Ini ialah penulisan tentang travel backpackers ke Seoul, South Korea!
Trip 8 HARI 7 MALAM
“Bila member bukan kaki sembang, semua benda jalan,”
Ditulis oleh Akram Noor.
Twitter - https://twitter.com/silly_boney
Instagram - https://www.instagram.com/amrl.akram/
Fyi, I’ve spent RM2440.88 per head for the whole trip.
1. Tiket flight pergi balik RM972.50
2. Entertainment (Namsan Tower Cable Car RM25.90, Lotte World RM111.17, Elysian Ski Kit RM220, 3. Meal Inflight RM15) RM372.07
4. Socks and glove RM12
5. Insurance RM58.61
6. Trench Coat Bundle RM5
7. Duit belanja sana RM1,020.70
Total spent : RM2440.88
Macam mana kitorg dpt duit utk trip ni?
Aku dan Syahir pulun jd tutor Snapask, jual baju online, Uber, tuliskan essay MUET org utk dpt RM5 per essay, Asyraf dapat upah from parents sbb tolong business family, Aku ambil upah editing, dan banyak lagi sumber kitorg. Mmg ikat perut la before pergi trip ni. Jimat sakan kat uni sampai mkn RM4 je sehari. RM2 pagi, RM2 ptg. Minum air coway free kt kolej. Tapi kalau korang kenal aku, style aku mmg cmni. Geng Basis dan UiTM SI taulah haha.
ITINERARY
5 FEB 2018 (Day 1)
Klia2 to Incheon Airport (2:40 pm)
Arrived in Incheon Airport (10:10pm)
Perjalanan mengambil masa sebanyak 7 jam approximately.
6 FEB 2018 (Day 2)
-Namsan Tower/Seoul Tower
-Namsan Cable Car
-Namsan Park (along the way)
7 FEB 2018 (Day 3)
City Tour
-Buchok Hanok Village
-National Folk Museum of Korea
-Gyeongbokgung Palace
-Gwanghwamun Square
8 FEB 2018 (Day 4)
Skiing Day (From Myeondong/Hongik University)
-Elysian Ski Resort (all in)
9 FEB 2018 (Day 5)
Graduation Day
Seoul National University
Dotta Mall
10 FEB 2018 (Day 6)
Theme Park Day
Lotte World
11 FEB 2018 (Day 7)
Seoul Shopping Tour
-Myeongdong Street Market
-Nandaemum Market
12 FEB 2018 (Day 8)
Departure from Incheon Airport to Klia2 (9.20 am)
INTRODUCTION
Assalamualaikum & Anneyong haseyo HAHAHAHAHA.
I dunno why it feels funny to say anneyong. So cute. So as promised, aku akan tulis thread tntg backpacking to Seoul, South Korea. Sbnrnya kalau nk dicerita, trlalu pnjg. But aku akan try my best utk make it simple.
Hendak diingatkan, semua lokasi yg kitorg pergi ni merupakan hotspot tourists yg dtg ke Seoul. Tapi ada lagi tmpt tarikan yg kitorg tak brjaya pergi kerana kekangan masa. Feel free to share your experience in the comment section below!
Oh ya! Tau tak yg korg boleh dptkan Trench Coat & Hoodie Winter mcm kitorg hanya RM5 di BUNDLE RM1 Seri Iskandar? Kimono, jaket kulit, jaket bulu, jaket bomber, kostum, kemeja Hawaii, sweater, hoodie dan mcm-mcm lg. Seri Iskandar, Perak. Belakang 7E & sebaris SIBC Asrama UTP.
FIRST DAY
Omg, the first night we arrived was hell. HAHAHAHAHA. Cuaca mlm tu sgt membunuh. -16C. Kami sampai di Incheon Airport. Masa tu dah pukul 10 malam. Turns out, Incheon Airport & Seoul Subway pun tutup by midnight. Kitorg didrop sebelum sampai didestinasi yg sepatutnya. Dan telah dihalau keluar disatu tmpt yg kitorg pun tkleh nk trace kt mne.
Staf Subway tu tak tahan tgk kitorg lembab-lembab menikmati suam-suam Subway & beli kopi panas di vending machine. Staf tu ambil beg kitorg & bawak sampai kluar stesen HAHAHAA omg effort menghalau tu.
Thus, kitorg terkandas kat luar. -16C tanpa internet, tanpa proper insulation clothing. Lepas setengah jam kitorg lepak kt tepi jalan, kitorg decide nk ambil teksi. AMEK TEKSI PUTIH. TEKSI HITAM SGT MAHAL JGN SESEKALI TAPI TEKSI PUTIH PUN MAHAL LEKNET.
Fare teksi? 23,000 won = RM86
Malam tu kitorg tidur kat rumah member di Gwanak-Gu, Seorim Dong. Alhamdulilah, system rumah dia ada heater di lantai dan dinding, juga heater infrared mcm laser. Cool gila.
SECOND DAY
So, our first day kitorg gerak on our own, 3 of us ke Namsan Tower or currently known as Seoul Tower.
Seoul Tower
In order to get to this tower, boleh je korg nak daki sendiri dan nikmati permandangan pokok dan pathway yang diliputi ais. Utk alternative pantas, korg boleh naik bas bernombor 2,3 dan 5. Permandangan di sekitar tower ni mmg mesmerising. Aku bg gambar je sbb malas nk describe.
Locks of Love
Korg akan jumpa satu outlet kecil yg jual mangga-mangga cinta ni. Disebabkan aku single, so aku rasa kalau tulis nama crush atas lock tu mcm desperate & menyedihkan sgt. So aku decide utk takpergi outlet tu. Bg korg yang nk sweet-sweet lekit kt sini, bolehlah beli dan kunci cinta korg di tower ni. In shaa Allah cinta korg akan berkarat bersama-sama pagar besi.
Cable Car
Best ke Cable Car dia ni?
TAK BEST.
Asal pulak?!
AKU MMG TAK SUKA NAIK CABLE CAR. LEMBAB DAN CROWDY.
Oh ok.
Smart move, Syahir dah beli tiket cable car in advance from Malaysia lagi supaya tak kabut masa kt sini. Dinasihatkan agar korg ambil pergi-balik instead of pergi shj. Tiket pergi shj lagi mahal. Rugi sgt.
Namsan Park
Bagi aku, aku lihat taman-taman kat Korea sebagai tempat peragaan budaya. Bila korang pergi mana-mana taman dia, korang sentiasa akan nampak ukiran batu, struktur kayu, dan pondok yang ada ciri-ciri tradisional budaya mereka. Sangat sesuai utk photoshoot. Korang pergi taman-taman tepi jalan pun, boleh photoshoot. Lentok sikit je, automatic jadi model.
Observatory & Indoor Arcade
Ini pun kitorang dah beli tiket awal melalui online. Best jgk sbb dlm dia suam dan selesa.
Modern interior design, ramai Koreans yg ala-ala supermodel & teknologi yg interesting.
THIRD DAY
Kitorg pun ambil bas 5519 utk turun di Sillim Station. From Sillim, kita boleh terus ke Gyeongbokgung Palace kerana turun di Gyeongbokgung Station. Station dia mmg lawa dan instaworthy sbb byk art, monument, sculpture dan lighting yg proper.
Public Transporation : Gyeongbokgung Station, Subway Line 3 (Recommended)
Korg akan melalui Gwanghamun Square utk sampai di Gyeongbokgung Palace. Dkt sini, kitorg sgt happy brgmbar sbb resultnya mmg tiptop! Kitorg bergambar dgn Sumunjang dan miniatures keliling Square. Boleh juga menyewa pakaian tradisional Korea, iaitu Hanbok utk bergambar. Tapi aku tak sewa sbb aku ada plan lain hehe.
Seterusnya, kitorg singgah di National Folk Museum.
Disebabkan masih byk masa, kitorg pun gerak ke Buchok Hanok Village. Kitorg gigih solat jamak Zohor & Asar kt sini. Sebelum balik, kitorg beli souvenirs di gerai tepi jln.
FOURTH DAY
HAAAA ni seronok sikit. Kitorg pegi main ais. Utk dptkan gmbar yg acah peluncur salji professional, kitorg sewa goggles & topi berharga 20,000 won. Suprisingly, tmpt yg bersalji nilah hanya 0 darjah Celcius! Yg dkt kwsn perumahan & Subway biasanya mmg below -1 Celcius. Pelik kan?!
Tapi masa meluncur, aku byk kali jatuh. Ada sekali tu aku terkeluar dari kwsn meluncur HAHAHAHA. Sampai polis ski dtg selamatkan aku. *Legit. Dorg mmg ada Polis Ski. Utk selamatkan org-org noob dari terkorban ditelan salji tebal.
FIFTH DAY
Its Khairy’s Graduation Day! Student tajaan JPA program Korea dibolehkan utk jemput parents & family utk majlis grad Korean Language di Seoul National University. Disebabkan agak jauh, tak ramai family Malaysians yg dtg utk majlis ni. Thus, kitorg bertiga dijemput utk mengisi seat-seat kosong. Tau apa maksudnya? MAKANAN BUFET PERCUMA!
Aku bukan main happy lagi haritu sbb dpt rasa setiap jenis mknn Korea yg halal & pelbagai kerana penyediaan makanan majlis dipantau oleh JPA & Duta Malaysia.
Persembahan berunsur kpop juga mmg buat aku gembira haritu. Aku kagum dgn suasana & staf Seoul National University yg buat uni dia rasa mcm hotel 5 Star. Architectural structure, interior design, catering service, receptionist smua very sleek & professional. Waiter dorg smua hensem-hensem & lawa-lawa wtf. Baik sgt pulak tu.
Since hari tu ialah Hari Jumaat, kami bersolat Jumaat di ruangan International Church dlm kwsn uni. Paling mencabar bila nak ambil wuduk.
Oh ya. Hari ni jgklah aku gigih pakai Baju Melayu di sekitar Seoul. Masa ni sbnrnya -5 darjah Celcius, tapi aku tweet la kata 0 darjah Celcius. Sbb part of me tau yg nanti ada meleis yg melenting tkleh trime facts yg aku withstand -5 Celcius berpakaian Baju Melayu.
SIXTH DAY
Lotte World Theme Park
SEVENTH DAY
Memandangkan trip kitorang hampir tamat, kitorang pergilah ke jalan-jalan Seoul yg famous sbagai lokasi beli belah. STREET SHOPPING!
EIGHTH DAY
Hari last, kami hanya spend di Gimpo dan Incheon Airport. Fikir taknak terlepas flight je. Sebenarnya masa ni, aku mmg dh rindu Malaysia. Disebabkan cuaca sejuk melampau, kulit muka aku mengelupas. Bibir kering. Jari tangan & kaki beku. Tak rasa apa-apa bila sentuh. Jari-jari aku ambil masa 2 minggu after trip utk rasa normal balik. Mata merah. Sng ckp, mmg extreme sgt perubahan environment kita, so badan pun tak ready nak adapt. Aku bersyukur sgt kitorg tkde kne demam or selsema.
No comments:
Post a Comment