Hostel Student Lelaki Di UiTM Shah Alam, Selangor
Assalamualaikum semua.
Untuk blog entry kali ini, aku nak cerita secara ringkas je tentang kolej-kolej penempatan yang ada di UiTM Shah Alam. Bear in mind, aku hanya berniat nak share & hanya mampu share apa yang aku tahu sahaja. Sebab aku bukanlah pakar or ambil tahu sangat. Aku nak cuba senangkan korang & bagi korang dapat expect apa yang akan korang hadapi once korang dapat masuk kolej. Hehe.
Kolej penempatan lelaki ada 3. Kolej Teratai, Kolej Delima & Kolej Perindu. Kolej Meranti & Kolej Non-Resident (NR) aku tak mampu nak cerita sebab aku takde kenalan yg duduk situ &NR pulak untuk org yang tak duduk dalam UiTM. NR ialah student yg menyewa di luar UiTM.
Kolej Teratai
Kolej Teratai mempunyai 5 blok. Yuran kolej yang perlu dibayar setiap semester ialah RM315 dan RM20 bil elektrik. Blok yang selalunya diletakkan student Penerapan Degree & student baru Semester 1/2 akan diletakkan di Blok Teratai 1 & 2. Manakala, Blok 3,4,5 akan ditempatkan student yang dah Semester lanjut atau senior. Kolej Teratai mempunyai 6 tingkat dan setiap tingkat ada tandasnya sendiri. Since aku masuk Degree penerapan di UiTM Shah Alam, untuk Semester 3, aku berjaya dapat Teratai 1. Untuk Sem 4, Teratai 5 & Sem 5 di Teratai 4. Kedudukan kolej memang pihak kolej yang akan tentukan dan korang kena berebut tempat dengan kumpulkan sticker atau scan matrik kad lepas join event yang organised by pihak kolej.
Kemudahan di blok Teratai
Kemudahan yang ada ialah mesin basuh berbayar di setiap tingkat 3, mesin air Coway di tingkat bawah, tempat parkir motor, tempat parkir kereta, bilik belajar, bilik televisyen, tempat sidai baju di hadapan setiap bilik (ampaian dawai), wifi UiTM, surau di setiap blok di tingkat 3 atau 4, vending machine dan pondok belajar.
Kemudahan di bilik Teratai
Setiap bilik akan disediakan dengan almari besi, cermin panjang, langsir, kerusi, meja belajar sorang satu, plag elektrik (kalau boleh bawalah extension masing-masing), kipas ceiling, tilam, katil, whiteboard, ampaian indoor. Ada dua unit katil rangka besi, satu single bed, satu lagi double decker bed. Dekat Teratai, memang penghuni akan ada 3 orang sebilik.
3 tilam yang disediakan, tanpa bantal. Katil atas berpalang. Lantai bertiles di Teratai 1 dan simen di Teratai 2-5, tiada penyapu dan tiada tong sampah disediakan di dalam bilik, 3 almari baju besi berlaci, perlu beli kunci mangga, Ada rak buku kayu, ruang soket elektrik, softboard untuk lekat notes. Di dalam bilik ada 3 lampu pendaflour dan tidak disediakan seterika. Juga ada rak kasut diluar setiap bilik.
Bilik Teratai 4
Pandangan dalam bilik.
Almari besi setiap pelajar |
Single bed |
Katil double decker |
Pandangan luar blok.
Kolej Teratai 1 |
Ampaian dan kaki lima |
Kaki lima kolej |
Kolej Delima
Kolej Delima mempunyai 5 blok juga rasanya. Aku tak sure sebab tak ramai kawan aku yang dapat Kolej Delima. Yuran setiap sem untuk kolej ni ialah RM410/sem dan RM20 bil elektrik. Kolej Delima mempunyai 6 tingkat dan setiap tingkat ada tandasnya sendiri. Disebabkan yurannya yang agak mahal, setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar sahaja. Boleh dikatakan Kolej Delima ni agak eksklusif berbanding Teratai disebabkan fasiliti dan keadaan kolejnya yang jauh lebih baik dari Teratai dan Perindu.
Kemudahan di blok Delima
Kemudahan yang ada ialah mesin basuh berbayar di setiap tingkat, mesin air Coway di setiap tingkat, tempat parkir motor, tempat parkir kereta, bilik belajar, bilik televisyen, tempat sidai baju di hadapan setiap bilik (ampaian dawai), wifi UiTM, surau di setiap blok di tingkat 3 atau 4, vending machine dan pondok belajar.
Kemudahan di bilik Delima
Setiap bilik akan disediakan dengan almari besi, cermin panjang, langsir, kerusi, meja belajar sorang satu, plag elektrik (kalau boleh bawalah extension masing-masing), kipas ceiling ditengah bilik, tilam, katil, whiteboard, ampaian indoor. Ada dua unit katil rangka besi, dua single bed. Penghuni akan ada 2 orang sebilik. Meja dan almarinya kalau korang perasan, memang lagi besar dari meja dan almari Kolej Teratai. Memang kenalah dengan yuran dia.
2 tilam yang disediakan, tanpa bantal. Lantai bertiles, tiada penyapu dan tiada tong sampah disediakan di dalam bilik, 2 almari baju besi berlaci, perlu beli kunci mangga, Ada rak buku kayu, ruang soket elektrik, softboard untuk lekat notes. Di dalam bilik ada 3 lampu pendaflour dan tidak disediakan seterika. Juga ada rak kasut diluar setiap bilik.
Kolej Delima
Pandangan dalam bilik.
Single bed |
Almari besi dan cermin |
Ruang seorang student Kolej Delima |
Ruang bilik |
Hostel Student Perempuan Di UiTM Shah Alam, Selangor
Akan diupdate kemudian. Terima kasih. Jika ada sebarang soalan, sila comment di bawah ya!