Assalamualaikum wbt & salam
sejahtera semua.
Pertama sekali, aku nak ucapkan
terima kasih kepada semua pembaca blog aku. Personally, aku tak sangka yang
pembaca akan mencecah lebih 45,000 menjelang tahun 2020. Sebab aku memang hanya
menulis for fun & nak cerita pengalaman sendiri je.
Disebabkan sangat ramai yang
dapat manfaat daripada content blog aku sebelum ini, khususnya tentang kursus
Diploma Pengurusan Hartanah & sedikit sebanyak tentang hostel di UiTM Seri
Iskandar, aku akan sambung entry tentang Sarjana Muda Pengurusan Hartanah!
Terima kasih juga kepada para pensyarah terutamanya Dr. Sr. Norbaya Abd Rahim
sebab baca content blog. Hehe.
Sebelum itu, aku sangat hargai kepada mereka yang email pada aku, mesej Instagram & Twitter & memberitahu yang mereka baca & manfaatkan content blog aku. Aku nak minta maaf kepada pembaca yang tak dapat sebarang reply daripada aku sebab aku tak cukup tangan nak balas email & komen di blog. Aku akan cuba yang terbaik untuk bagi info lengkap tanpa korang perlu hubungi sebab kekangan masa untuk jawab pertanyaan.
Sebelum itu, aku sangat hargai kepada mereka yang email pada aku, mesej Instagram & Twitter & memberitahu yang mereka baca & manfaatkan content blog aku. Aku nak minta maaf kepada pembaca yang tak dapat sebarang reply daripada aku sebab aku tak cukup tangan nak balas email & komen di blog. Aku akan cuba yang terbaik untuk bagi info lengkap tanpa korang perlu hubungi sebab kekangan masa untuk jawab pertanyaan.
Without further ado, ayuh, kita
teruskan.
Aku kena bagitahu yang aku ialah lepasan SPM dari aliran Sains Tulen. Aku kena mention benda ni untuk bg korang visualize mcm mana korang, dan aku yg daripada background masing-masing dpt masuk aliran hartanah. Ramai jugak kawan lain dari aliran akaun, sastera, agama, kemahiran & sebagainya. Aku tak rasa korang perlu risau, sebabnya if korg lepas kelayakan untuk apply course ni, basic skills semua mmg korg dah ada. Yang penting kena ada basic English, Math, Sejarah & ilmu agama untuk pelihara korang dari maksiat.
Result SPM aku :
Bahasa Malaysia A+
Bahasa Inggeris A+
Biologi A+
Matematik A+
Pend. Islam A+
Kimia A
Sejarah A-
Matematik Tambahan B+
Fizik B+
Result Diploma aku : CGPA overall 3.93
Aku ada dapat info unofficial yang CGPA Diploma yang layak untuk diterima masuk Degree EM masa batch aku ialah 3.33.
Sebelum aku cerita tentang Kursus
Sarjana Muda Pengurusan Hartanah/Bachelor of Estate Management (Hons), aku nak
orang faham tentang situasi aku yang enrol to this course by using haluan
Penerapan. Aku daripada Diploma EM & mendapat pengecualian kredit/credit
transfer subjek masa Degree EM.
Bagi mereka yang enrol dalam
Degree EM daripada Diploma EM, tempoh pengajian mereka ialah 2 tahun setengah
(4 sem +1 sem praktikal). Akan tetapi, untuk student penerapan yang masuk tahun
2017 & 2018, kami berjaya pendekkan tempoh pengajian kepada 2 tahun sahaja
(4 sem pengajian tanpa praktikal). Nanti aku akan cerita tentang macam mana
kami berjaya mansuhkan praktikal, dibantu oleh pengurusan atasan fakulti. Ini
antara program yang dijalankan oleh Department of Estate Management sebab
mengambil kira latihan praktikal yang membebankan pelajar dari segi kewangan
& capaian ke tempat praktikal.
Untuk pelajar penerapan, kami
akan lompat terus ke Semester 3. Berbanding pelajar dari Matrikulasi, STPM,
Diploma selain EM & Diploma IPT lain, mereka akan masuk dari awal iaitu
Semester 1.
FSPU UiTM Shah Alam |
FSPU UiTM Seri Iskandar |
Diploma Pengurusan Hartanah
sememangnya hanya ada di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Sarjana Muda Pengurusan Hartanah
ada di UiTM Shah Alam, Selangor dan UiTM Seri Iskandar.
Harap korang dapat fahamkan benda
ni ya.
Contoh 1 (Haluan Diploma Penerapan) - Diploma EM mengambil masa 3 tahun. Selepas tu aku ambil Degree EM selama 2 tahun. Total ialah 5 tahun.
Contoh 2 (Haluan selain Diploma
Penerapan) - Jika korang lepasan Matriks, STPM, Diploma lain & Diploma IPT
lain, berikut ialah anggaran tempoh pengajian. 1-2 tahun untuk Asasi/1-3 tahun
untuk Diploma, dan 3 tahun setengah untuk Degree. Total ialah 4-6 tahun,
melihatkan kepada haluan masing-masing. So, choose wisely. Tiada yang cepat,
tiada yang lambat. Masing-masing ada kebaikan sendiri ya.
Setiap semester akan mengambil
tempoh selama 5 bulan. Akan ada cuti selama sebulan utk gap ke semester
seterusnya. Bagi yang ada praktikal, praktikal akan berlangsung selama 4 bulan
di firma awam atau swasta yang dipilih.
Now, untuk bagi korang lagi
nampak lifestyle pelajar EM, jadual pembelajaran UiTM serius tak padat. Aku
masukkan satu jadual sebagai contoh. Bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan
Ukur yang menjadi lokasi kelas kuliah terletak berdekatan Kolej Anggerik (Kolej
Perempuan) dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) yang bersebelahan dengan pintu
belakang UiTM (menghadap Jakel & pusat komersial Seksyen 7 Shah Alam).
Korang boleh naik bas, naik motor, naik kereta dan sebagainya. Berjalan kaki agak tidak relevan bagi pelajar lelaki kerana Kolej Lelaki yang agak jauh. Suprisingly, penggunaan basikal juga tidak relevan di UiTM Shah Alam kerana keadaannya yang berbukit.
Korang boleh naik bas, naik motor, naik kereta dan sebagainya. Berjalan kaki agak tidak relevan bagi pelajar lelaki kerana Kolej Lelaki yang agak jauh. Suprisingly, penggunaan basikal juga tidak relevan di UiTM Shah Alam kerana keadaannya yang berbukit.
*Berikut merupakan senarai subjek yang perlu diambil setiap
semester sekiranya pelajar ialah lepasan Matriks, STPM, Diploma lain &
Diploma IPT lain.
Course = Adalah kod subjek
Course description = Nama subjek
Credit hour = Kredit subjek
Part = Semester
*Berikut pula merupakan subjek yang aku perlu ambil sebagai
pelajar yang mengikut haluan Degree EM Penerapan & mendapat pengecualian
kredit. Semester 3-6.
SEMESTER 3
ENGLISH FOR
ORAL PRESENTATIONS
RESEARCH
METHODOLOGY AND COMPUTER
INVESTMENT
APPRAISAL
PROPERTY
MANAGEMENT I
THIRD
LANGUAGE (LEVEL I) (Elective) (ARAB,
MANDARIN, JAPANESE, GERMANY etc)
CTU 551
& CTU 553 PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER 4
LAW OF
PROPERTY II
DEVELOPMENT
APPRAISAL
URBAN LAND
ECONOMICS
BUILDING
SERVICES
PROPERTY
MANAGEMENT II
LAND
ACQUISITION
THIRD
LANGUAGE (LEVEL II)
ELC ENGLISH
BUILDING
TECHNOLOGY (I)
SEMESTER 5
STATUTORY
VALUATION
PROPERTY
DEVELOPMENT
PROFESSIONAL
PRACTICE I
ACADEMIC
PROJECT I
BUILDING
MAINTENANCE AND MANAGEMENT I
REVENUE LAW
THIRD
LANGUAGE (LEVEL III)
ENGLISH FOR
REPORT WRITING
SEMESTER 6
TECHNOLOGY
ENTREPRENEURSHIP
INVESTMENT
ANALYSIS / PENGAJIAN FARAID (ELECTIVE)
APPLIED
VALUATION
ESTATE
AGENCY
PROFESSIONAL
PRACTICE II
ACADEMIC
PROJECT II
BUILDING
MAINTENANCE AND MANAGEMENT II
PROJECT
MANAGEMENT
Kaedah pembelajaran &
pengajaran untuk Degree EM sama je macam Diploma EM. Standardlah cara UiTM,
akan memfokuskan praktikal melebihi teori. That’s why its easy. Since course ni
melibatkan hartanah, student memang perlu buat site visit & inspection
untuk betul-betul kenali kawasan yang mereka jadikan sebagai kajian (case
study). Jangan risau, ia sangat mudah untuk difahami bahagian calculation dan
theory sebab korang yang pergi ambil ukuran & dapatkan maklumat untuk guna
formula calculation tu. Korang akan nampak flow semua calculation sebab semua
value tu derived daripada value yang market tetapkan. Degree ni dah kurangkan
assumption (anggaran) & lebihkan penggunaan fakta & nilai actual.
Kursus ini diselang-selikan
dengan Kuliah, Tutorial dan Ilearn. Tutorial diwujudkan sebagai sesi untuk
Lecturer buat latihan dan praktikal. Kiranya lagi bermanfaatlah sebab pelajar
memang giat bertanya soalan masa Tutorial. Kuliah dijalankan di dalam kelas,
serupa kelas kat sekolah je. Tak payah nak acah Dewan Kuliah Auditorium bagai,
belajar dalam kelas lagi mudah engage dengan Lecturer dan lagi mengukuhkan
bonding sesama rakan sekelas. (Jangan risau guys, ada aircond). Kat UiTM Shah
Alam ada je Dewan Kuliah & kadang-kadang mmg akan guna. Juga ada penggunaan
bilik computer untuk subjek Research Methodology & Investment Analysis. Aku sertakan contoh jadual kelas untuk korang tengok sama ada course ni padat, busy atau ada banyak gap berehat.
Terserah pada Lecturer nak mengajar guna projector atau
papan putih. Dan korang juga akan dibekalkan nota dalam bentuk helaian kertas
by topics sebelum kelas berlangsung (masa Diploma). Ilearn pula ialah satu cara
pembelajaran atas talian. Korang tak perlu pergi kelas, buka akaun Ilearn
masing-masing untuk jawab soalan online yang akan dikira markahnya sebagai
carrymarks. Senang je. Tapi, waktu Degree ni, lecturer bagi notes lambat tau.
Kita kena usaha sendiri dapatkan from online/seniors. Pengalaman aku, lecturer
akan bagi nota after habis kelas. Bayangkan lecturer ajar tapi kau takde notes,
mmg mengelamun jela.
Contoh jadual kelas 1 |
Contoh jadual kelas 2 |
Contoh jadual kelas 3 |
Macam mana dengan laptop? Haa, laptop memang korang kena
beli. Atleast yang cukup bagus untuk buat research (Thesis/Academic Project).
Sangat banyak presentation, edit video, edit poster & buat report by Word
format. Waktu Degree ni, skill editing graphic & video sangat penting.
Pakaian ke kelas :
Isnin - Pakaian formal (lelaki berkemeja, tie, kasut, seluar slack. perempuan baju kurung.)
Rabu - Baju korporat fakulti
Hari-hari lain - Pakaian yg bersesuaian & menutup aurat (tshirt berkolar)
Syarat Kelayakan memohon kursus :
Berikut merupakan syarat kelayakan yg diambil dari https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2018.
Make sure korang menepati syarat kelayakan mengikut lepasan masing-masing ya!
Aku cuba cari syarat kelayakan untuk tahun 2019 & 2020, tapi yang paling
latest hanya ada 2018. Boleh inform aku if korang ada terjumpa yang latest ok!
1)
Haluan mudah menjadi Registered Valuer
Bagi korang yang tak familiar dgn gelaran Registered
Valuer/Penilai Berdaftar, ia adalah lesen tertinggi yang boleh provide kuasa
untuk seseorg individu memberikan pendapat tntg harga sesebuah property. Hanya
RV sahaja yang boleh authorize kerja menilai & mengeluarkan laporan
penilaian. Jadi, bagi mereka yang bekerja dalam bidang hartanah tapi masih
belum bergelar RV, sudah tentu mengidamkan untuk dpt lesen RV ni.
RV membenarkan individu untuk buka firma hartanah, authorize
laporan penilaian dgn harga hartanah yg approved by RV tersebut, recruit
pekerja, dapatkan projek & tender, menjadi Business Valuer, menjadi Board
of Director dalam company Valuation & menjadi rujukan oleh badan-badan
berkanun kerajaan dalam aktiviti pembangunan & pelaburan.
Degree EM UiTM Shah Alam membantu pelajar untuk mendekatkan
diri dgn lesen ini, dan memantapkan ilmu yg perlu untuk hadapi peperiksaan
& temuduga RV.
2)
Pelbagai peluang pekerjaan
To be honest, aku nampak dunia
pekerjaan terbahagi kepada 3 bahagian. Buka bisnes, bekerja di office
(corporate private/public gov) ataupun dalam bidang pendidikan. Kelayakan
student EM membenarkan mereka untuk pilih 3 haluan ni, dan tak memerangkap
student utk teruskan dlm kerjaya yg mereka tak minat.
Buka bisnes – Sangat ramai alumni
yg aku kenal dah buka their own private firm. Ada yg local GLC, ada yg
International Firm. Degree EM ada silibus Investment Analysis, Investment
Appraisal, Non-Statutory Valuation, Building Management, Development Appraisal,
Applied Valuation & Estate Agency yg bantu students utk faham how property
business works in real platform. Kalau kau minat business, course ni siap
provide bagi lesen utk kau buka firm, bg ilmu yg ckup utk start business tu,
& ada silibus akaun & entrepreneurship utk bantu kau sustain business.
Bekerja di office (corporate
private/public gov) – Bagi mereka yg berminat utk kerja dalam suasana selesa
& tak perlu libatkan business decision making, korang boleh jadi employee.
Bekerja di pejabat Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (JPPH), Pejabat
Tanah & Galian (PTG), Majlis setiap daerah, Pejabat Tanah & Daerah, dan
setiap department Penilaian dan Pengurusan Harta yg wujud dalam setiap
organisasi. Bayangkan peluang pekerjaan dlm Tabung Haji, developer seperti Sime
Darby, Top Glove, Maybank dan sebagainya. Semua syarikat ni ada hartanah yg
perlu dihandle & ada department of property.
Bidang pendidikan - If somehow korang tak minat berkerjaya dalam 2
haluan di atas, korang boleh pursue haluan akademik untuk bidang hartanah. Kita
ada Institut Penilaian Negara (INSPEN), UiTM, UTM, UM & banyak university
swasta yg korang boleh jadi tenaga pengajar. Korang boleh jadi org research
untuk Market Study, Feasibility Study, bekerja sebagai pakar statistic &
kajian di National Property Information Centre (NAPIC) & pejabat tanah.
Point is, bidang hartanah bagi
korg pilihan. Dia tak trap org into something yg orang tak boleh deliver once
dah masuk.
3)
Pelbagai peluang side income
Untuk bahagian ni, aku share apa side job aku dah berjaya buat sepanjang tahun Diploma & Degree. Aku full time student, tapi aku berjaya jual rumah di Cyberjaya, menguruskan homestay di bawah company homestay & juga private owner, menguruskan rumah sewa di I-City dan Bandar Saujana Putra, mempromosikan homestay-homestay di platform Twitter, menjadi designer untuk brochure homestay & rumah sewa untuk company dan menjadi emcee majlis korporat. See? Bidang ni membenarkan korang belajar pelbagai perkara baru & boleh apply directly untuk buat duit. Sekarang pun, 18 Feb 2020, aku masih buat job urus rumah sewa dan homestay.
Untuk bahagian ni, aku share apa side job aku dah berjaya buat sepanjang tahun Diploma & Degree. Aku full time student, tapi aku berjaya jual rumah di Cyberjaya, menguruskan homestay di bawah company homestay & juga private owner, menguruskan rumah sewa di I-City dan Bandar Saujana Putra, mempromosikan homestay-homestay di platform Twitter, menjadi designer untuk brochure homestay & rumah sewa untuk company dan menjadi emcee majlis korporat. See? Bidang ni membenarkan korang belajar pelbagai perkara baru & boleh apply directly untuk buat duit. Sekarang pun, 18 Feb 2020, aku masih buat job urus rumah sewa dan homestay.
4)
Kursus yang murah/berpatutan
Yuran pengajian untuk semester 3 (semester pertama untuk Degree Penerapan) ialah RM873. Untuk semester 4-6, yurannya ialah RM590. Sangat murah! Keperluan pelajaran pun ok lah sebab perlukan laptop sahaja. Laptop dalam range harga RM1500 dah memadai. Aku guna jenis Lenovo G50 RM1500 sejak awal Diploma sehinggalah nak habiskan final sem Degree ni. Almost 5 years. Cuma course ni banyak travel & site visit, kena pandai pilih site dan case study lah. Supaya dapat bajet duit minyak & kereta sewa.
Yuran pengajian untuk semester 3 (semester pertama untuk Degree Penerapan) ialah RM873. Untuk semester 4-6, yurannya ialah RM590. Sangat murah! Keperluan pelajaran pun ok lah sebab perlukan laptop sahaja. Laptop dalam range harga RM1500 dah memadai. Aku guna jenis Lenovo G50 RM1500 sejak awal Diploma sehinggalah nak habiskan final sem Degree ni. Almost 5 years. Cuma course ni banyak travel & site visit, kena pandai pilih site dan case study lah. Supaya dapat bajet duit minyak & kereta sewa.
5)
Seimbang dari segi creativity, analytical,
mathematical & social
Course ni ada calculation, ada communication, observation dan manipulating information. Untuk survive course ni dan pass dengan A, kita kena ada semua kemahiran ni. Dan ianya tak susah. Course ni ada masanya tak perlukan jawapan fix, bila kita dapat jawapan calculation agak berbeza, kita letakkan evidence untuk menyokong jawapan. Dan jawapan jadi betul. Ia mengajar kita untuk keluarkan opinion berserta sokongan bukti.
Sebagai contoh, bila kita propose one scheme of housing development, kita akan suggest untuk wujudkan commercial hub, laluan entrance yang mencukupi, water tank, taman permainan dan semua keperluan fasiliti. Tiada orang boleh cakap yang perletakan fasiliti kita salah lepas kita ikut Planning Standard dan kita sokong dengan evidence untuk kuatkan lagi argument kita.
To be honest, after 5 years of learning, social skills paling penting! Itu je aku nak cakap, aku yakin korang akan faham sendiri nanti. Orang yang boleh convince orang lain dengan idea dan konsep dia akan jadi orang yang sangat berkuasa dan diperlukan.
Course ni ada calculation, ada communication, observation dan manipulating information. Untuk survive course ni dan pass dengan A, kita kena ada semua kemahiran ni. Dan ianya tak susah. Course ni ada masanya tak perlukan jawapan fix, bila kita dapat jawapan calculation agak berbeza, kita letakkan evidence untuk menyokong jawapan. Dan jawapan jadi betul. Ia mengajar kita untuk keluarkan opinion berserta sokongan bukti.
Sebagai contoh, bila kita propose one scheme of housing development, kita akan suggest untuk wujudkan commercial hub, laluan entrance yang mencukupi, water tank, taman permainan dan semua keperluan fasiliti. Tiada orang boleh cakap yang perletakan fasiliti kita salah lepas kita ikut Planning Standard dan kita sokong dengan evidence untuk kuatkan lagi argument kita.
To be honest, after 5 years of learning, social skills paling penting! Itu je aku nak cakap, aku yakin korang akan faham sendiri nanti. Orang yang boleh convince orang lain dengan idea dan konsep dia akan jadi orang yang sangat berkuasa dan diperlukan.
Akhir kata, aku sangat gembira aku masuk course ni untuk Diploma & Degree. Suprisingly, aku sgt passionate dalam field ni & akan teruskan bina kerjaya dalam bidang hartanah, In shaa Allah. Untuk entry yang akan datang, aku akan cerita tentang tips belajar student EM & bagi pencerahan untuk student Degree hadapi Estate Management Exhibition (Empex), iaitu program pameran hartanah yang compulsory untuk semua pelajar semester 5. Aku tak hebat, tapi aku nak share untuk bagi korang dapat improve dari kelemahan group aku. Semoga keluarga EM semakin lama semakin hebat & dikenali. Amin.
Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours
ReplyDeleteMore than 160 000 women and men are trying a easy and SECRET "liquids hack" to burn 1-2 lbs each and every night as they sleep.
It's proven and it works on everybody.
Here are the easy steps for this hack:
1) Take a glass and fill it with water half glass
2) And then learn this strange hack
and be 1-2 lbs thinner the next day!
Salam abg,Sy nk tnya la Klau stpm ambik subject eko&geo bole ke mintak course nie?ade peluang ke nk dpt ? Sebb Sy tngok bidang nie more to aliran sains Jee,time SPM Sy bdk sasteraa Jee,huhu
ReplyDeleteboleh je apply..tgok balik kelayakan untuk msuk course ni..goodluck!!
DeleteBoleh je! Cuba rujuk balik yang saya ada paparkan Syarat Kelayakan STPM, subjek yang penting kena ada ialah Bahasa Inggeris (lulus) dan Matematik (minimum dapat C). Geografi dan Ekonomi ada dalam senarai subjek yang perlu peroleh sekurangnya B. In shaa Allah ada rezeki. All the best!
Deleteidola la
ReplyDeleteAssalamu'alaikum..Akram..nak tumpang tanya.. kalau sekarang ni tengah belajar diploma sains matematik di UiTM..tapi bercadang nak sambung ijazah sarjana muda pengurusan hartanah UiTM..agak2 boleh dapat tak?..
ReplyDeleteSebab syaratnya lepasan diploma UiTM yg berkaitan... adakah maksud "berkaitan" tu.. bermaksud kena dari satu "Fakulti" yg sama?..
Yang mana "Fakulti" lain tak boleh mohon.
Hi boleh saya tahu kalau kita dapat penerapan still kena praktikal lagi ke tak perlu untuk degree ye?
ReplyDeleteSaya mohon Law kat uitm,dah di panggil interview tapi mgkin bukan rezeki saya law. UiTM offer saya kursus ni. Saya sedang tercari2 kebaikan dan kekuatan kursus ni. Terima kasih atas perkongsian kamu
ReplyDeleteassalamualaikum, saya nak tnya klau DIP dari bidang seni bina dgn PNGK 2.83 masih boleh apply kos ini x semasa degree nnti???
ReplyDeleteAssalam awak. Bole X ajar macamna nak jadi seorang Agen hartanah Yang mudah untuk org trust
ReplyDeleteSalam,kalau dip pgurusan hartanah dari utm and deg nak sambung uitm adakah still akan terus ke sem 3 atau bermula sem 1 jugak?
ReplyDeletecoruse ni belajar dlm bm dngan bi eh ?
ReplyDeleteMuet ku band 3, agak lemah laa...mostly bidang ni banyak guna English ka? Risau..hmm
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHye nak tanya class untuk degree ni ditentukan mcm diploma ke atau boleh pilih kelas dan susun sendiri
ReplyDeletehi. saya nak tanya kalau degree estate management ni boleh ambik part time tak?
ReplyDeletekalau sy dip business choose Em program lepas ke?
ReplyDeletehi. saya dari dip pengurusan ladang, pointer saya 3 something, and saya macam berminat nak apply degree EM. rasa saya boleh bawak ke?
ReplyDelete