 2018.


Slot Penyampaian Anugerah
Maka, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Acara kemuncak kita pada malam ini. Majlis diteruskan lagi dengan Slot Penyampaian Penghargaan dan Anugerah Pencapaian kepada agen-agen hartanah di agensi yang terlibat. Para penerima anugerah dipersilakan untuk tampil ke hadapan pentas apabila nama anda dipanggil.

Berikan tepukan sekali lagi untuk mereka!

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah di atas pencapaian masing-masing.


Plag Penghargaan Rakan Niaga
Terang benderang suasana I-City,
Seronok berlegar berjalan kaki,
Rakan niaga perlu dihargai,
Hubungan erat murah rezeki.


Tidak lupa juga, kita ada menyediakan Cenderamata Penghargaan kepada agensi-agensi rakan niaga sebagai tanda apresiasi daripada Qudoss Realty.

Diharapkan hubungan mesra sentiasa terjalin antara rakan niaga dan Qudoss Realty agar dapat bersama merancang perjalanan industri yang lebih mantap.


Terima kasih saya rakamkan kepada ______ diatas kesudian menyampaikan anugerah penghargaan.

Diharapkan pencapaian cemerlang rakan-rakan kita dapat dijadikan contoh dan motivasi untuk diri kita agar terus mengorak langkah ke hadapan.



Slot Semangat
Makluman kepada para hadirin, kita ada sedikit permintaan. Diminta para hadirin untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan sebuah lagu untuk suntikan semangat.

Track lagu yang dipilih, Faizal Tahir – Gemuruh.

Mari kita dengarkan.


Dengan semangat dan kualiti nyanyian yang ditunjukkan, saya yakin para hadirin semua sentiasa bersedia untuk melangkah kehadapan demi menempa keunggulan di masa akan datang. Semoga usaha dan azam kita sentiasa berkobar sepanjang tahun 2018 ini.

In shaa Allah. Akan lebih hebat berbanding tahun 2017.

Hadirin dibolehkan untuk duduk semula.



Jemputan makan












Buat pengetahuan hadirin sekalian, hidangan makan malam pada malam ini disediakan oleh chef dan katerer DTahta, I-City. Tanpa melengahkan masa, majlis sekali lagi menjemput Ustaz Syazli ke hadapan untuk memimpin bacaan doa makan.

Terima kasih Ustaz Syazli. Hadirin sekalian dijemput memenuhi ruangan dewan di dalam untuk makan malam. Pihak pengurusan majlis sedia mengiringi hadirin sekalian ke meja masing-masing.


Selamat menjamu selera.


Metanoia Band
Hadirin hadirat sekalian,

Untuk pengetahuan para hadirin, kumpulan pemuzik yang bersama saya di hadapan ini terdiri daripada 6 pemuda dari Sekolah Berasrama Penuh Premier, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) telah dijemput untuk menghiburkan para hadirin semua.

Pada tahun lepas, mereka telah membuat persembahan di hadapan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Baru-baru ini, kumpulan ini telah membuat persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Negeri Selangor di Shangri-La, Kuala Lumpur.


Pengakhiran
Makan sudah, menyanyi pun sudah.

Dengan ini, majlis kita pada malam ini telah sampai ke penghujungnya.  

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Malam Gala ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Nor Azian Ibrahim atas penganjuran Majlis Malam Gala Qudoss Realty 2018 yang penuh memori ini.

Disini kami ingin memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang mengendalikan majlis pada malam ini. Bagi pihak jawatankuasa majlis, kami juga ingin memohon maaf jika ada yang terkurang sepanjang majlis ini berlangsung.

Sebagai penutup majlis pada malam ini, terimalah pantun terakhir daripada kami,

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.



Cabutan bertuah selingan
Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah orang siapa yang tahu.

Bagi memeriahkan majlis, mari kita mulakan acara selingan cabutan bertuah.

Modus operandi cabutan bertuahnya akan berjalan begini. Saya akan menjemput para hadirin untuk mencabut nombor. Mereka akan cabut beberapa nombor dan kami akan bacakan nombor yang terpilih.  

Mari kita cabut nombor untuk kali yang pertama! Saya persilakan __________ untuk mencabut nombor.  

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _____________ atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah.




Haaa. Mari kita membuat cabutan nombor kali kedua. Dipersilakan ____________ untuk membuat cabutan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________ atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah.




Seterusnya, saya menjemput ________________ untuk meneruskan acara cabutan bertuah pada malam ini.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian ____________________menyampaikan hadiah.

Siapa lagi yang bertuah ya malam ini? Kini dijemput ______________ untuk meneruskan lagi acara cabutan bertuah.

Terima kasih _____________ atas kesudian untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar tadi.




Kita ada banyak lagi cabutan bertuah pada malam ini, jangan risau. Ramai yang akan berpeluang membawa peluang hadiah cabutan bertuah pada malam ini.

Meneruskan lagi acara cabutan bertuah, saya menjemput ________ bagi mencabut nombor untuk para hadirin yang bertuah.


Anugerah Best Dress
Perhatian saya mohon daripada para hadirin,

Di setiap majlis, akan ada permaisurinya. Tapi persoalannya di sini, siapa? Haaaaa.

Ramai yang menanti siapakah pemenang bagi Anugerah Best Dress Malam Gala ini. Sekarang, keputusannya berada di tangan saya.

Pemenang Anugerah Best Dress Malam Gala Qudoss Realty 2018, jatuh kepada _______________________________.


  

Oleh Amirul Akram bin Noorhisham, Pihak Pengurusan Majlis Malam Gala Qudoss Realty

Ekstra: 

1. Bagi para hadirin yang berhasrat untuk menyampaikan lagu, anda bolehlah bergerak ke meja multimedia di hadapan dewan untuk membuat permintaan lagu.
2. Kami sedang mengalami sedikit masalah teknikal. Maaf diatas segala kesulitan. Hadirin diharapkan dapat bersabar.  
3. Para hadirin yang dihormati, anda semua dijemput untuk berkumpul di pentas untuk sesi fotografi.