TEXT EMCEE
MAJLIS MALAM GALA QUDOSS REALTY 2018
GARDEN HALL DTAHTA, I CITY, SHAH ALAM
Oleh Amirul Akram bin Noorhisham, Pihak Pengurusan Majlis Malam Gala Qudoss Realty
Awal Majlis
|
Para hadirin yang sudah tiba, anda bolehlah ke meja koktel terlebih dahulu, untuk mendapatkan minuman, sementara, menunggu ketibaan tetamu yang lain.
*diulang beberapa kali mengikut waktu yang sesuai
Untuk makluman para hadirin, majlis akan bermula sebentar lagi. Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat duduk masing-masing.
Para hadirin diharapkan dapat berdiri semasa ketibaan para tetamu VIP kita pada malam ini.
Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha,
Yang Dihormati,
| |
Permulaan
|
Hadirin hadirat sekalian,
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Qudoss.
Yang Berusaha,
Yang Dihormati,
Rakan-rakan agen sekalian, dan para hadirin yang dihormati.
Selamat datang sekali lagi, diucapkan ke Majlis Malam Gala, Qudoss Realty 2018.
Saya Akram Noor, selaku pengacara majlis anda pada malam ini.
Kami bagi pihak jawatankuasa majlis, mengalu-alukan kedatangan para hadirin semua pada malam ini.
| |
Kesyukuran
|
Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia & keizinan-Nya dapat kita dipertemukan di dalam sebuah majlis yang bermakna sebegini.
| |
Bacaan Doa
|
Bagi memberkati majlis, dijemput Ustaz Syazli, Mantan Imam Masjid Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kini merupakan Imam Masjid Seksyen 7, Shah Alam untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Syazli atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
| |
Kata Pemula
|
Hadirin sekalian,
Majlis Malam Gala 2018 ini diadakan khas untuk meraikan staf dalaman, agen-agen hartanah mahupun rakan-rakan agensi Qudoss Realty. Lihat dan amati individu-individu di kiri dan kanan anda, itulah individu yang setia bersama anda dikala susah dan senang, melalui onak dan duri dalam industri.
Berikan tepukan yang gemuruh untuk diri anda.
Malam ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan sesama kita agar kita mengenali masing-masing dengan lebih mendalam.
Tidak lupa juga, majlis ini merupakan platform khas untuk memberikan anugerah dan penghargaan kepada individu yang berjaya mencapai sasaran tahunan dan bulanan yang telah ditetapkan.
| |
Tayangan Montaj
|
Terlebih dahulu, marilah kita tonton tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak pengurusan majlis.
Terima kasih diucapkan atas tayangan montaj itu tadi. Tayangan montaj itu tadi jelas menunjukkan Qudoss Realty sentiasa giat menjalankan aktiviti pemasaran, pembukaan booth dan aktiviti jalinan bersama masyarakat.
| |
Ucapan Pembukaan
|
Dengan segala hormatnya, majlis kini menjemput ___________________ untuk naik ke pentas bagi memberi ucapan pembukaan majlis pada malam ini seterusnya merasmikan Majlis Malam Gala Qudoss Realty 2018.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada _________________ atas perasmian Majlis Malam Gala Qudoss Realty 2018.
| |
Slot Penyampaian Anugerah
|
Maka, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Acara kemuncak kita pada malam ini. Majlis diteruskan lagi dengan Slot Penyampaian Penghargaan dan Anugerah Pencapaian kepada agen-agen hartanah di agensi yang terlibat. Para penerima anugerah dipersilakan untuk tampil ke hadapan pentas apabila nama anda dipanggil.
Berikan tepukan sekali lagi untuk mereka!
Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah di atas pencapaian masing-masing.
| |
Plag Penghargaan Rakan Niaga
|
Terang benderang suasana I-City,
Seronok berlegar berjalan kaki,
Rakan niaga perlu dihargai,
Hubungan erat murah rezeki.
Tidak lupa juga, kita ada menyediakan Cenderamata Penghargaan kepada agensi-agensi rakan niaga sebagai tanda apresiasi daripada Qudoss Realty.
Diharapkan hubungan mesra sentiasa terjalin antara rakan niaga dan Qudoss Realty agar dapat bersama merancang perjalanan industri yang lebih mantap.
| |
Terima kasih saya rakamkan kepada ______ diatas kesudian menyampaikan anugerah penghargaan.
Diharapkan pencapaian cemerlang rakan-rakan kita dapat dijadikan contoh dan motivasi untuk diri kita agar terus mengorak langkah ke hadapan.
| ||
Slot Semangat
|
Makluman kepada para hadirin, kita ada sedikit permintaan. Diminta para hadirin untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan sebuah lagu untuk suntikan semangat.
Track lagu yang dipilih, Faizal Tahir – Gemuruh.
Mari kita dengarkan.
Dengan semangat dan kualiti nyanyian yang ditunjukkan, saya yakin para hadirin semua sentiasa bersedia untuk melangkah kehadapan demi menempa keunggulan di masa akan datang. Semoga usaha dan azam kita sentiasa berkobar sepanjang tahun 2018 ini.
In shaa Allah. Akan lebih hebat berbanding tahun 2017.
Hadirin dibolehkan untuk duduk semula.
| |
Jemputan makan
|
Buat pengetahuan hadirin sekalian, hidangan makan malam pada malam ini disediakan oleh chef dan katerer DTahta, I-City. Tanpa melengahkan masa, majlis sekali lagi menjemput Ustaz Syazli ke hadapan untuk memimpin bacaan doa makan.
Terima kasih Ustaz Syazli. Hadirin sekalian dijemput memenuhi ruangan dewan di dalam untuk makan malam. Pihak pengurusan majlis sedia mengiringi hadirin sekalian ke meja masing-masing.
Selamat menjamu selera.
| |
Metanoia Band
|
Hadirin hadirat sekalian,
Untuk pengetahuan para hadirin, kumpulan pemuzik yang bersama saya di hadapan ini terdiri daripada 6 pemuda dari Sekolah Berasrama Penuh Premier, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) telah dijemput untuk menghiburkan para hadirin semua.
Pada tahun lepas, mereka telah membuat persembahan di hadapan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Baru-baru ini, kumpulan ini telah membuat persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Negeri Selangor di Shangri-La, Kuala Lumpur.
| |
Pengakhiran
|
Makan sudah, menyanyi pun sudah.
Dengan ini, majlis kita pada malam ini telah sampai ke penghujungnya.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Malam Gala ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Nor Azian Ibrahim atas penganjuran Majlis Malam Gala Qudoss Realty 2018 yang penuh memori ini.
Disini kami ingin memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang mengendalikan majlis pada malam ini. Bagi pihak jawatankuasa majlis, kami juga ingin memohon maaf jika ada yang terkurang sepanjang majlis ini berlangsung.
Sebagai penutup majlis pada malam ini, terimalah pantun terakhir daripada kami,
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.
| |
Cabutan bertuah selingan
|
Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah orang siapa yang tahu.
Bagi memeriahkan majlis, mari kita mulakan acara selingan cabutan bertuah.
Modus operandi cabutan bertuahnya akan berjalan begini. Saya akan menjemput para hadirin untuk mencabut nombor. Mereka akan cabut beberapa nombor dan kami akan bacakan nombor yang terpilih.
Mari kita cabut nombor untuk kali yang pertama! Saya persilakan __________ untuk mencabut nombor.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _____________ atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Haaa. Mari kita membuat cabutan nombor kali kedua. Dipersilakan ____________ untuk membuat cabutan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________ atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Seterusnya, saya menjemput ________________ untuk meneruskan acara cabutan bertuah pada malam ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian ____________________menyampaikan hadiah.
Siapa lagi yang bertuah ya malam ini? Kini dijemput ______________ untuk meneruskan lagi acara cabutan bertuah.
Terima kasih _____________ atas kesudian untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar tadi.
Kita ada banyak lagi cabutan bertuah pada malam ini, jangan risau. Ramai yang akan berpeluang membawa peluang hadiah cabutan bertuah pada malam ini.
Meneruskan lagi acara cabutan bertuah, saya menjemput ________ bagi mencabut nombor untuk para hadirin yang bertuah.
| |
Anugerah Best Dress
|
Perhatian saya mohon daripada para hadirin,
Di setiap majlis, akan ada permaisurinya. Tapi persoalannya di sini, siapa? Haaaaa.
Ramai yang menanti siapakah pemenang bagi Anugerah Best Dress Malam Gala ini. Sekarang, keputusannya berada di tangan saya.
Pemenang Anugerah Best Dress Malam Gala Qudoss Realty 2018, jatuh kepada _______________________________.
|
Oleh Amirul Akram bin Noorhisham, Pihak Pengurusan Majlis Malam Gala Qudoss Realty
Ekstra:
1. Bagi para hadirin yang berhasrat untuk menyampaikan lagu, anda bolehlah bergerak ke meja multimedia di hadapan dewan untuk membuat permintaan lagu.
2. Kami sedang mengalami sedikit masalah teknikal. Maaf diatas segala kesulitan. Hadirin diharapkan dapat bersabar.
3. Para hadirin yang dihormati, anda semua dijemput untuk berkumpul di pentas untuk sesi fotografi.
mohon share skrip MC ye..Terima kasih
ReplyDeletemohon pinjam skrip ye tq
DeleteAs'salam..mohon untuk menggunakan teks ini sebagai panduan..terima kasih
ReplyDeleteMohon pinjam ayat ye.tq
ReplyDeleteSalam... minta izin untuk gunakan ini sebagai panduan, tq
ReplyDeleteSalam.. Mohon izin gunakan teks ini untuk rujukan ya.. Tqsm
ReplyDeletemohon izin untuk gunakan teks ini sbg rujukan
ReplyDeleteminta izin untuk jadikan teks sebagai panduan
ReplyDeletemohon izin sy guna ayat di teks ni
ReplyDeletemohon izin sy guna teks sebagai panduan. terima kasih Tuan
ReplyDeleteSalam mohon izin untuk menggunakan teks sebagai panduan.
ReplyDeleteMohon saya gunakan skrip ini .. t.kasih semoga Allah merahmati kamu
ReplyDeleteMohon pinjam ya
ReplyDeletemohon guna skrip ni ya
ReplyDeleteTq tuan atas perkongsian skrip ini. Saya mohon guna sebagai rujukan ya
ReplyDeleteTapi asal la aku yang kena jadi emcee ishhhh
ReplyDeleteTerima Kasih Tuan Amirul. Perkongsian yang sangat bermakna untuk orang yang baru bermula bidang terjun ini. Semoga menjadi saham yang penuh bermakna dan barkah untuk Tuan nanti InsyaAllah. Minta izin menggunakan Skrip di atas ya..
ReplyDeleteSalam..mohon izin share ya
ReplyDeleteAssalam. Mohon share skrip ini ya. Terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik tuan.
ReplyDeleteterima kasha atas perkongsian tuan amiral, skrap yang menajubkan, semoga tuan diberikan keberkatan hidup dan dimurahkan rezeki, minta izin gunakan serip tuan amiral
ReplyDeletesalam..mohon guna skrip ini sebagai panduan ye..terima kasih di atas perkongsian
ReplyDeletemohon share ya
ReplyDeleteAsalam encik, terima kasih beri contoh yg bagus.
ReplyDeleteMohon guna skrip ni
mohon izin menggunakan teks ini sbg rujukan. terima kasih atas perkongsian bermanfaat. semoga terus success.
ReplyDeleteSalam..mohon izin guna teks ini ya encik..terima kasih
ReplyDeleteSalam, mohon izin tuan untuk menggunakan teks ini sebagai panduan..terima kasih
ReplyDeleteSalam,Mohon izin tuan untuk menggunakan skrip ini Dan panduan.. terima kasih
ReplyDeletesalam, mohon izin guna skrip tuan
ReplyDeletemohon share skrip...
ReplyDeletemohon guna skrip tuan ye
ReplyDeleteMohon izin guna script
ReplyDeleteMohon izin guna script
ReplyDelete