Monday, 4 February 2019

Itinerary Backpackers & Bajet Kewangan ke Bandung, Indonesia

Ini ialah penulisan tentang travel ke Bandung, Indonesia!
Trip 8 HARI 7 MALAM


“Trip spontan biasanya menjadi dari yg plan lama-lama”  

Termasuk info tentang makanan, cuaca, tempat tourism dan shopping. Total money spent ialah RM816.60 sahaja. Plan ni start bila aku post story Instagram nak cari jaket kulit utk pakai masa Raya. Aku tanya la mana nak cari jaket kulit murah kt Malaysia ni. Sbb smua mesti RM200++ kat Padini semua. Member aku, Ameer pun reply & suggest cri kt Bandung.

Dia ajak 30 Mei 2018. Kitorg bincang-bincang. 3 hari punya bincang, 2 Jun 2018 kitorg beli tiket. Tanpa fikir itinerary. Tanpa fikir duit kt tgn hahaha. Ada la duit elaun praktikal sikit. 






But jangan tiru cara kitorang ni. Ni cara tak fikir panjang. Better fikir tarikh elok-elok. Member aku lagi sorg, Din tu takpe. Dia tengah masyuk banyak duit hehe. Untuk pengetahuan korang, aku convert duit kt Sky Xchange, Masjid India KL. Aku hanya convert sikit je dan bwk notes RM200 untuk belanja kt airport Malaysia. Elakkan convert duit kt airport sebab nt korg akan rugi besar.

RM516.60 =  1.8 juta rupiah


Expenses in summary :

Tiket flight pergi-balik - RM306.40
Duit belanja makan & shopping - RM510.20
Total Spent - RM816.60

Untuk trip kali ni, aku refuse utk ambil insurans travel. Sambil berdoa stiap hari utk jauh dri musibah sepanjang trip. Sbb kedekut taknak byr RM58.61 insurans fee individual. Kalau kawan ayah aku tau ni, mampus kena jerut. Haritu pegi Korea, aku ambil AXA Affin Travel Insurance.

To those yg nak vacay kt tanah Indo, silalah beli adapter charger ni ya. Aku haritu pegi Bali menyesal pulak tak survey dulu. Igt boleh guna je kepala adapter Malaysia punya. Yela igt negara serumpun sama kan lol. Yomart Adapter 35,700 rupiah.

Aku sarankan org yg rancang pegi Bandung utk copy sikit content itinerary yg aku buat ni. Sbbnya, kitorg dh experience trip mengikut iti ni. So, iti aku ni mmg boleh pakai & jimatkan masa korg. Korg tak perlulah tersilap set tempat yg jauh, dlm satu hari sampai trpegi dua daerah berbeza. And pls, sesiapa yg ada idea or experience yg wayyyy better than I have included here, please share! We, young travellers sgt nak tahu.  
Berjln kt Bandung ni kne igt dua benda.
1. Jalan sgt jammed
2. Tempat tourism jauh from each other


Di bawah ini ialah itinerary trip kami :



Day 1

Sampai shj di Husein Sastranegara International Airport, Pak Amar dah ada utk pickup kitorg. Airport tu mmg dalam kwsn bandar so kitorg trus pergi makan. Lunch kt Restoran Simpang Raya Nasi Padang and singgah kt tmpt shopping. Siapa yg hipster2 boleh singgah Factory Outlet. Cuma aku tkfhm kenapa byk baju oversize. So end up aku tak beli apa2. Toko Tiga pulak brg-brg branded jeans and shirt. Interior deco dia mmg nice! Lepastu, Pak Amar bwk kitorg pusing-pusing tgk bandar Bandung.







Day 2

Day 2 ni mmg seronok sbb kitorg spent time kt tmpt tarikan Bandung. Please pegi makan di Restoran Bahtera supaya korg boleh trus cover Situ Patenggang Lake, Batu Cinta & Ladang Ciwidey. Bagi aku, aku lagi suka kt sni dari Cameron Highland sbb sgt rare panoramanya. First off, sbb ada KAPAL tgh tasik. Dan dikelilingi oleh ladang teh yg nmpk beralun cantik. Surau utk solat juga selesa. Semua corner kapal dan ladang boleh jadi spot utk brgambar. Kawah Putih pun mmg superb! Bdk-bdk photography msti akan suka. For dinner, kami makan bakso. Hendak diigtkn, Restoran Bahtera dan Kawah Putih ada fee masuknya.











Day 3


Oh no! Day 3 ni pun mmg sangat seronok! Korg kena pergi ke Maribaya Lodge dan Hotspring! Maribaya Lodge sgt colourful dan striking warnanya. Dgn lighting matahari yg smooth dan on-point, dgn kewujudan Hot Air Balloon & basikal terapung, mmg korg akan dpt gmbar yg instaworthy. Hotspring dia byk foreigners especially Arabs. Sgt selesa & privasi juga. Maribaya Hotspring ni kitorg dpt harga local sbb Pak Amar yg belikan. Pstu kitorg kne brlakon jadi org local haha. Melayu kan muka dkt2 je dgn Indo. Indo Bandung hensem2 lawa2. Ihiks. Floating Market ialah tmpt utk cuba pelbagai jenis mknn Bandung. Rare & affordable. Ameer sempat shopping kt Season Factory Outlet before blk rmh sbb penat sgt. Padahal driver nk bwk kitorg pegi jejalan lagi hahaha. Kitorg kne perli sbb pergi bercuti tapi cepat penat.










  
Day 4

Hari ke4 kitorg agak extreme. Maybe sbb lepas kena perli haha. So kitorg gerak ke Bukit Moko & makan di Warung Daweung. Korg akan dipaksa beli mknn sebagai entrance fee haha. Dan kitorg just tgk Puncak Bintang dari jauh sbb dh malam. So dah tutup. Creepy gaklah bila malam. Sangat sejuk. Better smpai sni dlm tghri/petang before Maghrib. Utk waktu siang, kitorg spend kt Cibadak Street dan Cihampelas Walk. Omg, coolest mall ever. Jangan lupa jgk utk singgah di Sudirman Street Night Market. Tapi, tgk tgk status makanan halal atau tidak ye hehe.






Day 5

Since Day 5 ni hari Jumaat, kami spent time di area Masjid Raya Bandung supaya dkt utk solat Jumaat. Korg dpt bergambar di Alun-Alun Kota Bandung & Jalan Asia Afrika. Singgahlah kt Asia Afrika Square utk shopping.

Untuk lunch, recommended Bebek Garang Café. Hipster & sedap! Cari-cari jugaklah outlet yg jual local product sana sbb kualiti mmg nice. Ikut citarasa org muda. Untuk dinner, kitorg mkn kt foodcourt Paskal Mall.










Day 6

Untuk Day 6, Azwin bwk kitorg ke Taman Alun-Alun Cicendo/Sky Deck. Dia ckp ni port yg terbaik utk dating sbb best utk bergambar. Korg tgk sndirilah betapa coolnya sculpture kt sini. Untuk morning coffee, kami ke Eugene The Goat Café. After that, kami taknak balik tanpa tour sekitar Balai Kota Bandung. Sbb kitorg nak kenal Bandung & barulah dpt cerita pd org lain. Singgah di Bandung Planning Town Centre & impress dgn teknologi muzium interaktif dorg. Ada Virtual Reality & model bandar Bandung yg mmg moden. Utk ibu-ibu yg suka nak borong kain, dtglah Pasar Baru utk dpt byk brg dgn harga murah. Batik aku beli 50,000 rupiah. Ada beg, baju batik, baju kulit & byk lg.










Day 7

Sebagai penggemar theme park, aku mmg sgt enjoy Trans Studio Theme Park. Especially rumah hantu dia! Theme Park dia bergabung dgn Mall so senang utk korg lunch. Tapi diingtkan utk makan dlu before masuk theme park sbb korg tkboleh keluar masuk. Mknn kat dlm theme park ofcourse mahal sikit. So main dulu sampai puas baru keluar makan ok. Pls try semua games and rides dia. Sbb berbaloi & ada rides yg tkde kt tmpt lain. Untuk lunch, kitorg makan kat Burger King. Dia ada byk segmen park dgn tema yg berbeza. Drpd level kanak-kanak ke dewasa ke extreme (sukan). Pls tgk website Trans Studio utk tau masa bermula Parade & Magic Show free! Jgn terlepas! Hanya ada sekali dlm sehari.










Day 8

Before kami gerak ke airport utk naik flight back to KL, Pakcik Ameer belanja kitorg lunch kat Restoran Nasi Padang. I must say lah yg aku mmg big fan Nasi Padang. Everything abt it is so perfect. Portion yg puas hati, rasa yg eksotik & mmg selera org Asia. Loved it!


Korang perasan tak kenapa aku tak listkan harga tiket entrance fee semua? Maaf sgt sgt sbb aku terbuang & terdelete secara tak sengaja semua resit & e-receipt yg aku simpan. Aku mengemas lepastu trus hilg. Aku serius sedih sbb aku tak suka buat thread tapi tak accurate. Aku brhrp aku dpt bantu korg utk mudahkan trip ke Bandung. Maaf sekali lg. Aku akan improve utk next thread. In shaa Allah.

Boleh follow Instagram - @amrl.akram, @nuruddinhakim97, @amrxsyfq
Blogspot - pelajaruitm.blogspot.com
Twitter - @silly_boney, @nuruddinhakim97, @@mmeeerr 

Teringin travel ke Seoul, South Korea & Narathiwat, Thailand? Jom lihat penulisan travel aku yg lain!