Wednesday 5 August 2020

10 Tips Sewa Rumah Untuk Pelajar & Orang Bekerja


Perkongsian oleh Akram Noor

Rumah sewa boleh diuruskan oleh tuan rumah ataupun diwakili agen hartanah yang telah dilantik sebagai orang tengah. Kesemua tindakan & arahan agen hartanah adalah input langsung daripada tuan rumah.

Penyewa perlu faham yang agen hartanah perlu lebih cenderung untuk menjaga hak tuan rumah, akan tetapi, agen hartanah yang baik perlu bertindak adil kepada kedua-dua belah pihak. Agen hartanah akan sentiasa mencadangkan strategi untuk memberi keuntungan maksimum kepada tuan rumah, sekaligus kena bertindak adil pada penyewa.

Tapi tak semua manusia dalam dunia ni baik belaka. Jadi kita kenalah equip diri sendiri dengan ilmu supaya tidak dianiaya. Ikut nasihat aku.



1. Baca & fahamkan tenancy agreement

Tolong baca sepenuhnya agreement. Jangan terburu-buru, duduk berbincang & tanya tentang perkataan yang tak faham. Jangan ambil ringan. Jangan percayakan tuan rumah atau agen sepenuhnya. Selalulah cakna dengan isi perjanjian kerana kita akan membuat komitmen untuk jangka masa yang agak lama. Anda sebagai klien BERHAK tahu apa komitmen yang bakal anda hadap.


2. Rent review

Tanya agen samada dalam tempoh sewa, akan ada kenaikan sewa atau tidak. Jika dalam agreement, tiada menyebut tentang kewujudan “rent review”, kadar sewa tidak boleh dinaikkan sama sekali walaupun harga sewa pasaran mengalami kenaikan. Kadar sewa dinaikkan akan menyebabkan “breach of contract” kecuali mendapat persetujuan penyewa.


3. Refund deposit

Ini masalah yang kerap berlaku dikalangan penyewa. Penyewa perlu menghabiskan tempoh sewa terlebih dahulu, baru boleh mendapatkan semula deposit. Walaupun penyewa inform agen untuk keluar dari agreement 3 bulan awal dari tarikh tamat tempoh sewa, penyewa masih tidak akan dapat deposit semula kerana masih dikira sebagai “breach of contract”.
Penyewa hanya akan mendapat deposit semula sekiranya dalam agreement ada terma yang membenarkan penyewa keluar dari rumah dengan pemberitahuan awal 3 bulan & tuan rumah perlu memulangkan semula deposit. Berbalik semula kepada persetujuan bersama.


4. Tugas penyewa & tuan rumah

Finalizekan tugas kedua belah pihak. Siapa yang bertanggungjawab untuk selesaikan :
1. Maintenance fee
2. Bil elektrik & air
3. Kos wear & tear fittings & fixtures rumah
4. Bil WiFi
5. Kos duplicate kunci & kad lif

Jangan dah tengah tahun, tiba-tiba tuan rumah cakap penyewa yang kena ganti lampu rumah yang rosak sebab wear & tear. Itu normally ialah tugas tuan rumah. Selalunya penyewa akan bertanggungjawab untuk kerosakan atas sebab kecuaian atau salahguna.


5. Ambil gambar rumah semasa baru masuk & sebelum keluar

Aku paling particular bab ni sebab aku tak suka dipersalahkan untuk kerosakan atau kehilangan barang yang bukan salah aku. Bila dah bersetuju untuk masuk perjanjian, ambil gambar rumah dengan jelas. Sebelum penyerahan kunci selepas tamat tempoh menyewa, ambil gambar juga & simpan dalam folder laptop.

Rakam video sekiranya perlu. Ini boleh dijadikan bukti sekiranya kita perlu bayar ganti rugi untuk kehilangan kerusi, jam dinding, tong sampah yang bukan salah kita kerana memang barang tersebut tiada waktu kita jejak masuk rumah. Sentiasa letak diri dalam posisi selamat. Zaman sekarang, orang dah tak percaya cakap mulut. Perlu ada bukti fizikal & visual.



6. Ganti orang

Ini kerap kali berlaku apabila penyewa ingin keluar dari rumah sebelum tarikh tamat menyewa. Anda memang boleh tukar orang tapi kena ingat, nama anda ada dalam agreement rasmi yang telah disetem hasil. Sekiranya penyewa ganti ada buat masalah atau kerosakan, anda yang akan dicari.

Macam mana untuk tak terlibat dengan isu ini? Anda perlu buat agreement baru menggunakan nama orang ganti, untuk habiskan baki tempoh sewa. Tapi ingat, anda jugalah yang perlu keluarkan kos renew & kos setem agreement baru.


7. Kos tersembunyi

Acap kali, agen hartanah terlupa atau sengaja tidak memberitahu kos tersembunyi spt bayaran parkir bulanan, maintenance fee, gym membership etc. Ini kerana mereka nak cepat close deal sebab penyewa teruja harga sewa murah tanpa mengetahui kos-kos tambahan sepanjang menyewa.


8. Ruang parkir kereta & motor

Tanya tentang berapa jumlah parcel parkir yang disediakan percuma, berbayar & harga untuk parcel tambahan. Survey tentang visitor parking & open space berdekatan dengan rumah. Kena ingat, kadang-kadang kita ajak kawan datang rumah untuk study group & boleh jadi semua ahli rumah nak bawa kereta masing-masing.


9. Simpan bukti pembayaran

Tangkap gambar semua resit & simpan dalam folder laptop. Simpan dalam fail resit fizikal. Buang hanya selepas selesai semua urusan clearance rumah & selepas berjaya dipulangkan semula deposit.


10. MESTI matikan dengan setem hasil

Setiap instrumen undang-undang perlulah dimatikan dengan setem hasil dalam tempoh 30 hari dari tarikh sign perjanjian. Ini supaya perjanjian tersebut dapat dijadikan evidence di dalam perbicaraan mahkamah. Jika berlaku apa-apa isu & perjanjian tidak pernah dimatikan dengan setem, kesalahan pihak lain tak boleh dikenakan tindakan undang-undang sebab perjanjian tu tidak diacknowledge oleh pihak mahkamah. Kos stamp duty akan disekalikan dengan kos penyediaan perjanjian oleh lawyer.



Thursday 6 February 2020

Hostel Student Lelaki & Perempuan Di UiTM Shah Alam, Selangor

Hostel Student Lelaki Di UiTM Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum semua. 

Untuk blog entry kali ini, aku nak cerita secara ringkas je tentang kolej-kolej penempatan yang ada di UiTM Shah Alam. Bear in mind, aku hanya berniat nak share & hanya mampu share apa yang aku tahu sahaja. Sebab aku bukanlah pakar or ambil tahu sangat. Aku nak cuba senangkan korang & bagi korang dapat expect apa yang akan korang hadapi once korang dapat masuk kolej. Hehe. 

Kolej penempatan lelaki ada 3. Kolej Teratai, Kolej Delima & Kolej Perindu. Kolej Meranti & Kolej Non-Resident (NR) aku tak mampu nak cerita sebab aku takde kenalan yg duduk situ &NR pulak untuk org yang tak duduk dalam UiTM. NR ialah student yg menyewa di luar UiTM. 

Kolej Teratai

Kolej Teratai mempunyai 5 blok. Yuran kolej yang perlu dibayar setiap semester ialah RM315 dan RM20 bil elektrik. Blok yang selalunya diletakkan student Penerapan Degree & student baru Semester 1/2 akan diletakkan di Blok Teratai 1 & 2. Manakala, Blok 3,4,5 akan ditempatkan student yang dah Semester lanjut atau senior. Kolej Teratai mempunyai 6 tingkat dan setiap tingkat ada tandasnya sendiri. Since aku masuk Degree penerapan di UiTM Shah Alam, untuk Semester 3, aku berjaya dapat Teratai 1. Untuk Sem 4, Teratai 5 & Sem 5 di Teratai 4. Kedudukan kolej memang pihak kolej yang akan tentukan dan korang kena berebut tempat dengan kumpulkan sticker atau scan matrik kad lepas join event yang organised by pihak kolej. 

Kemudahan di blok Teratai

Kemudahan yang ada ialah mesin basuh berbayar di setiap tingkat 3, mesin air Coway di tingkat bawah, tempat parkir motor, tempat parkir kereta, bilik belajar, bilik televisyen, tempat sidai baju di hadapan setiap bilik (ampaian dawai), wifi UiTM, surau di setiap blok di tingkat 3 atau 4, vending machine dan pondok belajar. 

Kemudahan di bilik Teratai

Setiap bilik akan disediakan dengan almari besi, cermin panjang, langsir, kerusi, meja belajar sorang satu, plag elektrik (kalau boleh bawalah extension masing-masing), kipas ceiling, tilam, katil, whiteboard, ampaian indoor. Ada dua unit katil rangka besi, satu single bed, satu lagi double decker bed. Dekat Teratai, memang penghuni akan ada 3 orang sebilik. 

3 tilam yang disediakan, tanpa bantal. Katil atas berpalang. Lantai bertiles di Teratai 1 dan simen di Teratai 2-5, tiada penyapu dan tiada tong sampah disediakan di dalam bilik, 3 almari baju besi berlaci, perlu beli kunci mangga, Ada rak buku kayu, ruang soket elektrik, softboard untuk lekat notes. Di dalam bilik ada 3 lampu pendaflour dan tidak disediakan seterika. Juga ada rak kasut diluar setiap bilik.

Bilik Teratai 4
Pandangan dalam bilik.

Almari besi setiap pelajar

Single bed

Katil double decker
Blok Teratai 1
Pandangan luar blok.
Kolej Teratai 1

Ampaian dan kaki lima

Kaki lima kolej

Kolej Delima

Kolej Delima mempunyai 5 blok juga rasanya. Aku tak sure sebab tak ramai kawan aku yang dapat Kolej Delima. Yuran setiap sem untuk kolej ni ialah RM410/sem dan RM20 bil elektrik. Kolej Delima mempunyai 6 tingkat dan setiap tingkat ada tandasnya sendiri. Disebabkan yurannya yang agak mahal, setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar sahaja. Boleh dikatakan Kolej Delima ni agak eksklusif berbanding Teratai disebabkan fasiliti dan keadaan kolejnya yang jauh lebih baik dari Teratai dan Perindu.  

Kemudahan di blok Delima

Kemudahan yang ada ialah mesin basuh berbayar di setiap tingkat, mesin air Coway di setiap tingkat, tempat parkir motor, tempat parkir kereta, bilik belajar, bilik televisyen, tempat sidai baju di hadapan setiap bilik (ampaian dawai), wifi UiTM, surau di setiap blok di tingkat 3 atau 4, vending machine dan pondok belajar.  

Kemudahan di bilik Delima

Setiap bilik akan disediakan dengan almari besi, cermin panjang, langsir, kerusi, meja belajar sorang satu, plag elektrik (kalau boleh bawalah extension masing-masing), kipas ceiling ditengah bilik, tilam, katil, whiteboard, ampaian indoor. Ada dua unit katil rangka besi, dua single bed. Penghuni akan ada 2 orang sebilik. Meja dan almarinya kalau korang perasan, memang lagi besar dari meja dan almari Kolej Teratai. Memang kenalah dengan yuran dia.

2 tilam yang disediakan, tanpa bantal. Lantai bertiles, tiada penyapu dan tiada tong sampah disediakan di dalam bilik, 2 almari baju besi berlaci, perlu beli kunci mangga, Ada rak buku kayu, ruang soket elektrik, softboard untuk lekat notes. Di dalam bilik ada 3 lampu pendaflour dan tidak disediakan seterika. Juga ada rak kasut diluar setiap bilik. 

Kolej Delima
Pandangan dalam bilik.
Single bed

Almari besi dan cermin

Ruang seorang student Kolej Delima

Ruang bilik



Hostel Student Perempuan Di UiTM Shah Alam, Selangor

Akan diupdate kemudian. Terima kasih. Jika ada sebarang soalan, sila comment di bawah ya!


Saturday 25 January 2020

Sarjana Muda / Degree Pengurusan Hartanah


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua.

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog aku. Personally, aku tak sangka yang pembaca akan mencecah lebih 45,000 menjelang tahun 2020. Sebab aku memang hanya menulis for fun & nak cerita pengalaman sendiri je.

Disebabkan sangat ramai yang dapat manfaat daripada content blog aku sebelum ini, khususnya tentang kursus Diploma Pengurusan Hartanah & sedikit sebanyak tentang hostel di UiTM Seri Iskandar, aku akan sambung entry tentang Sarjana Muda Pengurusan Hartanah! Terima kasih juga kepada para pensyarah terutamanya Dr. Sr. Norbaya Abd Rahim sebab baca content blog. Hehe.


Sebelum itu, aku sangat hargai kepada mereka yang email pada aku, mesej Instagram & Twitter & memberitahu yang mereka baca & manfaatkan content blog aku. Aku nak minta maaf kepada pembaca yang tak dapat sebarang reply daripada aku sebab aku tak cukup tangan nak balas email & komen di blog. Aku akan cuba yang terbaik untuk bagi info lengkap tanpa korang perlu hubungi sebab kekangan masa untuk jawab pertanyaan.

Without further ado, ayuh, kita teruskan.
Aku kena bagitahu yang aku ialah lepasan SPM dari aliran Sains Tulen. Aku kena mention benda ni untuk bg korang visualize mcm mana korang, dan aku yg daripada background masing-masing dpt masuk aliran hartanah. Ramai jugak kawan lain dari aliran akaun, sastera, agama, kemahiran & sebagainya. Aku tak rasa korang perlu risau, sebabnya if korg lepas kelayakan untuk apply course ni, basic skills semua mmg korg dah ada. Yang penting kena ada basic English, Math, Sejarah & ilmu agama untuk pelihara korang dari maksiat. 

Result SPM aku :

Bahasa Malaysia A+
Bahasa Inggeris A+
Biologi A+
Matematik A+
Pend. Islam A+
Kimia A
Sejarah A-
Matematik Tambahan B+
Fizik B+

Result Diploma aku : CGPA overall 3.93

Aku ada dapat info unofficial yang CGPA Diploma yang layak untuk diterima masuk Degree EM masa batch aku ialah 3.33.
Sebelum aku cerita tentang Kursus Sarjana Muda Pengurusan Hartanah/Bachelor of Estate Management (Hons), aku nak orang faham tentang situasi aku yang enrol to this course by using haluan Penerapan. Aku daripada Diploma EM & mendapat pengecualian kredit/credit transfer subjek masa Degree EM.

Bagi mereka yang enrol dalam Degree EM daripada Diploma EM, tempoh pengajian mereka ialah 2 tahun setengah (4 sem +1 sem praktikal). Akan tetapi, untuk student penerapan yang masuk tahun 2017 & 2018, kami berjaya pendekkan tempoh pengajian kepada 2 tahun sahaja (4 sem pengajian tanpa praktikal). Nanti aku akan cerita tentang macam mana kami berjaya mansuhkan praktikal, dibantu oleh pengurusan atasan fakulti. Ini antara program yang dijalankan oleh Department of Estate Management sebab mengambil kira latihan praktikal yang membebankan pelajar dari segi kewangan & capaian ke tempat praktikal.

Untuk pelajar penerapan, kami akan lompat terus ke Semester 3. Berbanding pelajar dari Matrikulasi, STPM, Diploma selain EM & Diploma IPT lain, mereka akan masuk dari awal iaitu Semester 1.
FSPU UiTM Shah Alam
FSPU UiTM Seri Iskandar
Diploma Pengurusan Hartanah sememangnya hanya ada di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Sarjana Muda Pengurusan Hartanah ada di UiTM Shah Alam, Selangor dan UiTM Seri Iskandar. 
Harap korang dapat fahamkan benda ni ya.


Contoh 1 (Haluan Diploma Penerapan) - Diploma EM mengambil masa 3 tahun. Selepas tu aku ambil Degree EM selama 2 tahun. Total ialah 5 tahun.

Contoh 2 (Haluan selain Diploma Penerapan) - Jika korang lepasan Matriks, STPM, Diploma lain & Diploma IPT lain, berikut ialah anggaran tempoh pengajian. 1-2 tahun untuk Asasi/1-3 tahun untuk Diploma, dan 3 tahun setengah untuk Degree. Total ialah 4-6 tahun, melihatkan kepada haluan masing-masing. So, choose wisely. Tiada yang cepat, tiada yang lambat. Masing-masing ada kebaikan sendiri ya.

Setiap semester akan mengambil tempoh selama 5 bulan. Akan ada cuti selama sebulan utk gap ke semester seterusnya. Bagi yang ada praktikal, praktikal akan berlangsung selama 4 bulan di firma awam atau swasta yang dipilih.

Now, untuk bagi korang lagi nampak lifestyle pelajar EM, jadual pembelajaran UiTM serius tak padat. Aku masukkan satu jadual sebagai contoh. Bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur yang menjadi lokasi kelas kuliah terletak berdekatan Kolej Anggerik (Kolej Perempuan) dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) yang bersebelahan dengan pintu belakang UiTM (menghadap Jakel & pusat komersial Seksyen 7 Shah Alam).
Korang boleh naik bas, naik motor, naik kereta dan sebagainya. Berjalan kaki agak tidak relevan bagi pelajar lelaki kerana Kolej Lelaki yang agak jauh. Suprisingly, penggunaan basikal juga tidak relevan di UiTM Shah Alam kerana keadaannya yang berbukit. 
*Berikut merupakan senarai subjek yang perlu diambil setiap semester sekiranya pelajar ialah lepasan Matriks, STPM, Diploma lain & Diploma IPT lain.

Untuk pengetahuan pembaca semua, senarai di atas ni merupakan senarai subjek yg kita akan tempuhi utk setiap semester. Boleh lihat di column "Part" utk tahu apa subjek utk Part 1-6.

Course = Adalah kod subjek
Course description = Nama subjek
Credit hour = Kredit subjek
Part = Semester

*Berikut pula merupakan subjek yang aku perlu ambil sebagai pelajar yang mengikut haluan Degree EM Penerapan & mendapat pengecualian kredit. Semester 3-6.

SEMESTER 3

ENGLISH FOR ORAL PRESENTATIONS
RESEARCH METHODOLOGY AND COMPUTER
INVESTMENT APPRAISAL
PROPERTY MANAGEMENT I
THIRD LANGUAGE (LEVEL I)  (Elective) (ARAB, MANDARIN, JAPANESE, GERMANY etc)
CTU 551 & CTU 553 PENGAJIAN ISLAM

SEMESTER 4

LAW OF PROPERTY II
DEVELOPMENT APPRAISAL
URBAN LAND ECONOMICS
BUILDING SERVICES
PROPERTY MANAGEMENT II
LAND ACQUISITION
THIRD LANGUAGE (LEVEL II)
ELC ENGLISH
BUILDING TECHNOLOGY (I)

SEMESTER 5

STATUTORY VALUATION
PROPERTY DEVELOPMENT
PROFESSIONAL PRACTICE I
ACADEMIC PROJECT I
BUILDING MAINTENANCE AND MANAGEMENT I
REVENUE LAW
THIRD LANGUAGE (LEVEL III)
ENGLISH FOR REPORT WRITING

SEMESTER 6

TECHNOLOGY ENTREPRENEURSHIP
INVESTMENT ANALYSIS / PENGAJIAN FARAID (ELECTIVE)
APPLIED VALUATION
ESTATE AGENCY
PROFESSIONAL PRACTICE II
ACADEMIC PROJECT II
BUILDING MAINTENANCE AND MANAGEMENT II
PROJECT MANAGEMENT

Kaedah pembelajaran & pengajaran untuk Degree EM sama je macam Diploma EM. Standardlah cara UiTM, akan memfokuskan praktikal melebihi teori. That’s why its easy. Since course ni melibatkan hartanah, student memang perlu buat site visit & inspection untuk betul-betul kenali kawasan yang mereka jadikan sebagai kajian (case study). Jangan risau, ia sangat mudah untuk difahami bahagian calculation dan theory sebab korang yang pergi ambil ukuran & dapatkan maklumat untuk guna formula calculation tu. Korang akan nampak flow semua calculation sebab semua value tu derived daripada value yang market tetapkan. Degree ni dah kurangkan assumption (anggaran) & lebihkan penggunaan fakta & nilai actual.

Kursus ini diselang-selikan dengan Kuliah, Tutorial dan Ilearn. Tutorial diwujudkan sebagai sesi untuk Lecturer buat latihan dan praktikal. Kiranya lagi bermanfaatlah sebab pelajar memang giat bertanya soalan masa Tutorial. Kuliah dijalankan di dalam kelas, serupa kelas kat sekolah je. Tak payah nak acah Dewan Kuliah Auditorium bagai, belajar dalam kelas lagi mudah engage dengan Lecturer dan lagi mengukuhkan bonding sesama rakan sekelas. (Jangan risau guys, ada aircond). Kat UiTM Shah Alam ada je Dewan Kuliah & kadang-kadang mmg akan guna. Juga ada penggunaan bilik computer untuk subjek Research Methodology & Investment Analysis. Aku sertakan contoh jadual kelas untuk korang tengok sama ada course ni padat, busy atau ada banyak gap berehat. 

Contoh jadual kelas 1

Contoh jadual kelas 2

Contoh jadual kelas 3
Terserah pada Lecturer nak mengajar guna projector atau papan putih. Dan korang juga akan dibekalkan nota dalam bentuk helaian kertas by topics sebelum kelas berlangsung (masa Diploma). Ilearn pula ialah satu cara pembelajaran atas talian. Korang tak perlu pergi kelas, buka akaun Ilearn masing-masing untuk jawab soalan online yang akan dikira markahnya sebagai carrymarks. Senang je. Tapi, waktu Degree ni, lecturer bagi notes lambat tau. Kita kena usaha sendiri dapatkan from online/seniors. Pengalaman aku, lecturer akan bagi nota after habis kelas. Bayangkan lecturer ajar tapi kau takde notes, mmg mengelamun jela.


Macam mana dengan laptop? Haa, laptop memang korang kena beli. Atleast yang cukup bagus untuk buat research (Thesis/Academic Project). Sangat banyak presentation, edit video, edit poster & buat report by Word format. Waktu Degree ni, skill editing graphic & video sangat penting. 

Pakaian ke kelas :

Isnin - Pakaian formal (lelaki berkemeja, tie, kasut, seluar slack. perempuan baju kurung.)
Rabu - Baju korporat fakulti
Hari-hari lain - Pakaian yg bersesuaian & menutup aurat (tshirt berkolar)








Syarat Kelayakan memohon kursus :

Berikut merupakan syarat kelayakan yg diambil dari https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2018. Make sure korang menepati syarat kelayakan mengikut lepasan masing-masing ya! Aku cuba cari syarat kelayakan untuk tahun 2019 & 2020, tapi yang paling latest hanya ada 2018. Boleh inform aku if korang ada terjumpa yang latest ok!





1)      Haluan mudah menjadi Registered Valuer

Bagi korang yang tak familiar dgn gelaran Registered Valuer/Penilai Berdaftar, ia adalah lesen tertinggi yang boleh provide kuasa untuk seseorg individu memberikan pendapat tntg harga sesebuah property. Hanya RV sahaja yang boleh authorize kerja menilai & mengeluarkan laporan penilaian. Jadi, bagi mereka yang bekerja dalam bidang hartanah tapi masih belum bergelar RV, sudah tentu mengidamkan untuk dpt lesen RV ni.

RV membenarkan individu untuk buka firma hartanah, authorize laporan penilaian dgn harga hartanah yg approved by RV tersebut, recruit pekerja, dapatkan projek & tender, menjadi Business Valuer, menjadi Board of Director dalam company Valuation & menjadi rujukan oleh badan-badan berkanun kerajaan dalam aktiviti pembangunan & pelaburan.

Degree EM UiTM Shah Alam membantu pelajar untuk mendekatkan diri dgn lesen ini, dan memantapkan ilmu yg perlu untuk hadapi peperiksaan & temuduga RV.

2)      Pelbagai peluang pekerjaan

To be honest, aku nampak dunia pekerjaan terbahagi kepada 3 bahagian. Buka bisnes, bekerja di office (corporate private/public gov) ataupun dalam bidang pendidikan. Kelayakan student EM membenarkan mereka untuk pilih 3 haluan ni, dan tak memerangkap student utk teruskan dlm kerjaya yg mereka tak minat.

Buka bisnes – Sangat ramai alumni yg aku kenal dah buka their own private firm. Ada yg local GLC, ada yg International Firm. Degree EM ada silibus Investment Analysis, Investment Appraisal, Non-Statutory Valuation, Building Management, Development Appraisal, Applied Valuation & Estate Agency yg bantu students utk faham how property business works in real platform. Kalau kau minat business, course ni siap provide bagi lesen utk kau buka firm, bg ilmu yg ckup utk start business tu, & ada silibus akaun & entrepreneurship utk bantu kau sustain business.

Bekerja di office (corporate private/public gov) – Bagi mereka yg berminat utk kerja dalam suasana selesa & tak perlu libatkan business decision making, korang boleh jadi employee. Bekerja di pejabat Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (JPPH), Pejabat Tanah & Galian (PTG), Majlis setiap daerah, Pejabat Tanah & Daerah, dan setiap department Penilaian dan Pengurusan Harta yg wujud dalam setiap organisasi. Bayangkan peluang pekerjaan dlm Tabung Haji, developer seperti Sime Darby, Top Glove, Maybank dan sebagainya. Semua syarikat ni ada hartanah yg perlu dihandle & ada department of property.

Bidang pendidikan -  If somehow korang tak minat berkerjaya dalam 2 haluan di atas, korang boleh pursue haluan akademik untuk bidang hartanah. Kita ada Institut Penilaian Negara (INSPEN), UiTM, UTM, UM & banyak university swasta yg korang boleh jadi tenaga pengajar. Korang boleh jadi org research untuk Market Study, Feasibility Study, bekerja sebagai pakar statistic & kajian di National Property Information Centre (NAPIC) & pejabat tanah.

Point is, bidang hartanah bagi korg pilihan. Dia tak trap org into something yg orang tak boleh deliver once dah masuk.

3)      Pelbagai peluang side income

       Untuk bahagian ni, aku share apa side job aku dah berjaya buat sepanjang tahun Diploma & Degree. Aku full time student, tapi aku berjaya jual rumah di Cyberjaya, menguruskan homestay di bawah company homestay & juga private owner, menguruskan rumah sewa di I-City dan Bandar Saujana Putra, mempromosikan homestay-homestay di platform Twitter, menjadi designer untuk brochure homestay & rumah sewa untuk company dan menjadi emcee majlis korporat. See?  Bidang ni membenarkan korang belajar pelbagai perkara baru & boleh apply directly untuk buat duit. Sekarang pun, 18 Feb 2020, aku masih buat job urus rumah sewa dan homestay.

4)      Kursus yang murah/berpatutan
     
       Yuran pengajian untuk semester 3 (semester pertama untuk Degree Penerapan) ialah RM873. Untuk semester 4-6, yurannya ialah RM590. Sangat murah! Keperluan pelajaran pun ok lah sebab perlukan laptop sahaja. Laptop dalam range harga RM1500 dah memadai. Aku guna jenis Lenovo G50 RM1500 sejak awal Diploma sehinggalah nak habiskan final sem Degree ni. Almost 5 years. Cuma course ni banyak travel & site visit, kena pandai pilih site dan case study lah. Supaya dapat bajet duit minyak & kereta sewa.   

5)      Seimbang dari segi creativity, analytical, mathematical & social
     
      Course ni ada calculation, ada communication, observation dan manipulating information. Untuk survive course ni dan pass dengan A, kita kena ada semua kemahiran ni. Dan ianya tak susah. Course ni ada masanya tak perlukan jawapan fix, bila kita dapat jawapan calculation agak berbeza, kita letakkan evidence untuk menyokong jawapan. Dan jawapan jadi betul. Ia mengajar kita untuk keluarkan opinion berserta sokongan bukti.
   
      Sebagai contoh, bila kita propose one scheme of housing development, kita akan suggest untuk wujudkan commercial hub, laluan entrance yang mencukupi, water tank, taman permainan dan semua keperluan fasiliti. Tiada orang boleh cakap yang perletakan fasiliti kita salah lepas kita ikut Planning Standard dan kita sokong dengan evidence untuk kuatkan lagi argument kita.

      To be honest, after 5 years of learning, social skills paling penting! Itu je aku nak cakap, aku yakin korang akan faham sendiri nanti. Orang yang boleh convince orang lain dengan idea dan konsep dia akan jadi orang yang sangat berkuasa dan diperlukan. 


Akhir kata, aku sangat gembira aku masuk course ni untuk Diploma & Degree. Suprisingly, aku sgt passionate dalam field ni & akan teruskan bina kerjaya dalam bidang hartanah, In shaa Allah. Untuk entry yang akan datang, aku akan cerita tentang tips belajar student EM & bagi pencerahan untuk student Degree hadapi Estate Management Exhibition (Empex), iaitu program pameran hartanah yang compulsory untuk semua pelajar semester 5. Aku tak hebat, tapi aku nak share untuk bagi korang dapat improve dari kelemahan group aku. Semoga keluarga EM semakin lama semakin hebat & dikenali. Amin.


Link kepada Twitter threads hartanah :