Tuesday, 2 February 2016

Mari Fahami Valuation (Kursus Pengurusan Hartanah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum aku terjun terus kearah proses P&P, lagi baik kalau aku dapat terangkan secara ringkas apa itu Valuasi. Berdasarkan ilmu cetek yang dimiliki, valuasi ni satu gerak kerja yang digunakan untuk mengganggar sesuatu perkiraan untuk sesebuah pelaburan. Formula-formula yang berlambak dalam subjek Valuasi, Chapter 4 Mathematical Of Valuation bertujuan memudahkan pelabur or even decent people untuk kira sesuatu harga. (Formula kiraan juga wujud dalam Chapter 3 Investment)
Formulanya sangat spesifik.

Ada yang digunakan untuk mencari jumlah duit setelah disimpan di dalam bank dengan mendapat faedah.

Ada pula yang mengganggar harga sesebuah mesin atau hartanah (liabiliti) yang semakin merosot setiap tahun, dan mengira keuntungan sekiranya menyimpan duit setiap tahun untuk menunggu duit pada masa hadapan dengan mendapat faedah.

Jangan takut bila masuk Chapter ni. Serius. Aku dulu pun bodoh matematik, tak pernah hafal sifir sampailah umur 18 tahun. (Haha. Sampaikan kena denda bumping sebab tak dapat jawab 9x8 time Form 2. Jangan contohi aku yer.)




Syarat untuk score Chapter 4 Mathematical of Valuation :

1.       Fokus dalam kelas sewaktu lecturer ajar topik ni. Sangat penting sebab kita kena tahu every single reasons kenapa formula tu perlu ditolak tambah bahagi darab. Setiap formula ada cerita masing-masing. Plus, Valuation ni sentiasa updated dengan peredaran zaman. Formula pun akan ada penambahan ekstra yang lecturer akan share. (Yang mungkin takde dalam notes)

2.       Jangan takut dengan matematik. Kau boleh buat. Percayalah. Pernah sekali aku buat latihan selepas lecturer ajar, tapi tak faham lepastu stres. Terus give up. Alhamdulilah, Allah bagi hidayah on the spot. “Teringat pengalaman belajar Addmath dulu, aku takde chemistry dengan Addmath sebab aku yang declare aku tak boleh buat, giveup. Tetiba bila dah dekat SPM, semua benda reti, sebab dulu degil sangat cakap tak boleh sedangkan senang gila.”

3.       List down semua keyword yang boleh dijumpai dalam soalan. Aku sertakan sekali gambar untuk rujukan korang. Please manfaatkan sebab memang terbukti berjaya membantu aku peroleh markah yang tinggi. (Rujuk Figure 1.1 di bawah)

4.       Buat past year tiga tahun sebelumnya. Just like SPM, soalan akan berulang-ulang. TAPI, soalan past year yang jauh 8 tahun kebelakang biasanya lain silibusnya. Cukup sekadar latihan tutorial dan past year tiga tahun sebelum. Kau wajib buat! Jangan degil! Nak gempak kenalah rajin. Nak dekan kenalah usaha.

5.       Ada link dengan senior. Ni penting. Untuk apa? Untuk kaut semua soalan past year dorang, tutorial, and even precious tips and cheats. Bila kita belajar kat U, lecturer takde banyak masa untuk dedahkan kita dengan format pemarkahan test dan exam. Maka dengan itu, seniorlah tempat bertanya kerana mereka tahu apa yang memberi markah lebih dan cara penyampaian jawapan.

6.       Study group! Kenapa? Soalan past year dan tutorial yang kita dapat kebiasaannya tiada skema  jawapan disertakan. Sudahnya, takkan nak buat sensorang pastu excited dengan jawapan sendirikan. Study group membantu kita untuk membandingkan jawapan, dan cara menjawab.

7.       Baca doa sebelum memulakan kelas. Kasi terang sikit hati tu. In shaa Allah.







Subtopik dalam Chapter ni. (Adik beradik kecil dibawah topik besar)

1.       Amount of RM1
2.       Present Value
3.       Annual Sinking Fund
4.       Amount of RM1 per annum
5.       Mortgage Installment Table
6.       Depreciation
7.       Years Purchase SINGLE RATE
8.       Years Purchase IN PERPETUITY
9.       Years Purchase DUAL RATE
10.   Annuity (tak penting sangat)

So you guys boleh simpulkan bahawa ada 10 formula yang kita perlu hafal dalam satu semester. Campur dengan 1 formula untuk cari ROR dan 1 formula untuk sempurnakan contract (dalam subjek law), korang hanya ada 12 formula untuk dihafal! Wow right! Kalau tak hafal jugak tak tahu lah.



Figure 1.1 Cheat untuk tackle soalan. Boleh Print dan Selitkan dalam notes.


Cara nak guna cheat ni ialah :

1.       Baca soalan. Kenal pasti dan gariskan keyword yang wujud dalam soalan.
2.       Rujuk jadual untuk tengok keyword tu duduk dalam formula mana.
3.       Guna formula yang betul.
4.       Senaraikan data penting.
5.       Isi formula dengan data dalam soalan.
6.       Teruskan menekan kalkulator untuk mendapatkan jawapan.
7.       Semak semula sama ada betul atau tidak dan elakkan cuai.

Contoh :
Markonah decides to purchase a bungalow house at a price of RM1.2 million. She is able to obtain a total loan of RM 900 000 from BIMB with a fixed interest of 7% p.a. Calculate the monthly installment payable by Markonah if her loan is for 30 years.


Data :


Goodluck guys !


Monday, 13 July 2015

Tips Untuk Pengucapan Awam ( Public Speaking )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 





Di kala aku menulis entry untuk kali ini, empat hari sahaja lagi tamatlah sudah Ramadhan yang begitu bermakna. Tak sangka hanya dapat luangkan 4 hari sahaja berpuasa di negeri sendiri, selebihnya di Perak. Maklumlah dah register sebagai siswa UiTM Perak kan. 




Baiklah, terus berbalik kepada topik. 







Pengucapan awam pada aku merupakan ruang atau aktiviti yang sangat seronok dan padat dengan ilmiah kerana setiap individu diberi peluang untuk menyebarkan heterogen ilmu, idea, perspektif dan menunjukkan identiti serta potensi diri yang sepenuhnya di hadapan khalayak ramai. Ruang ini perlulah dimanfaatkan secara total berikutan tiada sesiapa yang akan mengganggu kita untuk mempersembahkan buah fikiran kita. 




Namun, sebilangan besar kawan-kawan kita sangat anti apabila guru atau pensyarah memberi tugasan pengucapan awam di hadapan kelas. Silap besarlah sebab kebanyakan universiti sememangnya "mewajibkan" pelajarnya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Mengapa agaknya mereka cuak yer? 




Sesetengah akan menjawab :


1. Takut digelakkan jika tersilap cakap.



2. Kurang yakin memikirkan tanggapan orang terhadap prestasi ucapan sendiri.



3. Takut terlupa apa yang nak diperkatakan di hadapan.



4. Malu dari segi fizikal kerana  beranggapan tidak kacak, cantik & sedap dipandang. 



5. Takut kerana merasakan diri hambar dan tidak mampu menghiburkan kawan-kawan yang mendengar.



6. Merasakan tidak mampu bersaing dengan kawan lain yang hebat berucap.


7. Segan jika dikategorikan sebagai seorang yang terlebih bersemangat dan berbeza daripada kawan yang lain.





Tanpa berlengah, aku akan cuba kongsikan Tips-tips untuk Memperhebat Skil Pengucapan Awam dan merungkaikan setiap satu alasan dan tanggapan negatif diri yang selalu mengganggu agar pembaca semua benar-benar mendapat manfaat. 




1. Tetapkan dalam fikiran bahawa kita pihak dominan.


Untuk tips yang pertama, aku kreditkan apresiasi kepada seorang kawan yang baik hati berkongsi teknik yang dia sendiri gunakan. 



Caranya begini, bayangkan bahawa kita menjadi pihak dominan ( pihak paling berkuasa [raja] yang memberi perintah kepada golongan bawahan [hamba] ). Bayangkan yang kita paling terbaik dan penonton di hadapan berada di bawah kuasa kita. Ok, mungkin korang rasa cara ni melebih-lebih tapi percayalah, keyakinan boleh diperoleh dengan cara ini.

 Jangan rendahkan diri tak tentu pasal, kawal penonton sebagaimana singa mengawal empayarnya di hutan belantara. Sememangnya public speaking bersifat autoriti, korang akan berucap dan penonton akan patuh mendengar. Tetapi sejauh mana patuh mereka kepada autoriti korang, korang yang tentukan. 





2. Fahami bukan hafal semata-mata.


Ni memang masalah. Public speaking mempunyai dua proses yang aku biasa lakukan. Pertama sekali, aku akan fahami dan baca berulang kali artikel & fakta yang hendak dibentangkan. Pembacaan berulang kali amatlah penting untuk mengelakkan kita membawa fakta yang salah seterusnya menyebarkannya. Jika hendak berkongsi ilmu, kongsilah kebenaran! 



Selesai memahami sepenuhnya artikel itu, barulah kita mula menghafal. Dengan ini, kita akan lebih yakin dengan kualiti persembahan kerana kita tahu dan pasti dengan kemantapan isi ucapan kita. 





3. Anda suka yang mana? 


Kesnya begini. Jika anda diberi 2 pilihan : 
Pilihan pertama - mendengar ceramah daripada orang yang kelakar, berilmu, pandai bercakap dan menarik perhatian. 

Pilihan kedua - mendengar ceramah daripada orang yang hambar, membosankan, taktahu apa yang sendiri sampaikan dan kaku. 

Aku yakin lagi percaya korang akan pilih penceramah yang gayanya hidup dan "happy-go-lucky". Sudahnya? Jadilah orang yang korang admire tu. Korang suka mendengar penceramah yang happening & korang akan kritik penceramah yang hambar. Kalau korang sendiri hambar semasa berucap, korang takpayah la nak kritik orang. 


Kesian dekat para hadirin tak?


4. Hambar takpa, asalkan isi berkualiti.

Korang rasa diri hambar? Tak mengapa, kita geng. Haha. 

Berkenaan isu kehambaran, pernah tak korang tengok orang lain berucap. Kadang-kadang kita akan kagum dengan individu yang mampu berucap dan melawak, membuatkan kita memberikan tumpuan yang maksima pada intipati ucapannya. Kadang-kadang juga, kita akan lebih kagum dengan orang yang mampu menyampaikan ucapan dengan penuh motivasi, semangat, ilmu yang rare dan kesungguhan. (tanpa sebarang hiburan dan selitan lawak) 

Sebenarnya, penonton tak kisah jika korang tidak pandai melawak. Lawak itu hanya perencah untuk menambah perisa. Hakikatnya, isi kandungan itu yang ingin didengari. Penonton nak merasa aura semangat korang yang nak share sesuatu dengan diorang. 





5. Jauhi perlakuan ini !


Situasi diberi :
a) Kerap kali tergelak sendiri sewaktu berucap walaupun tiada perkara yang kelakar. 

b) Selalu jenguk-jenguk kertas sewaktu berucap, last-last memang membaca je the whole perbentangan.

c) Berucap dengan hanya memandang ke arah pensyarah/guru. 
Dalam hati pelajar lain, "Memang aku dengar pun apa kau cakap. Haa borak lah dua orang. Aku malas nak dengar."

Wah, nampaknya cukuplah setakat ini sahaja perkongsian di bulan Ramadhan ini. Harap korang dapat manfaatkan. Akhir sekali, aku seru agar korang leburkan semua persepsi negatif yang mungkin orang ramai akan sandarkan pada korang. 


Lihat dunia dengan perspektif yang pelbagai. Dunia ni terlalu singkat untuk kita jadi seseorang yang biasa-biasa.   


Mula asah bakat dari sekarang !