Monday, 25 April 2016

Diploma Pengurusan Hartanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku kembali lagi! (Gaya iklan TORA).
Aku kembali menulis untuk blog ini setelah beberapa bulan tinggalkan untuk fokus dengan kehidupan di alam nyata. Tujuan aku tulis entry kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mana-mana pelajar SPM yang terkial-kial mencari platform atau kursus yang ingin disambung setelah tamatnya SPM. (Khasnya kepada lepasan SPM dari SMK Puchong Utama (1) dan SM Sains Banting (BASIS) lah sebab itu tempat tumpahnya darahku. Hai, aku Alumni korang. Huuu) By the way, panggil aku Akram Noor.
Ingin ditekankan di sini, aku bukan nak cerita tentang kursus apa yang korang patut ambil, aku nak cerita berkenaan kursus yang aku ambil. YEAY! KURSUS PENGURUSAN HARTANAH a.k.a. ESTATE MANAGEMENT COURSE. Akulah budak EM. Memang budak kursus ini dipanggil budak EM. Kursus ini disediakan di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan Shah Alam. Sekarang ni, tahun 2018, aku merupakan pelajar Degree tahun pertama (Semester 3 Penerapan) di UiTM Shah Alam hehe. 


Sebelum ni, aku seorang pelajar lepasan Sains Tulen mengambil Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Disebabkan hati kurang berkenan, mungkin bukan rezeki, aku telah terpengaruh dengan promosi ayah aku untuk join kursus ini untuk level Diploma. Sebenarnya aku lebih cenderung untuk masuk bidang Psikologi, Antropologi, Bahasa atau Law. Ayah aku merupakan bekas pelajar EM di UiTM Manjung, Perak dahulu, sudahnya aku pun banyaklah dengar cerita pasal EM. Memang ayah akulah tukang hasut ambil kursus ni. 




Tambah lagi selepas membaca buku Ulu Yam di Liverpool daripada Nazali Noor. Perlahan-lahan, aku mula berminat dengan isi kandungan kursus ni.


Diploma Pengurusan Hartanah mengambil masa selama 3 tahun (termasuk praktikal). Ada 6 semester yang perlu ditempuh, semester yang keenam merupakan semester praktikal di syarikat luar. Setiap satu semester mengambil tempoh selama 5 bulan. Akan ada cuti selama sebulan utk gap ke semester seterusnya. 
Jadual pembelajaran di UiTM tidaklah padat, banyak masa lapang diantara satu kuliah ke kuliah lain. Biasanya dalam satu hari terdapat 4 subjek. (4 memang maksimumlah). Kedudukan bangunan kelas EM jauh juga di UiTM Seri Iskandar, tapi bila dah selalu, tak terasa jauhnya. Semester 1 aku memang jalan kaki je. Masuk semester 2, aku angkut sekali basikal aku kat rumah bawak pergi kampus. Malas nak berjalan.

*Berikut merupakan senarai subjek untuk Semester 1 sahaja. Subjek Semester 2-6 akan diselitkan di bawah. 

1.      Pendidikan Islam
Commonlah kan ada subjek Pendidikan Islam. Bukan core sub, tapi wajib lulus.
2.      Bahasa Inggeris
Memang penting. Bukan core sub, tapi wajib lulus.
3.      Kokurikulum
Wajib lulus, piece of cake.
4.      Penilaian (Valuation)
Haaa ni kena cerita panjang. Valuation merupakan core subject (4 credit hours). Teori dan praktikal seimbang. Yang bestnya, bila kita tak faham teori, kita boleh buat praktikal. Daripada praktikal itulah kita dapat kefahaman sendiri. Banyak assignment yang memerlukan kita jalan-jalan dan merantau untuk mencari Property yang kena nilai. Banyak guna duit untuk minyak kereta, banyak guna Waze. Kena berani untuk interview orang ramai sebab melibatkan hubungan kita dengan orang ramai.
Kita juga kena main redah pergi rumah orang sebab assignment kita kadang-kadang memaksa kita untuk cari property yang spesifik. Kena muka temboklah senang cakap. Banyak kiraan tapi basic Matematik. Serius tak tipu. Tambah tolak darab bahagi. Banyak formula yang kena ingat tapi tak sesusah Addmath. Teori perlu faham, then buatlah ayat sendiri dalam exam. Calculation perlu dikuasai sebab ada Soalan Compulsory (Penting) dalam exam. Banyakkan buat latihan sebab soalan sumpah ulang-ulang.
Subjek ni penggunaan terma dalam Bahasa Inggerisnya mudah difahami dan on point. Jangan risau sebab Lecturer boleh bagi contoh situasi kini untuk lebih faham. Basic English sahaja.
5.      Bangunan (Building Technology)
Building ialah subjek yang paling banyak consume duit. Tapi taklah seteruk perbelanjaan budak Architecture. Duit untuk kereta sewa dan minyak untuk cari site, contohnya Kondominium dalam proses pembinaan untuk belajar cara bina rangka bangunan. Seronok sebab ada buat model rumah. Banyak consume masa sebab kena berlegar sekitar kawasan untuk mencari tapak pembinaan. Banyak kena lukis-lukis. Banyak kena refer internet untuk cari sketching elemen bangunan yang terbaik. Jangan risau, orang tak reti melukis pun boleh survive.
Based on this subject, In Shaa Allah kita dapat kenal semua struktur pada bangunan bila orang tanya pada kita. Subjek ni memang beri pendedahan terbaik tentang cara kerja di tapak pembinaan sebagai Supervisor, Project Manager, Architect dan Surveyor sebab memang orang-orang hebat inilah yang akan kita interview (Seronok apabila mereka cerita pengalaman dan realiti projek pembinaan). Kursus ini pun membolehkan kita berkecimpung dalam perkerjaan tersebut. Penggunaan Bahasa Inggerisnya masih basic, cuma akan ada terma “building” yang korang tak familiar. Bila dah belajar, barulah kenal.
6.      Undang-undang Tanah (Law of Property)
Subjek yang paling ditakuti sebab banyak hafal-hafal. Memang berat sedikit bagi korang yang tak suka membaca. Aku sendiri tertidur bila ulangkaji untuk Final. Bahasa Inggeris dalam buku Law memang berbunga dan berbelit tapi jangan risau, Lecture Notes akan bantu korang.
Banyakkan refer pada internet untuk penerangan dalam Bahasa Melayu. Cara nak survive subjek ni memang kena rajin hafal dan faham. Ada jugak cerita mengenai sejarah Torrens System, Kerajaan Melayu Bersekutu, Undang-undang Tanah Islam dan sistem kehakiman Malaysia. Simply stated, boleh disamakan dengan subjek Sejarah.
Di sinilah pentingnya syarat kelayakan untuk join kursus ini berkuatkuasa sebab lulus dalam Bahasa Inggeris amatlah diperlukan untuk sekurang-kurangnya faham subjek Law.

     Ukur Tanah (Land Surveying)
Subjek yang paling aku suka tapi aku benci. Aku tak suka kena kira-kira panjang lebar untuk dapatkan angle degree kedudukan. Tapi teori ukur tanah sangat menarik. Dapat belajar cara manusia gunakan ilmu ni untuk hasilkan Google Maps, Google Street, cara buat peta atau cara menentukan kontur bukit atau gunung.
Setiap kali kelas praktikal, korang kena tahan panas sebab nak main teropong-teropong kat luar. Kena cekap dan tak cuai sebab setiap pergerakan alat akan memberi kesan kepada pengiraan korang. Lelaki selalunya cekap daripada perempuanlah sebab perempuan nampak cam tak minat je dengan ukur tanah ni. Subjek ni lebih kepada kefahaman dan terangkan balik apa yang kita faham.
Kelas dia sangat santai sebab memang melepak kat luar. Lecturer pun lepaskan kita untuk selesaikan ukuran tanah. Sudahnya sambil-sambil mengukur tu, dapatlah berborak, lari-lari atau berselfie. 


Untuk pengetahuan pembaca semua, senarai di atas ni merupakan senarai subjek yg kita akan tempuhi utk setiap semester. Boleh lihat di column "Part" utk tahu apa subjek utk Part 1-6. 

Course = Adalah kod subjek 
Course description = Nama subjek
Credit hour = Kredit subjek
Part = Semester 

Pakaian ke kelas : 
Isnin - Pakaian formal (lelaki berkemeja, tie, kasut, seluar slack. perempuan baju kurung.) 
Rabu - Baju korporat fakulti 
Hari-hari lain - Pakaian yg bersesuaian & menutup aurat (tshirt berkolar)





Kaedah pembelajarannya memfokuskan praktikal melebihi teori. That’s why its easy. Korang boleh faham cara untuk kira harga sesebuah rumah sebab korang sendiri yang pergi ukur rumah tu. Kita boleh nampak apa elemen yang istimewa rumah tu ada yang mampu menambahkan nilai harga rumah tersebut.
Kursus ini diselang-selikan dengan Kuliah, Tutorial dan Ilearn. Tutorial diwujudkan sebagai sesi untuk Lecturer buat latihan dan praktikal. Kiranya lagi bermanfaatlah sebab pelajar memang giat bertanya soalan masa Tutorial. Kuliah dijalankan di dalam kelas, serupa kelas kat sekolah je. Tak payah nak acah Dewan Kuliah Auditorium bagai, belajar dalam kelas lagi mudah engage dengan Lecturer dan lagi mengukuhkan bonding sesama rakan sekelas. (Jangan risau guys, ada aircond)
Terserah pada Lecturer nak mengajar guna projector atau papan putih. Dan korang juga akan dibekalkan nota dalam bentuk helaian kertas by topics sebelum kelas berlangsung. Ilearn pula ialah satu cara pembelajaran atas talian. Korang tak perlu pergi kelas, buka akaun Ilearn masing-masing untuk jawab soalan online yang akan dikira markahnya sebagai carrymarks. Senang je.
Sekiranya tak mampu untuk beli laptop, takpe. Sebab ramai je kawan-kawan takde laptop. Memang tak guna laptop sangat pun. Untuk presentation dan buat report je.
Sebab kenapa korang perlu cuba untuk join kursus Diploma ini memang menarik. 

a) Peluang pekerjaan
Nak cerita berkenaan peluang pekerjaan ni sampai ke Subuh Zohor Asar Isyak Maghrib Solat Jumaat tak habis nanti. Senang cakap, jangan risau. Prospek pekerjaan EM mampu menjadikan anda seorang yang kaya dan berkerjaya dan bukannya menganggur. In shaa Allah.
Pekerjaan tersedia :
Penilai hartanah (Kerajaan & Swasta)
Agen hartanah
Pengurus projek
Pengurus hartanah
Peguam hartanah (Solicitor)
Pakar selenggara bangunan
Pegawai Tadbir Daerah
Pegawai Undang-Undang
Konsultan hartanah
Penganalisis hartanah
Layari website TipsHartanah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan kerjaya: http://tipshartanah.com/2012/04/kerjaya-graduan-lulusan-hartanah/
b) Jimat duit
Jujur aku cakap, kursus EM ni memang jimat duit. Takpayah beli set alat tulis, bahan material seni, buku tebal macam buku Law atau Medic, laptop, buku rujukan and so on. Sampaikan student EM yang dapat baucar buku 1 Malaysia tak tau nak belanjakan baucar tu untuk apa. Barang-barang yang selalu dibeli pun semuanya barang kehendak, bukan keperluan untuk kursus ini. Kursus ni selalunya buat kerja berkumpulan, minimum 3 orang. Jadinya boleh la tong-tong duit sama-sama supaya bajet terjaga.  
c) Keperluan
Nature kursus EM ni sememangnya menepati keperluan hidup kita sebagai manusia. Harta merupakan keperluan manusia. Setiap manusia akan memiliki harta. Bila kita belajar EM, kita akan belajar benda yang memang akan kita apply dlm kehidupan.
1. Cara buat perjanjian sewaan rumah
2. Perjanjian jual beli
3. Proses pembelian rumah
4. Cara mengenal pasti scammer dlm transaksi hartanah
5. Langkah membeli rumah
6. Bila dan bagaimana untuk menjual hartanah kita pada saat yang akan memberikan untung yang paling maksimum
7. Cara mendraf pelbagai jenis kontrak yang akan menjaga hak sendiri
8. Belajar tntg jalan, lokasi dan arah tuju ke tempat lain sbb kita bnyk kne jalan-jalan tgk site
9. Belajar berinteraksi dgn orang pejabat, orang besar kerajaan, orang besar universiti dan komuniti
 10. Cara untuk menguruskan emosi bila kena marah, ejek, perli dan halau dgn org awam

d) Senang
EM ni mudah! Tapi bukan mudah sampai tak perlu belajar pun boleh faham. Effort tu kena ada la.
Ada sesetengah org yg claim, kalau course yg sgt bersangkut paut dgn kehidupan kita, buat apa kita nak belajar lagi?
“Buat apa masuk U untuk belajar bnde yg mmg kita akan belajar indirectly through kehidupan kita? Mcm Estate Management, Business, Office Management, Human Resources and so on. WHY?” 
Here’s a thing. (Aku mampu cerita on behalf of EM jelah ya). First of all, EM ada kerjaya dia sendiri. Yes kita belajar tntg smua transaksi pembelian, sewaan hartanah yang biasa, mendraf perjanjian yang boleh kita belajar daripada sumber online dan banyak seminar yg ada disediakan utk ajar kita tntg ilmu hartanah. Tapi kan guys, silibus EM memang sediakan platform utk kita jadi pakar hartanah, mendapat title professional, dpt lesen diiktiraf undang-undang, dan boleh buka syarikat hartanah sendiri.
Its a huge different, in my point of view. Diploma Kursus Pengurusan Hartanah membawa kita separuh jalan dalam menjadi Agen Hartanah dan Penilai Hartanah berdaftar dan berlesen. You have no idea how powerful the qualifications and licences in EM could help us in achieving future success in property platform.
Syarat Kelayakan memohon kursus : Berikut merupakan syarat kelayakan yg diambil dari . Semua subjek ni MESTI dapatkan C. MESTI kne ada Math atau Addmath C MESTI kne ada Sains atau (Subjek Sains salah satu) C MESTI kne B. Inggeris C




Akhir kata, aku gembira dengan Diploma Pengurusan Hartanah dan In shaa Allah akan habiskan Degree dalam Pengurusan Hartanah lagi setahun setengah. Bagi sesiapa yang ada sebarang soalan, boleh komen atau emailkan pertanyaan. Aku akan cuba bantu mana yang boleh yer. Semoga berjaya!

Email : akram.amr97@gmail.com

Kalau terjumpa aku kat mana-mana, tegur ya! 

Boleh tengok akaun Twitter @silly_boney & Instagram @amrl.akram. 

Boleh baca frequently asked question tentang course ini di bahagian comment di bawah atau pun click link yang diberi! Aku ada jawab banyak soalan-soalan kawan kita kat Twitter aku @silly_boney.
https://twitter.com/silly_boney/status/991193082468093953


Tuesday, 2 February 2016

Mari Fahami Valuation (Kursus Pengurusan Hartanah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum aku terjun terus kearah proses P&P, lagi baik kalau aku dapat terangkan secara ringkas apa itu Valuasi. Berdasarkan ilmu cetek yang dimiliki, valuasi ni satu gerak kerja yang digunakan untuk mengganggar sesuatu perkiraan untuk sesebuah pelaburan. Formula-formula yang berlambak dalam subjek Valuasi, Chapter 4 Mathematical Of Valuation bertujuan memudahkan pelabur or even decent people untuk kira sesuatu harga. (Formula kiraan juga wujud dalam Chapter 3 Investment)
Formulanya sangat spesifik.

Ada yang digunakan untuk mencari jumlah duit setelah disimpan di dalam bank dengan mendapat faedah.

Ada pula yang mengganggar harga sesebuah mesin atau hartanah (liabiliti) yang semakin merosot setiap tahun, dan mengira keuntungan sekiranya menyimpan duit setiap tahun untuk menunggu duit pada masa hadapan dengan mendapat faedah.

Jangan takut bila masuk Chapter ni. Serius. Aku dulu pun bodoh matematik, tak pernah hafal sifir sampailah umur 18 tahun. (Haha. Sampaikan kena denda bumping sebab tak dapat jawab 9x8 time Form 2. Jangan contohi aku yer.)




Syarat untuk score Chapter 4 Mathematical of Valuation :

1.       Fokus dalam kelas sewaktu lecturer ajar topik ni. Sangat penting sebab kita kena tahu every single reasons kenapa formula tu perlu ditolak tambah bahagi darab. Setiap formula ada cerita masing-masing. Plus, Valuation ni sentiasa updated dengan peredaran zaman. Formula pun akan ada penambahan ekstra yang lecturer akan share. (Yang mungkin takde dalam notes)

2.       Jangan takut dengan matematik. Kau boleh buat. Percayalah. Pernah sekali aku buat latihan selepas lecturer ajar, tapi tak faham lepastu stres. Terus give up. Alhamdulilah, Allah bagi hidayah on the spot. “Teringat pengalaman belajar Addmath dulu, aku takde chemistry dengan Addmath sebab aku yang declare aku tak boleh buat, giveup. Tetiba bila dah dekat SPM, semua benda reti, sebab dulu degil sangat cakap tak boleh sedangkan senang gila.”

3.       List down semua keyword yang boleh dijumpai dalam soalan. Aku sertakan sekali gambar untuk rujukan korang. Please manfaatkan sebab memang terbukti berjaya membantu aku peroleh markah yang tinggi. (Rujuk Figure 1.1 di bawah)

4.       Buat past year tiga tahun sebelumnya. Just like SPM, soalan akan berulang-ulang. TAPI, soalan past year yang jauh 8 tahun kebelakang biasanya lain silibusnya. Cukup sekadar latihan tutorial dan past year tiga tahun sebelum. Kau wajib buat! Jangan degil! Nak gempak kenalah rajin. Nak dekan kenalah usaha.

5.       Ada link dengan senior. Ni penting. Untuk apa? Untuk kaut semua soalan past year dorang, tutorial, and even precious tips and cheats. Bila kita belajar kat U, lecturer takde banyak masa untuk dedahkan kita dengan format pemarkahan test dan exam. Maka dengan itu, seniorlah tempat bertanya kerana mereka tahu apa yang memberi markah lebih dan cara penyampaian jawapan.

6.       Study group! Kenapa? Soalan past year dan tutorial yang kita dapat kebiasaannya tiada skema  jawapan disertakan. Sudahnya, takkan nak buat sensorang pastu excited dengan jawapan sendirikan. Study group membantu kita untuk membandingkan jawapan, dan cara menjawab.

7.       Baca doa sebelum memulakan kelas. Kasi terang sikit hati tu. In shaa Allah.







Subtopik dalam Chapter ni. (Adik beradik kecil dibawah topik besar)

1.       Amount of RM1
2.       Present Value
3.       Annual Sinking Fund
4.       Amount of RM1 per annum
5.       Mortgage Installment Table
6.       Depreciation
7.       Years Purchase SINGLE RATE
8.       Years Purchase IN PERPETUITY
9.       Years Purchase DUAL RATE
10.   Annuity (tak penting sangat)

So you guys boleh simpulkan bahawa ada 10 formula yang kita perlu hafal dalam satu semester. Campur dengan 1 formula untuk cari ROR dan 1 formula untuk sempurnakan contract (dalam subjek law), korang hanya ada 12 formula untuk dihafal! Wow right! Kalau tak hafal jugak tak tahu lah.



Figure 1.1 Cheat untuk tackle soalan. Boleh Print dan Selitkan dalam notes.


Cara nak guna cheat ni ialah :

1.       Baca soalan. Kenal pasti dan gariskan keyword yang wujud dalam soalan.
2.       Rujuk jadual untuk tengok keyword tu duduk dalam formula mana.
3.       Guna formula yang betul.
4.       Senaraikan data penting.
5.       Isi formula dengan data dalam soalan.
6.       Teruskan menekan kalkulator untuk mendapatkan jawapan.
7.       Semak semula sama ada betul atau tidak dan elakkan cuai.

Contoh :
Markonah decides to purchase a bungalow house at a price of RM1.2 million. She is able to obtain a total loan of RM 900 000 from BIMB with a fixed interest of 7% p.a. Calculate the monthly installment payable by Markonah if her loan is for 30 years.


Data :


Goodluck guys !