Wednesday, 5 August 2020

10 Tips Sewa Rumah Untuk Pelajar & Orang Bekerja


Perkongsian oleh Akram Noor

Rumah sewa boleh diuruskan oleh tuan rumah ataupun diwakili agen hartanah yang telah dilantik sebagai orang tengah. Kesemua tindakan & arahan agen hartanah adalah input langsung daripada tuan rumah.

Penyewa perlu faham yang agen hartanah perlu lebih cenderung untuk menjaga hak tuan rumah, akan tetapi, agen hartanah yang baik perlu bertindak adil kepada kedua-dua belah pihak. Agen hartanah akan sentiasa mencadangkan strategi untuk memberi keuntungan maksimum kepada tuan rumah, sekaligus kena bertindak adil pada penyewa.

Tapi tak semua manusia dalam dunia ni baik belaka. Jadi kita kenalah equip diri sendiri dengan ilmu supaya tidak dianiaya. Ikut nasihat aku.



1. Baca & fahamkan tenancy agreement

Tolong baca sepenuhnya agreement. Jangan terburu-buru, duduk berbincang & tanya tentang perkataan yang tak faham. Jangan ambil ringan. Jangan percayakan tuan rumah atau agen sepenuhnya. Selalulah cakna dengan isi perjanjian kerana kita akan membuat komitmen untuk jangka masa yang agak lama. Anda sebagai klien BERHAK tahu apa komitmen yang bakal anda hadap.


2. Rent review

Tanya agen samada dalam tempoh sewa, akan ada kenaikan sewa atau tidak. Jika dalam agreement, tiada menyebut tentang kewujudan “rent review”, kadar sewa tidak boleh dinaikkan sama sekali walaupun harga sewa pasaran mengalami kenaikan. Kadar sewa dinaikkan akan menyebabkan “breach of contract” kecuali mendapat persetujuan penyewa.


3. Refund deposit

Ini masalah yang kerap berlaku dikalangan penyewa. Penyewa perlu menghabiskan tempoh sewa terlebih dahulu, baru boleh mendapatkan semula deposit. Walaupun penyewa inform agen untuk keluar dari agreement 3 bulan awal dari tarikh tamat tempoh sewa, penyewa masih tidak akan dapat deposit semula kerana masih dikira sebagai “breach of contract”.
Penyewa hanya akan mendapat deposit semula sekiranya dalam agreement ada terma yang membenarkan penyewa keluar dari rumah dengan pemberitahuan awal 3 bulan & tuan rumah perlu memulangkan semula deposit. Berbalik semula kepada persetujuan bersama.


4. Tugas penyewa & tuan rumah

Finalizekan tugas kedua belah pihak. Siapa yang bertanggungjawab untuk selesaikan :
1. Maintenance fee
2. Bil elektrik & air
3. Kos wear & tear fittings & fixtures rumah
4. Bil WiFi
5. Kos duplicate kunci & kad lif

Jangan dah tengah tahun, tiba-tiba tuan rumah cakap penyewa yang kena ganti lampu rumah yang rosak sebab wear & tear. Itu normally ialah tugas tuan rumah. Selalunya penyewa akan bertanggungjawab untuk kerosakan atas sebab kecuaian atau salahguna.


5. Ambil gambar rumah semasa baru masuk & sebelum keluar

Aku paling particular bab ni sebab aku tak suka dipersalahkan untuk kerosakan atau kehilangan barang yang bukan salah aku. Bila dah bersetuju untuk masuk perjanjian, ambil gambar rumah dengan jelas. Sebelum penyerahan kunci selepas tamat tempoh menyewa, ambil gambar juga & simpan dalam folder laptop.

Rakam video sekiranya perlu. Ini boleh dijadikan bukti sekiranya kita perlu bayar ganti rugi untuk kehilangan kerusi, jam dinding, tong sampah yang bukan salah kita kerana memang barang tersebut tiada waktu kita jejak masuk rumah. Sentiasa letak diri dalam posisi selamat. Zaman sekarang, orang dah tak percaya cakap mulut. Perlu ada bukti fizikal & visual.



6. Ganti orang

Ini kerap kali berlaku apabila penyewa ingin keluar dari rumah sebelum tarikh tamat menyewa. Anda memang boleh tukar orang tapi kena ingat, nama anda ada dalam agreement rasmi yang telah disetem hasil. Sekiranya penyewa ganti ada buat masalah atau kerosakan, anda yang akan dicari.

Macam mana untuk tak terlibat dengan isu ini? Anda perlu buat agreement baru menggunakan nama orang ganti, untuk habiskan baki tempoh sewa. Tapi ingat, anda jugalah yang perlu keluarkan kos renew & kos setem agreement baru.


7. Kos tersembunyi

Acap kali, agen hartanah terlupa atau sengaja tidak memberitahu kos tersembunyi spt bayaran parkir bulanan, maintenance fee, gym membership etc. Ini kerana mereka nak cepat close deal sebab penyewa teruja harga sewa murah tanpa mengetahui kos-kos tambahan sepanjang menyewa.


8. Ruang parkir kereta & motor

Tanya tentang berapa jumlah parcel parkir yang disediakan percuma, berbayar & harga untuk parcel tambahan. Survey tentang visitor parking & open space berdekatan dengan rumah. Kena ingat, kadang-kadang kita ajak kawan datang rumah untuk study group & boleh jadi semua ahli rumah nak bawa kereta masing-masing.


9. Simpan bukti pembayaran

Tangkap gambar semua resit & simpan dalam folder laptop. Simpan dalam fail resit fizikal. Buang hanya selepas selesai semua urusan clearance rumah & selepas berjaya dipulangkan semula deposit.


10. MESTI matikan dengan setem hasil

Setiap instrumen undang-undang perlulah dimatikan dengan setem hasil dalam tempoh 30 hari dari tarikh sign perjanjian. Ini supaya perjanjian tersebut dapat dijadikan evidence di dalam perbicaraan mahkamah. Jika berlaku apa-apa isu & perjanjian tidak pernah dimatikan dengan setem, kesalahan pihak lain tak boleh dikenakan tindakan undang-undang sebab perjanjian tu tidak diacknowledge oleh pihak mahkamah. Kos stamp duty akan disekalikan dengan kos penyediaan perjanjian oleh lawyer.



No comments:

Post a Comment