Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.
Untuk blog entry kalini, aku nak kongsi Tips untuk Dapatkan Anugerah Naib Canselor / Vice Chancellor’s Award (ANC). Aku rasa dah sampai masa untuk aku jawab soalan yang junior-junior tanya.
Aku kongsi ni bukan sebab aku rasa aku hebat atau layak
untuk bagi nasihat. Aku kongsi sebab aku sendiri pernah jadi junior dan
berharap senior sentiasa kongsi tips valuable yang boleh bantu mudahkan aku
belajar. Aku sendiri berusaha kenal & tanya-tanya senior cara dorang
belajar, apa anugerah yang boleh bantu kita, apa penglibatan akademik dan
ko-kurikulum yang dapat bantu percepatkan haluan kareer kita nanti.
Sebelum tu, aku kenalah beritahu apa achievement aku sepanjang zaman universiti aku kan. Aku merupakan pelajar Kursus Pengurusan Hartanah di UiTM Seri Iskandar, Perak (Diploma) dan Shah Alam (Degree). Tahun 2015-2018 ialah tahun Diploma dan 2018-2020 ialah tahun aku spend untuk habiskan Degree.
Alhamdulilah, untuk Diploma Pengurusan Hartanah UiTM, aku berjaya memperoleh Anugerah Graduan Terbaik Program dan Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.93.
Untuk Sarjana Muda Pengurusan Hartanah UiTM, aku berjaya memperoleh Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.85 & memenangi Gold Award, 5th International Built Environment Undergraduate Research Competition 2020 untuk kerja Thesis / Final Year Paper.
Untuk pengetahuan korang, ramai je student sekolah yang tak
tahu di universiti nanti, akan ada beberapa Anugerah yang boleh dikejar. Ada
kawan sekelas aku yang dah sampai semester 3 baru tau yang ANC tu wujud.
Ingatkan ada Anugerah Dekan (AD) sahaja.
Senarai Anugerah Akademik di Universiti :
1. 1. Anugerah Naib Canselor
2. 2. Anugerah Dekan
3. 3. Anugerah Graduan Terbaik Program
4. 4. Anugerah Graduan Terbaik Fakulti
5. 5. Anugerah Diraja
Pengetahuan aku bertambah tentang hal ni pun sebab terbaca
dari flyers yang dapat masa orientasi MDS. Since parents aku pun keduanya dari
UiTM, dorang pun dah brainwash aku tentang selempang pink. Masa awal-awal masuk
UiTM, aku dah tau apa yang aku kena kejar.
Untuk thread kalini, aku nak fokus pada Tips Dapat Anugerah
Naib Canselor.
Sebabnya, aku habiskan satu semester untuk jumpa cara study
yang betul. Itu saja bagi aku dah buang masa, sedangkan kita boleh jimat masa
dengan apply experience senior kita.
Penerima ANC ialah graduan yang berjaya maintain GPA setiap
sem ≥ 3.50. Maksudnya, setiap semester graduan tersebut MESTI dapatkan Anugerah
Dekan (AD). Graduan nak sangat ANC ni sebab 3 benda ni :
2. Pengecualian bayaran semula pinjaman PTPTN
3. Berpeluang memakai selempang pink sewaktu konvokesyen
Untuk tahun 2021, masih akan dapat pengecualian ya jika tamatkan
pengajian dengan Ijazah Kelas Pertama CGPA ≥ 3.50.
Sejujurnya, aku yakin semua orang boleh dapat ANC if tau
cara belajar yang betul & ikut style yang sesuai dengan diri masing-masing.
Tips ni penting & senior kena sampaikan pada junior. Jadi,
apa yang aku kongsi sekarang ialah apa intipati yang diturunkan daripada
lapisan senior-senior terdahulu. Ceh hehe.
Here goes!
1. Jaga Solat Dhuha, Ayat Seribu Dinar, Doa Mudah Urusan
Ini penting! Arwah nenek aku selalu suruh baca ayat seribu
dinar dan doa mudahkan urusan tiap kali masa tunggu van nak pergi sekolah. Dari
PMR sampailah kat universiti aku amal. Bila dah hafal, practice baca setiap
kali habis solat. Semua urusan haritu akan dipermudah.
Aku start amal solat dhuha semasa di asrama untuk persiapan
SPM. Di SM Sains Banting, aku dikelilingi kawan yang baik dan selalu galakkan
untuk tambah amalan sunat. Jadi, aku belajar-belajar dengan kawan tentang solat
sunat dan amalan ekstra untuk support amalan wajib.
Bila dah terbiasa buat di asrama, Alhamdulilah, aku dapat
bawa amalan tu di universiti. Lagi mudah nak amal di universiti sebab kelas ada
gap untuk lari kejap pergi surau atau solat sunat sebelum ke kelas.
2. Planner
Its crucial to have a planner! Time management lah yang
dapat bezakan org berjaya & kurang berjaya. Untuk dapatkan ANC, kita kena
sentiasa peka dengan tarikh test, final exam, quiz dan deadline assignment.
Barulah dapat buat persiapan mantap dan tak prepare last minute. Tambah lagi, aku
ni jenis pelupa dan senang gabra. Jadi, setiap hari aku akan “tick” apa kerja yang
dah complete & incomplete.
Setiap pagi aku akan selak tengok untuk rancang jadual hari tu, tengah hari, petang, malam nak selesaikan apa dahulu. Malam pula, aku akan duduk tenang-tenang di meja study untuk buat list esok.
Aku jadi seorang yang komited menggunakan planner bila aku terdengar satu pendapat rasional ni. “Buat apa kita nak saratkan otak untuk ingat setiap benda yang perlu kita selesaikan, sedangkan kita boleh list downkan semua. Jadi, otak kita ada full capacity untuk fokus. Kita kurangkan beban pada minda, turunkan list tersebut ke dalam bentuk fizikal.”
Make sense, bukan?
3. Nak berjaya sama-sama
Sejujurnya, nak berjaya, korang perlu geng. Memang nice if dalam kelas ada sorang mediator yang rapat dengan lecturer, sorang tukang print notes, ada yang pandai dan sudi share notes, sorang genius dalam simplify formula calculation, sorang supplier past year question etc.
Aku nampak banyak perbezaan untuk kelas yang bersaing dengan
cara healthy dan unhealthy. Aku gembira nak cakap yang kelas aku sangat
kompetitif tapi berjaya maintain environment yang sihat. Semua sangat
supportive!
Yang bijak bantu yang kurang bijak. Yang dapat info lebih
dari lecturer atau senior akan share kepada kawan lain. Memang tak kedekut
ilmu. Tup tup, ramai sangat yang berjaya dapat ANC untuk batch aku. Classmates
supportive ni memang salah satu bentuk rezeki.
4. Waktu ulangkaji
4 pagi tu, kadang-kadang aku dapat buat Solat Sunat Tahajjud, lepastu aku terus duduk kat meja study. Buat notes apa yg lecturer ajar semalam. Aku takkan tangguh sebab nanti terlupa or piling up. Time fresh tu kena buat!
Life aku waktu Diploma memang bagi aku paling teratur. Tidur cukup, pergi kelas 1-2 jam awal daripada lecturer dan classmates sebab aku ketua kelas masa Sem 2, jadi kena cop kelas before orang lain masuk. Banyak assignment macam mana pun, aku tak kacau masa tidur sebab aku ada jadual belajar.
Berbeza ya bila kita datang kelas awal, kita dapat pilih
tempat duduk yang dekat dengan lecturer, selesa tak terlalu sejuk dekat dengan
aircond dan tak terlalu panas kena cahaya matahari. Dapat juga kita selak notes
dan prepare mental untuk serap pengajaran lecturer hari tu.
Selingan - Pernah sekali aku bangun pukul 4, dekat UiTM Seri
Iskandar Kolej Teratai 1, aku duduk dekat meja facing tingkap Teratai 2. Time
tu budak Degree takde so T2 kosong gelap sepatutnya.
Aku terperasan, satu bilik dekat level G je yang lampu terbukak. Aku peliklah, pastu usha. Lamaaaaaaaaaaaa lepastu ada tangan lambai dekat aku.
Ini sumpah tak tipu. So aku terus naik katil, selimutkan
diri dan tidur. Ketakutan sebenarnya. Sebab esoknya aku check, bilik bawah tu
stor untuk letak barang budak negeri lain. Bukan bilik hostel pun. Haha.
Wallahualam.
5. Notes sendiri
Nota aku ialah senjata rahsia aku. Wajib buat notes sendiri! Macam aku, otak aku lebih mudah proses tulisan sendiri. Kena tulis balik & font saiz BESAR supaya tak sakit mata nk baca.
Bila ada nota, sebelum exam kita akan jimat masa untuk
ulangkaji hanya perkara yang penting dan yang pernah lecturer highlight. Nota
lecturer kebiasaannya terlalu tepu dan sarat. Jadi, kita kena simplify dalam
bentuk dan ayat yang kita faham.
Font besar akan bantu kurangkan beban mata masa nak study sebab kita selalunya akan paksa diri study sampai lewat malam dan pagi buta, jadi jangan strain kan mata.
Since aku ni jenis photographic memory, benda law semua aku
lukis-lukis sebab otak aku akan recall balik nota dalam bentuk template. Aku
akan ingat butiran nota aku mengikut susunan yang aku letak atas kertas. Aku memang
akan ingat benda berwarna/shape pelik. That being said, korang kena identify
cara apa yang paling sesuai untuk dipraktik.
6. Doa dari parents, nenek dan lecturers
Setiap kali ada exam, test, atau presentation yang besar, aku
akan bagitau group Whatsapp family dan minta semua untuk doakan aku. Arwah nenek
aku akan listkan nama subjek & bacakan Yaasin the exact same time exam
bermula. Kiranya semasa aku tengah jawab exam, arwah nenek aku pula sedang bacakan
Yaasin sampailah aku habis exam. Memang semuanya dipermudah, minda jadi lancar dan
ingat semua benda yang aku dah belajar.
Sesiapa yang pernah baca blog entry aku sebelum ni akan tahu yang ayah aku dulunya student EM juga. Link - Diploma Pengurusan Hartanah https://pelajaruitm.blogspot.com/2016/04/diploma-pengurusan-hartanah.html
Jadi, setiap kali aku kena buat keputusan masa study, aku
akan rujuk ayah aku. Aku akan tanya tentang idea untuk feasibility study, cara
presentation, cara nak tackle calculation dan mana satu killer subject.
Ayah aku pernah sekali beritahu yang dia rasa terharu dan
dihargai sebab aku libatkan dia dalam setiap decision yg aku buat tak kira dalam
kerja part time dan pelajaran, semua aku rujuk pada dia. Aku fully rely on restu
parents. I think that’s why everything becomes easy. Dia beritahu, semuanya
mudah bagi aku sebab aku dengar cakap parents dan sentiasa minta izin dari
mereka. Alhamdulilah.
7. Core subjects
Dapatkan list subject dan perhatikan column credit hours.
Bagi perhatian lebih sikit pada subjek berat, yang 4 credit hours dan keatas.
Lebihkan effort pada subject core sebab weightage dia memang akan tarik CGPA if
spoil.
Subjek berat biasanya banyak calculation dan akan fokuskan
pada praktikal. Set dalam minda untuk tak takut dengan mana-mana core subject.
Jangan lemahkan diri sendiri.
Jaga markah attendance, test, quiz, assignment &
presentation!
Contoh list subject untuk kursus UiTM :
Untuk kursus EM, pay attention pada Valuation, Property
Development & Property Management.
8. Mentor
This is super crucial! You need to see the whole thing, of
what you’re gonna become after you graduate. So i chose several remarkable
individuals in property field.
Bahagikan kepada dua jenis matlamat :
Short term – Idolize and learn from seniors and lecturers
Long term – Idolize and observe the journey of industry
players and corporate individuals
Aku listkan individu yang ada persamaan dengan aku, iaitu yang ada Diploma & Degree Pengurusan Hartanah UiTM. Semua individu di bawah ada persamaan ini.
1.
CEO Uda Holdings- Mohd Salem Kailany
2.
Managing Director Asia, Ian Scott International-
Dato SR Rosli Atan
3.
Senior Lecturer, Facilities Management,
Liverpool John Moores University – Allahyarham Nazali Mohd Noor
Hence, korang dapat tengok flow yang realistik. Apa
milestones yang korang perlu achieve untuk slowly bergerak kedepan. Bila dah
graduate, kita akan rasa overwhelmed dengan dunia bekerja. Tiada siapa yang
dapat guide fully apa haluan kita. Tiada betul dan salah, lambat atau cepat.
Jadi, kadang-kadang kita akan rasa seperti tiada hala tuju dan clueless sama
ada apa yang kita buat ni akan benefit future kita atau tidak.
That’s why kita perlu mentor. Untuk belajar pendekkan masa
untuk buat kesilapan. Observe kesilapan mentor kita, observe kekuatan apa yang
boleh dimanfaat dan gunakan untuk capai ultimate goals kita.
Jika korang decide nak masuk dunia corporate, decide untuk
ikut perjalanan siapa. Jika berminat nak masuk bidang pendidikan, kena tahu
untuk ikut haluan siapa. Semua ni untuk kurangkan buang masa untuk buat
kesilapan. Ya betul, setiap orang mesti akan buat kesilapan. Baru boleh
belajar. Tapi kita kurangkan kesilapan dengan belajar dari kesilapan orang
terdahulu.
Ingat! Setiap langkah kecil yang korang buat harini, MESTI
KENA slowly accumulate untuk achieve matlamat besar. Tanya diri sendiri setiap
hari, adakah benda yang aku buat harini akan bantu aku capai matlamat aku?
9. Leave no room for error
Aim for ANC since the very beginning. Don’t let your friends or faculty society club or entertainment to distract you. Prioritise your CGPA. Weightage during job interview is basically : CGPA > Co-curriculum.
Not once my interview panels asked about my co-curriculum involvements.
Mengikut pengalaman aku, masa interview kerja, panel akan fokuskan soalan pada pengalaman bekerja. Pengalaman internship / praktikal sebenarnya tidak dipandang sangat, kecuali jika praktikal di syarikat yang dikenali dan berkaitan dengan industri dan jobscope.
Jadi, jika korang tanya aku, aku akan nasihat untuk kukuhkan ilmu dalam bahagian practicality of knowledge. Sebelum ni, aku dan kawan-kawan ada peluang bercuti 4 bulan sebab UiTM nak alignkan kemasukan student Degree dan Diploma.
Sementara pelajar lain semuanya gembira bercuti, aku dan 4 lagi kawan lain dipelawa oleh Dato' SR Rosli Atan untuk menjalani "industrial attachment" di Valuation Firm, Raine and Horne International, Zaki and Partners, KL.
That being said, bila ada je peluang untuk pengalaman bekerja dan praktikal, sambar terus! Tambah ilmu dan jangan takut. Kita akan takut jika tak tahu. Once berilmu, kita akan berani kedepan dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
10. Jangan amalkan bertangguh
Cara aku, balik je dari kelas, aku akan terus buat notes. Gunakan short form dan abbreviations. Aku tak suka study last minute. Time kelas memang aku akan banyak bertanya directly apa yang tak faham. Terus dapatkan jawapan haritu jugak.
Aku belajar dari kesilapan lama di SBP dulu. Aku ni bodoh Math. So dulu-dulu memang aku kaki study last minute untuk subjek Math, kurang bertanya sebab takut kena target, selalu buat-buat faham padahal lembab. Since aku dah sedar Math kelemahan paling besar, aku decide utk beranikan diri & tak takut dengan nombor.
Di universiti, aku takkan izinkan diri untuk jejak keluar dari kelas selagi aku tak faham apa pembelajaran haritu. If tak mampu jugak, dalam minggu tu aku akan minta kawan lain jadi tutor dan tengok cara problem solving kawan lain.
Aku faham satu perkara. Larilah ke kursus mana pun, semua akan ada subjek Math (kelemahan aku). Dalam kursus EM ni, siap jadi Core subject lagi haha. Tuntasnya, cukuplah larikan diri dan bertangguh. Man up and face your fear. In shaa Allah.
Dengan ini, tamatlah perkongsian untuk entry kali ini. Itu sahaja sharing aku, senang kalau junior tanya, aku terus send link untuk baca entry ni. Dengarlah daripada orang yang dah bekerja. Masa study, buat sehabis baik. Untuk kepuasan diri sendiri, sebab lepasni dah tak sakit belajar. Tapi sakit bekerja. Bila buat sesuatu, buat yg terbaik. ALWAYS!
Untuk sebarang soalan, sila kemukakan di bahagian komen di bawah. Aku akan jawab secepat mungkin. Terima kasih sebab membaca!
hi, first of all, congratulations on the awards you've gotten!
ReplyDeleteif you don't mind, may i know the questions asked for Anugerah Graduan Terbaik? i just got a call for it and i'm quite nervous because it's so sudden. hope you could help. thank you very much.
During my time, there was no call or interview for Best Student Award nominees. The faculty would pick one after discussing it with KPP and selected lecturers, amongst them. They will choose based on academics, co-curriculum involvements & overall feedbacks from lecturers.
DeleteMy tips :
1. Make sure you make a timeline for your academic journey.
2. List down your awards, achievements, accomplishments for different segment; Diploma, Degree, Foundation.
3. Speak in full English if needed.
4. Dont brag, but professionally state what you successfully achieve.
5. Be you. Dont be nervous.
ZANAERBHI
ReplyDelete