Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku kembali
lagi! (Gaya iklan TORA).
Aku kembali menulis untuk blog ini setelah beberapa bulan
tinggalkan untuk fokus dengan kehidupan di alam nyata. Tujuan aku tulis entry
kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mana-mana pelajar SPM yang
terkial-kial mencari platform atau kursus yang ingin disambung setelah tamatnya
SPM. (Khasnya kepada lepasan SPM dari SMK Puchong Utama (1) dan SM Sains
Banting (BASIS) lah sebab itu tempat tumpahnya darahku. Hai, aku Alumni korang.
Huuu) By the way, panggil aku Akram Noor.
Ingin ditekankan di sini, aku bukan nak cerita tentang kursus
apa yang korang patut ambil, aku nak cerita berkenaan kursus yang aku ambil.
YEAY! KURSUS PENGURUSAN HARTANAH a.k.a. ESTATE MANAGEMENT COURSE. Akulah budak
EM. Memang budak kursus ini dipanggil budak EM. Kursus ini disediakan di UiTM
cawangan Seri Iskandar, Perak dan Shah Alam. Sekarang ni, tahun 2018, aku merupakan pelajar Degree tahun pertama (Semester 3 Penerapan) di UiTM Shah Alam hehe.
Sebelum ni, aku seorang pelajar lepasan Sains Tulen mengambil
Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Disebabkan hati kurang berkenan,
mungkin bukan rezeki, aku telah terpengaruh dengan promosi ayah aku untuk join
kursus ini untuk level Diploma. Sebenarnya aku lebih cenderung untuk masuk
bidang Psikologi, Antropologi, Bahasa atau Law. Ayah aku merupakan bekas
pelajar EM di UiTM Manjung, Perak dahulu, sudahnya aku pun banyaklah dengar
cerita pasal EM. Memang ayah akulah tukang hasut ambil kursus ni.
Tambah lagi selepas membaca buku Ulu Yam di Liverpool daripada Nazali Noor. Perlahan-lahan, aku mula berminat dengan isi kandungan kursus ni.
Tambah lagi selepas membaca buku Ulu Yam di Liverpool daripada Nazali Noor. Perlahan-lahan, aku mula berminat dengan isi kandungan kursus ni.
Diploma Pengurusan Hartanah mengambil masa selama 3 tahun (termasuk praktikal). Ada 6 semester yang perlu ditempuh, semester yang keenam merupakan
semester praktikal di syarikat luar. Setiap satu semester mengambil tempoh
selama 5 bulan. Akan ada cuti selama sebulan utk gap ke semester seterusnya.
Jadual pembelajaran di UiTM tidaklah padat, banyak masa
lapang diantara satu kuliah ke kuliah lain. Biasanya dalam satu hari terdapat 4
subjek. (4 memang maksimumlah). Kedudukan
bangunan kelas EM jauh juga di UiTM Seri Iskandar, tapi bila dah selalu, tak
terasa jauhnya. Semester 1 aku memang jalan kaki je. Masuk semester 2, aku
angkut sekali basikal aku kat rumah bawak pergi kampus. Malas nak berjalan.
*Berikut merupakan senarai subjek untuk Semester 1 sahaja. Subjek Semester 2-6 akan diselitkan di bawah.
1. Pendidikan Islam
Commonlah kan ada subjek Pendidikan Islam. Bukan core sub,
tapi wajib lulus.
2. Bahasa Inggeris
Memang penting. Bukan core sub, tapi wajib lulus.
3. Kokurikulum
Wajib lulus, piece of cake.
4. Penilaian (Valuation)
Haaa ni kena cerita panjang. Valuation merupakan core subject
(4 credit hours). Teori dan praktikal seimbang. Yang bestnya, bila kita tak
faham teori, kita boleh buat praktikal. Daripada praktikal itulah kita dapat
kefahaman sendiri. Banyak assignment yang memerlukan kita jalan-jalan dan
merantau untuk mencari Property yang kena nilai. Banyak guna duit untuk minyak
kereta, banyak guna Waze. Kena berani untuk interview orang ramai sebab
melibatkan hubungan kita dengan orang ramai.
Kita juga kena main redah pergi rumah orang sebab assignment
kita kadang-kadang memaksa kita untuk cari property yang spesifik. Kena muka
temboklah senang cakap. Banyak kiraan tapi basic Matematik. Serius tak tipu.
Tambah tolak darab bahagi. Banyak formula yang kena ingat tapi tak sesusah
Addmath. Teori perlu faham, then buatlah ayat sendiri dalam exam. Calculation
perlu dikuasai sebab ada Soalan Compulsory (Penting) dalam exam. Banyakkan buat
latihan sebab soalan sumpah ulang-ulang.
Subjek ni penggunaan terma dalam Bahasa Inggerisnya mudah
difahami dan on point. Jangan risau sebab Lecturer boleh bagi contoh situasi
kini untuk lebih faham. Basic English sahaja.
5. Bangunan (Building Technology)
Building ialah subjek yang paling banyak consume duit. Tapi
taklah seteruk perbelanjaan budak Architecture. Duit untuk kereta sewa dan minyak
untuk cari site, contohnya Kondominium dalam proses pembinaan untuk belajar
cara bina rangka bangunan. Seronok sebab ada buat model rumah. Banyak consume
masa sebab kena berlegar sekitar kawasan untuk mencari tapak pembinaan. Banyak
kena lukis-lukis. Banyak kena refer internet untuk cari sketching elemen
bangunan yang terbaik. Jangan risau, orang tak reti melukis pun boleh survive.
Based on this subject, In Shaa Allah kita dapat kenal semua
struktur pada bangunan bila orang tanya pada kita. Subjek ni memang beri
pendedahan terbaik tentang cara kerja di tapak pembinaan sebagai Supervisor,
Project Manager, Architect dan Surveyor sebab memang orang-orang hebat inilah
yang akan kita interview (Seronok apabila mereka cerita pengalaman dan realiti
projek pembinaan). Kursus ini pun membolehkan kita berkecimpung dalam
perkerjaan tersebut. Penggunaan Bahasa Inggerisnya masih basic, cuma akan ada terma
“building” yang korang tak familiar. Bila dah belajar, barulah kenal.
6. Undang-undang Tanah (Law of Property)
Subjek yang paling ditakuti sebab banyak hafal-hafal. Memang
berat sedikit bagi korang yang tak suka membaca. Aku sendiri tertidur bila
ulangkaji untuk Final. Bahasa Inggeris dalam buku Law memang berbunga dan
berbelit tapi jangan risau, Lecture Notes akan bantu korang.
Banyakkan refer pada internet untuk penerangan dalam Bahasa
Melayu. Cara nak survive subjek ni memang kena rajin hafal dan faham. Ada jugak
cerita mengenai sejarah Torrens System, Kerajaan Melayu Bersekutu,
Undang-undang Tanah Islam dan sistem kehakiman Malaysia. Simply stated, boleh
disamakan dengan subjek Sejarah.
Di sinilah pentingnya syarat kelayakan untuk join kursus ini
berkuatkuasa sebab lulus dalam Bahasa Inggeris amatlah diperlukan untuk
sekurang-kurangnya faham subjek Law.
Ukur Tanah (Land Surveying)
Subjek yang paling aku suka tapi aku benci. Aku tak suka kena
kira-kira panjang lebar untuk dapatkan angle degree kedudukan. Tapi teori ukur
tanah sangat menarik. Dapat belajar cara manusia gunakan ilmu ni untuk hasilkan
Google Maps, Google Street, cara buat peta atau cara menentukan kontur bukit
atau gunung.
Setiap kali kelas praktikal, korang kena tahan panas sebab
nak main teropong-teropong kat luar. Kena cekap dan tak cuai sebab setiap
pergerakan alat akan memberi kesan kepada pengiraan korang. Lelaki selalunya
cekap daripada perempuanlah sebab perempuan nampak cam tak minat je dengan ukur
tanah ni. Subjek ni lebih kepada kefahaman dan terangkan balik apa yang kita
faham.
Kelas dia sangat santai sebab memang melepak kat luar.
Lecturer pun lepaskan kita untuk selesaikan ukuran tanah. Sudahnya
sambil-sambil mengukur tu, dapatlah berborak, lari-lari atau berselfie.
Untuk pengetahuan pembaca semua, senarai di atas ni merupakan senarai subjek yg kita akan tempuhi utk setiap semester. Boleh lihat di column "Part" utk tahu apa subjek utk Part 1-6.
Course = Adalah kod subjek
Course description = Nama subjek
Credit hour = Kredit subjek
Part = Semester
Pakaian ke kelas :
Untuk pengetahuan pembaca semua, senarai di atas ni merupakan senarai subjek yg kita akan tempuhi utk setiap semester. Boleh lihat di column "Part" utk tahu apa subjek utk Part 1-6.
Course = Adalah kod subjek
Course description = Nama subjek
Credit hour = Kredit subjek
Part = Semester
Pakaian ke kelas :
Isnin - Pakaian formal (lelaki berkemeja, tie, kasut, seluar slack. perempuan baju kurung.)
Rabu - Baju korporat fakulti
Hari-hari lain - Pakaian yg bersesuaian & menutup aurat (tshirt berkolar)
Kaedah pembelajarannya memfokuskan praktikal melebihi teori.
That’s why its easy. Korang boleh faham cara untuk kira harga sesebuah rumah
sebab korang sendiri yang pergi ukur rumah tu. Kita boleh nampak apa elemen
yang istimewa rumah tu ada yang mampu menambahkan nilai harga rumah tersebut.
Kursus ini diselang-selikan dengan Kuliah, Tutorial dan
Ilearn. Tutorial diwujudkan sebagai sesi untuk Lecturer buat latihan dan
praktikal. Kiranya lagi bermanfaatlah sebab pelajar memang giat bertanya soalan
masa Tutorial. Kuliah dijalankan di dalam kelas, serupa kelas kat sekolah je.
Tak payah nak acah Dewan Kuliah Auditorium bagai, belajar dalam kelas lagi
mudah engage dengan Lecturer dan lagi mengukuhkan bonding sesama rakan sekelas.
(Jangan risau guys, ada aircond)
Terserah pada Lecturer nak mengajar guna projector atau papan
putih. Dan korang juga akan dibekalkan nota dalam bentuk helaian kertas by
topics sebelum kelas berlangsung. Ilearn pula ialah satu cara pembelajaran atas
talian. Korang tak perlu pergi kelas, buka akaun Ilearn masing-masing untuk
jawab soalan online yang akan dikira markahnya sebagai carrymarks. Senang je.
Sekiranya tak mampu untuk beli laptop, takpe. Sebab ramai je
kawan-kawan takde laptop. Memang tak guna laptop sangat pun. Untuk presentation
dan buat report je.
Sebab kenapa korang perlu cuba untuk join kursus Diploma ini memang menarik.
a) Peluang pekerjaan
Nak cerita berkenaan peluang pekerjaan ni sampai ke Subuh Zohor Asar Isyak Maghrib Solat Jumaat tak habis nanti. Senang cakap, jangan risau. Prospek pekerjaan EM mampu menjadikan anda seorang yang kaya dan berkerjaya dan bukannya menganggur. In shaa Allah.
Pekerjaan tersedia :
Penilai hartanah (Kerajaan & Swasta)
Agen hartanah
Pengurus projek
Pengurus hartanah
Peguam hartanah (Solicitor)
Pakar selenggara bangunan
Pegawai Tadbir Daerah
Pegawai Undang-Undang
Konsultan hartanah
Penganalisis hartanah
Layari website TipsHartanah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan kerjaya: http://tipshartanah.com/2012/04/kerjaya-graduan-lulusan-hartanah/
b) Jimat duit
Jujur aku cakap, kursus EM ni memang jimat duit. Takpayah beli set alat tulis, bahan material seni, buku tebal macam buku Law atau Medic, laptop, buku rujukan and so on. Sampaikan student EM yang dapat baucar buku 1 Malaysia tak tau nak belanjakan baucar tu untuk apa. Barang-barang yang selalu dibeli pun semuanya barang kehendak, bukan keperluan untuk kursus ini. Kursus ni selalunya buat kerja berkumpulan, minimum 3 orang. Jadinya boleh la tong-tong duit sama-sama supaya bajet terjaga.
c) Keperluan
Nature kursus EM ni sememangnya menepati keperluan hidup kita sebagai manusia. Harta merupakan keperluan manusia. Setiap manusia akan memiliki harta. Bila kita belajar EM, kita akan belajar benda yang memang akan kita apply dlm kehidupan.
1. Cara buat perjanjian sewaan rumah
2. Perjanjian jual beli
3. Proses pembelian rumah
4. Cara mengenal pasti scammer dlm transaksi hartanah
5. Langkah membeli rumah
6. Bila dan bagaimana untuk menjual hartanah kita pada saat yang akan memberikan untung yang paling maksimum
7. Cara mendraf pelbagai jenis kontrak yang akan menjaga hak sendiri
8. Belajar tntg jalan, lokasi dan arah tuju ke tempat lain sbb kita bnyk kne jalan-jalan tgk site
9. Belajar berinteraksi dgn orang pejabat, orang besar kerajaan, orang besar universiti dan komuniti
10. Cara untuk menguruskan emosi bila kena marah, ejek, perli dan halau dgn org awam
d) Senang
EM ni mudah! Tapi bukan mudah sampai tak perlu belajar pun boleh faham. Effort tu kena ada la.
Ada sesetengah org yg claim, kalau course yg sgt bersangkut paut dgn kehidupan kita, buat apa kita nak belajar lagi?
“Buat apa masuk U untuk belajar bnde yg mmg kita akan belajar indirectly through kehidupan kita? Mcm Estate Management, Business, Office Management, Human Resources and so on. WHY?”
Here’s a thing. (Aku mampu cerita on behalf of EM jelah ya). First of all, EM ada kerjaya dia sendiri. Yes kita belajar tntg smua transaksi pembelian, sewaan hartanah yang biasa, mendraf perjanjian yang boleh kita belajar daripada sumber online dan banyak seminar yg ada disediakan utk ajar kita tntg ilmu hartanah. Tapi kan guys, silibus EM memang sediakan platform utk kita jadi pakar hartanah, mendapat title professional, dpt lesen diiktiraf undang-undang, dan boleh buka syarikat hartanah sendiri.
Its a huge different, in my point of view. Diploma Kursus Pengurusan Hartanah membawa kita separuh jalan dalam menjadi Agen Hartanah dan Penilai Hartanah berdaftar dan berlesen. You have no idea how powerful the qualifications and licences in EM could help us in achieving future success in property platform.
Syarat Kelayakan memohon kursus :
Berikut merupakan syarat kelayakan yg diambil dari http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2018 . Semua subjek ni MESTI dapatkan C.
MESTI kne ada Math atau Addmath C
MESTI kne ada Sains atau (Subjek Sains salah satu) C
MESTI kne B. Inggeris C
Akhir kata, aku gembira dengan Diploma Pengurusan Hartanah dan In shaa Allah akan habiskan Degree dalam Pengurusan Hartanah lagi setahun setengah. Bagi sesiapa yang ada sebarang soalan, boleh komen atau emailkan pertanyaan. Aku akan cuba bantu mana yang boleh yer. Semoga berjaya!
Email : akram.amr97@gmail.com
Kalau terjumpa aku kat mana-mana, tegur ya!
Boleh tengok akaun Twitter @silly_boney & Instagram @amrl.akram.
Boleh baca frequently asked question tentang course ini di bahagian comment di bawah atau pun click link yang diberi! Aku ada jawab banyak soalan-soalan kawan kita kat Twitter aku @silly_boney.
https://twitter.com/silly_boney/status/991193082468093953
Salam sauadara saya calon spm 2017 pendapat sauadara la kan patut saya ambil diploma dlm pengurusan hartanah ni terus ke pegi matrik duluan???
ReplyDeleteSaudara ada dua pilihan iaitu ambil diploma pengurusan hartanah & masuk program matrik? Saya cdgkn ikut minat saudara. Jika mmg niat utk ke arah property, pilih diploma. Matrik adalah utk jurusan sains matematik khususnya. Diploma Pengurusan Hartanah dh tkde tukar2 course lepas ni. Stick to this till finish.
DeleteThanks for the reply .mmg niat arah property sbenarnya .syarat kelayakan course ni saya tgok kepujian math or addmath dan kepujian kimia atau physics betul x? Kalau boleh mmg x nk msuk matrik x nk jmpa physics bio kimia anyway tq sbb reply
DeleteUitm fully english ke ? Sebab saya bi bkn bagus sgt . Cuma lulus je .
ReplyDeleteDasar UiTM mmg fully english. Tapi bertenang, sbb lecturer mmg memahami students. Notes, slides dan systems smuanya dlm bahasa inggeris, tapi sesi pembelajaran dan pengajaran boleh berlangsung dgn selitan bahasa melayu. Tak faham bgtau. Nak sruh lecturer ulang, bgtau. Jwb exam mmg full english.
DeleteKalau nak sambung degree boleh pilih cawangan ke? Contoh kalau dapat degree EM kat SI tapi nak tukar kampus shah alam. Boleh tak?
ReplyDeleteYg ini saya yakin tak boleh. Ramai senior yg ble dh dpt SI, kne truskan dkt SI. Tapi ada cara utk dptkan cawangan yg dipilih. Email saya di akram.amr97@gmail.com. Kita discuss di sana.
Deleteassalamualaikum. saya nak tanya, course ni memang banyak melukis or skecth ke? rasanya org yang tak pandai melukis mcm saya ni boleh go through couse ni tak? hope a reply from u as soon as possible, tq :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam :) Sketch dan lukisan mmg sikit. Sgt sikit tapi akan ada dlm subjek Bangunan (Building). Jgn risau. Bnde ni tkkn gnggu awak pun. Ia hanya challenge yg kecil utk diatasi.
Deletelukis benda basic ataupun yang macam budak architecture buat?
DeleteBasic. Sgt basic. Tapi, utk impresskan lecturer dan score melebihi markah-markah kebiasaan, klau awak refer ilustrasi di internet dan sedaya upaya buat lukisan yg complicated, lecturer akan hargai sgt sgt. Nampak lah minat dan gigih tu.
DeleteAs slm sy mau tnya..sijil diploma EM uitm nhe senang kha mau dpt krja?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Maaf diatas kelewatan reply. Pada pandangan saya, melihatkan semua senior-senior dan cerita from lecturer, mmg sgt senang. Sbb kebanyakan company mmg nk cri employee yg core dia em. Takramai graduan em diploma sbb diploma hanya ditawarkan oleh UiTM Perak. Mmg sng dpt kerja in shaa Allah hehe
DeleteAssalamualaikum, saya amik sijil Pengurusan Harta tanah so semua subjek yang awak sebutkan tadi saya dah cover semua basic dia. rancangan selepasni nak sambung diploma, so rasa macam excited pulak nak amik diploma lepas ni , sekarang tengah buat praktical so best!!!!
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Wah, baguslah. Bila dh cover basic, mmg confirm dpt conquer this course. Based on apa yg awak tulis, nmpk awak mmg minat Pengurusan Hartanah. Kiranya kita geng haha!
DeleteAssalamualaikum.kalau exam utk pengurusan hartanah ni dlm bahasa inggeris ke? Kalau buat presentation guna bahasa inggeris jugak ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Dasar UiTM mmg fully english. Tapi bertenang, sbb lecturer mmg memahami students. Notes, slides, presentation dan systems smuanya dlm bahasa inggeris, tapi sesi pembelajaran dan pengajaran boleh berlangsung dgn selitan bahasa melayu. Tak faham bgtau. Nak sruh lecturer ulang, bgtau. Jwb exam mmg full english.
DeleteAssalam ..klau bhsa inggeris low satisfaction xpe kot ..
ReplyDeleteWslm. Perlu dpt sekurang-kurangnya KEPUJIAN untuk layak.
DeleteSo kiranya addmath wajib b?
ReplyDeleteEither Addmath atau Math kena dapatkan KEPUJIAN (C) paling lowest. If takde Addmath, dia akan tgk Math. Vice versa. Harap membantu!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat sejahtera. sya baru saja habiskan diploma sya dalam bidang pentadbiran awam. So, rasa-rasa nya dapat tak untuk sya apply pengurusan hartanah ni untuk sambung degree sya, since mcm dah berminat je dengan course ni. Thank you :)
ReplyDeleteSaya tak pasti tntg mekanisme cara UPU memilih student utk dpt courses. Sbb saya hanya dpt membantu utk bg clarification tntg content course ni shj. Semua tu diluar pengetahuan saya.
DeleteHai, saya nak tanya berapa lama ye tempoh pengajian ni? kursus ni kat shah alam kan? dan berapa yuran pengajiannya?
ReplyDeletemaaf mencelah tapi rasanya seri iskandar, perak
DeleteHai, 3 tahun (6 Semester). Sila baca content blog sebelum bertanya. Semua dah diberitahu dlm posting. Rajinkan membaca. Yuran berubah mengikut tahun. Saya dikenakan RM450-550 per semester.
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanya kalau sambung degree berapa tahun?
ReplyDeleteAssalamualaikum. tumpang tanya, EM ni senang ke nak dpt keje nnt di bawah kerajaan? dan susah ke subjek² yg perlu dipelajari?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya ambik spm thun ni n aliran saya business, boleh ke sye ambik course property even time skola ambik aliran business?
ReplyDeleteSalam..nk tanya pendapat..sesuai ke bidang ni utk perempuan?apa attitude yg perlu ada utk belajar bidang ni..
ReplyDeleteWslm. Sgt sesuai tak kira jantina. Takde masalah pun. Bidang ni tak ganas pun smpai perempuan tkleh go. Attitude yg perlu ada ialah rajin buat calculation, rajin membaca, tak belajar last minute & bijak uruskan nota. Goodluck!
Deletesalam..nk tya...course ni kita letak nombor brapa masa isi upu???
ReplyDeleteItu saya tak pasti. Cari AP115 Diploma Pengurusan Hartanah UiTM. Goodluck!
DeleteAssalamualaikum saya lepasan spm 2017.. ape kelayakan nak join kos ni.. sebab aku amik sub civil time spm & addmath x berapa cantik.. boleh ke join ?
ReplyDeleteYeke senang dapat keje? Sye dah menganggur 1 tahun, lepasan dak diploma hartanah utm..
ReplyDeleteSaya akan bagi jawapan dan saya rasa evaluation saya tntg situasi job opportunity yg tersedia di market valid since saya pun dah dapat diploma. Saya dan kawan-kawan yg selesai praktikal banyak dioffer kerja. Ada dalam bahagian Valuation dan Estate Agent terutamanya. Bhgn Development tak berapa sgt sbb maybe perlukan Degree.
DeleteTgk semula CGPA dan softskill diri. Bidang hartanah byk peluang pekerjaan. Even skrg saya bekerja part time sambil belajar Degree fulltime.
tumpang tanya,berbekalkan diploma apa kerja part time abang sekarang eh?sbb sya otw nk buat diploma EM taon ni
DeleteSekarang kerja apa dan gaji berapa?
DeleteSalam, nak tanya if masuk diploma pengurusan hartanah boleh ke nanti bila degree ambik course law?
ReplyDeleteKalau lepasan matriks camna prosedure?
ReplyDeletesalam. masih simpan nota nota EM tak hehe esp part 2 and above
ReplyDeleteSalam, masih simpan lagi tak nota EM part 3 and above ?
ReplyDeleteHai, Akram rupanya. Perkongsian yg bermanfaat untuk org lain tahu jgk pasal em ni. Saya diploma part 5 and next semester intern. Boleh bagi tips tak nak cari tempat praktikal ni?
ReplyDeleteHai! Siapa ni ya? Kenal saya ya? Haha.
DeleteBaik, tips untuk tempat praktikal. Bagi saya sebagai seorg yg pentingkan development diri, saya personally choose utk tmpt yg tak terlalu established. Pilih company yg tak famous sgt supaya intern ada ruang utk dpt kerja yg berkualiti & ilmiah.
Sbb based on apa yg kawan share bila masuk Developer dan Valuation yg established, mereka diberi kerja biasa-biasa. Tapi yg masuk dlm company yg developing, sgt aktif & byk belajar. Sbb mereka mmg akan bg kita belajar dri A-Z. Saya jenis pentingkan belajar basic.
Tentang swasta atau government sebagai pilihan tempat intern, saya tak pernah terfikir utk kerja di bwh government dlm bidang EM. Swasta semestinya disebabkan bidang ni agak berkuasa & mampu buat perubahan drastik pd bhgn besar tanah. Dan, kita akan laju kenal dgn org-org berpangkat dlm company swasta lain. Kable kuat.
Government sgt bagus bg mereka yg ingin kuatkan & mantapkan basic statutory valuation. Sgt teori & bagus if nk smbung degree. Lagi nampak apa yg akan dipelajari mse degree.
Hi assalamualaikum , saya dpt tawaran kos EM diploma di SI , merupakan pelajar spm2017 . Nervousnyaaa , harap semuanyaa baik baik sajaa 😃😃 .
ReplyDeleteHi Waalaikumussalam! In shaa Allah akan baik-baik. Always pay attention dalam kelas and take notes benda yg lecturer ckp ok. Jngan study last minute! Ni paling penting as university student.
DeleteHi, pekerjaan dalam bidang hartanah ni luas ke kat Malaysia? And sangat berbaloi ke? Sebab saya memang tengah dilema ni hahah. Saya spm2018
ReplyDeleteBerbaloi dik. Teruskn
Deleteasalamualaikum boskur , saya nak ajak call boleh ke / ws nak tanya sikit ni huhuh
ReplyDeleteAssalamualaikum.. boleh saya tahu, adakah anda masih di uitm shah alam lagi? Saya juga pelajar EM di Uitm shah alam dan bulan 3(2019) ni saya akan jadi budak Sem 3... saya dapat rasa Sem 3 dan keatas akan lagi mencabar.. saya harap boleh jadikan anda sebagai rujukan saya.. boleh kongsikan pengalaman dan cara utk score course ni?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum. kenapa owner blog ni comel ? hmm
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Alhamdulilah haha. Terima kasih banyak sbb puji ya! Have a nice day haha!
DeleteSalam jumlah keseluruhan kos pembayaran utk diploma pengurusan hartanah ni berapa.adakah asrama disediakan diseri iskandar? Tq
Deletenak apply course ni kat upu ke
ReplyDeleteYa betul. AP115 Diploma Pengurusan Hartanah. AP225 Sarjana Muda Pengurusan Hartanah.
Deletekalaum ambil diploma em, pastu sambung degree em
ReplyDeletebrp sem?
Kalau student dari Diploma EM (3 tahun iaitu 6 semester), Degree EM hanya 2 tahun iaitu 4 semester tanpa praktikal. Sekarang ni starting this year, student EM Degree yg from Diploma EM akan tiada praktikal.
DeleteJika dari matriks atau asasi, Degree EM akan jadi 7 semester iaitu 3 tahun setengah.
Saya stpm 2018 dan agak berminat dgn kos ni . Takde basic psl EM ni tapi boleh tak survive utl degree EM ? Dan degree EM di kampus mana ya? Tq
ReplyDeleteUntuk*
DeleteOkay takde reply hahahahaha
DeleteKalau diploma ambik course em, tapi nak sambung degree ambik course law boleh ke ?
ReplyDeleteSaya tak pasti tentang ni. Tapi secara general yg saya tau mmg boleh. Cuma nanti lamalah jangka masa study sbb lompat-lompat course. Dan please rujuk dgn bhgn fakulti law universiti yg berminat. Tanya dia tntg ni. Takut polisi berubah.
DeleteRamai x student EM dkt SI?
ReplyDeleteBatch saya ada 6 kelas. Satu kelas average students 30 orang. Bagi saya, mmg ramai. Sbb after my batch, jumlah kelas increasing.
DeleteAssalamualaikum bro...sy calon spm 2018..dh nk isi upu ni : ) ...utk course ni banyak saingan x antara student lepasan spm macam sy ? : )
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Banyak saingan. Dulu tak berapa banyak. Skrg org dh makin mengenali course ni. Tapi if result baik, jgn risau. Mmg senang dpt. Make sure mmg menepati syarat kelayakan je, trus dpt in shaa Allah.
DeleteSaya pelajar smkpu1 tahun 2018 as form 5.. hye senior!!!! now nak kena pikir nak pilih bidang apa untuk upu��
ReplyDeleteHai junior! Haha fikir baik-baik ya. Pilih sbb minat, jangan pilih ikut org atau paksaan. Trust me on this!
DeleteSalam. Saya perlu ambil tingktan 6 dulu ataupun teruskan diploma?
ReplyDeleteWasalam. If i am to advise my personal opinion, terus ke diploma. Why spend another 2 years in form 6?
Deleteassalamualaikum, saya ambil math dngn addmath tapi math saya ok cuma addmath saya gagal cene tu huhuhu sedih ah
ReplyDeleteassalamualaikum, banyak tak assignment yang menggunakan laptop?
ReplyDeletebanyak la jugak sebab setiap subjek kena buat report so microsoft word tu kene ada la
DeleteSalam, adakah betul course ni luas pekerjaan dia dan senang untuk dpt kerja? Maklumla skrg ekonomi negara kite kurang baik. Itu shj terima kasih :)
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya tlh mendapat tawaran untuk ke dip peng hartanah, dan saya sekarang didalam form 6. Sekarang saya buntu sama ada untuk meneruskan form 6 atau tukar ke dip pengurusan hartanah. Btw, aim saya adalah untuk menyambung degree dalm bidang law, dan saya mmg teringin untuk menjadi lawyer hartanah iaitu cita2 saya dri dlu.
ReplyDeletewalaupun ada belajar law dalam kos ni, saya tak sarankan untuk amik kos ni kalau awak nak jadi lawyer
Deletedik klau nak jd lawyer kene trus pegi pd bidg law dik
DeleteKursus Diploma Pengurusan Hartanah ni hanya akan mudahkan buka peluang sekiranya anda nak jadi Lawyer Hartanah, Solicitor, tapi lawyer dgn skop kerja lebih luas tidak boleh melalui diploma pengurusan hartanah. Untuk Law, perlu masuk foundation law dulu untuk ke degree law. Jadi kalau bidang Law yg diminati, boleh terus ke Asasi Law. Ada juga di UiTM Shah Alam dan UKM.
DeleteDiploma EM ni cuma ada dkt SI je ke?
ReplyDeleteUntuk diploma pengurusan hartanah mcm mna silibus pembelajaran dia
ReplyDeletetolong jwb..overall awak bljr psl land..cmne nak urus pemetaan..sempadan..polisi akta dll..psl development....prsospek ekonomi tanah dll..memg luas..nak tau details wsp 011-16930576
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum akram,,,say fendi dari jitra kedah.sebelum saya bertanya lebih lanjut pertanyaan yang akan saya tanya bukan untuk diri saya tapi saya bertanya bagi pihak anak sulung saya lepasan spm 2018 sebagai rujukan yang akan mendaftar sebagai EM student di uitm seri iskandar pada 21/07 nanti.sebagai EM student tentu akram tau apakah jenis yuran2 yang akan dikenakan dan berapakah kadar yuran2 yang akan dikenakan pada anak sulung saya.bolehkah akram terangkan pada saya apakah jenis2 yuran yang akan dikenakan dan berapakah kadar yuran yang akan dikenakan pada anak sulung saya atau yang harus anak saya bayar.harap akram dapat menjawap atau membalas soalan saya seberapa segera yang mungkin melalui email saya alongfendi777@gmail.com atau melalui whatssap dinombor saya 017-5946780 atau nombor isteri saya di nombor 017-4936325 sebagai rujukan saya supaya senang untuk anak saya membuat persediaan apa yang patut lebih awal.sekian terima kaseh...
ReplyDeleteSalam boss..mcm Mana klau sy dpt math A Dan sume subjek fizik,kimia,bio sy dpt c tapi subjek addmath saya G..masih Ade peluang xutk sya ambil course pengurusan hartanah ni?
ReplyDeletebole lg dik..ipts nak 3 kredit je..ipta nk 5..
DeleteSalam bro. Sy pljr lpsn stpm. Tdi ade sorang uncle ni suggest sy smbung degree ambik pnilaian pngurusan hartanah. So, sy ttbe berminat dgn kos ni. Tp, sy dh dpt ukm kos linguistik. Upu pn dh tmt kn...sy mcm urgh konfius
ReplyDeleteSalam. Anak sy dapat diploma sains mathematics, daftar pd 20hb julai 2019. nk tukar ke diploma EM bagaimana carannya?
ReplyDeleteSalam, actually course ni mmg interesting! Nk tnye so far diploma & degree EM yg awak ambik kat Uitm bnyk fokus dlm kelas ke aktiviti luar? Then student dlm course ade brape org untk batch awak? Saya alumni degree EM dari Uthm 14/18 dan skrang keje as Property manager
ReplyDeleteWslm. Bagi saya, UiTM fokus pada both teori dan praktikal. Sbb setiap semester mmg akan ada kerja lapangan, sbb itulah pelajar dia tak kekok utk buat site visit atau berhubung dgn pejabat-pejabat government utk dokumen. Balance bagi saya. Batch saya tak sure brapa ramai, tapi utk diploma dulu ada 6 kelas dan satu kelas average 25 students. Wah, property manager under company mana tu? Mcm brminat nk tnya tnya dan berkenalan.
DeleteOo mcm tu, kire bnyk jgk kelas awak. Saya dulu satu kelas je ade 150+ student, untk satu subjek paling banyak pecah jadi 3 kelas then for other subject mmg dduk dlm dewan kuliah 150 org cmtu dgn sorang lecturer. Actually saya dpt keje ni within 6 months after graduated, hehe company biase je but its good for me to gain experience as fresh grad. Boleh je bro, saya stay and keje KL anything bleh contact saya 013-6760288
DeleteSalam perkenalan, saya student degree uthm dan course ni memang menarik 😊
DeleteHai..which one you prefer intern kat estate agent firm or valuation firm and mana lagi bagus ea
ReplyDeleteBoleh tahu tak subjek property management belajar apa? Lebih kepada apa? Ada teori je ke calculation sekali? Ada economic sikit ke dlm tu? Ada kena keluar2 buat kerja lapangan ke? Diharap boleh dibalas dlm masa terdekat ni.
ReplyDeletetolong buat assimet boleh
ReplyDeleteutk pjj boleh amik ke course ni??
ReplyDeleteSaya tak pasti. Saya rasa boleh sbb ada kawan yg pernah rancang pjj em, cuma akhirnya dia dapat course lain. Jadi saya taktau for sure.
Deleteterimakasih memberi pendedahan ttg kos ini. 😠dah dpt sikit ilmu psal kos ni sblm ni xtahu apa lagi. sya rsa sya dh berminar dgn kos ni
ReplyDeletesalam,, kalau saya nak buat intern dekat company area kl mana yg sesuai ye? sbb saya byk study ke arah valuation but saya tak minat nak jadi valuer buat masa sekarang n saya lebih berminat ke arah estate agent. harap dapat balas dengan segera
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Baiklah, untuk cari company intern mudah shj. Kita sebagai student EM PERLU cari company yg registered under Board. Buka website http://search.lppeh.gov.my/ ni di bahagian carian, lepastu "search firm" dan pilih State Kuala Lumpur & Type Estate Agent dan sebagainya. Goodluck!
DeleteE- Estate Agent
PM- Property Management
V- Valuation tapi boleh jadi company tu buat semua practice V+E+PM.
nak tanya, kalau ambik diploma em boleh transfer credit x utk bachelor em
ReplyDeleteBoleh! Saya sendiri dpt transfer kredit. Byk dpt pengecualian. Boleh baca post blog saya tentang Degree Pengurusan Hartanah. Boleh cari di archive blog ni atau check latest post �� Saya tulis subjek apa yg boleh dpt pengecualian & yg tak dapat.
ReplyDeleteNaj tanya, sy bulan 7 ni baru habis bljr utk sijil pngurusan hrtanah .. if sy nk apply uitm , how eh?
ReplyDeleteIf sijil, saya tak sure boleh terus ke Degree atau kena ambil Diploma EM terlebih dahulu. Sebab saya tak pernah handle or experience bantu student from peringkat sijil. Tapi memang kena thru sistem UPU. Beli pin BSN dan daftar thru UPU dan pilih kod EM kursus AP115 (Diploma) & AP225 (Degree). Maaf sebab tak dpt bantu byk. Tapi saya harap pun you dapat share bila you dah dpt jwpn. Boleh bantu kawan lain.
DeleteAslm, sya nk tnya.. kan course em dia akan tgk math or addm. Contoh klau math dpt A tpi addm dpt D adakah result addm tu akan bgi effect?
ReplyDeleteTak. kalau math lagi tinngi dia takkan pandang addmath dah. Mcm tu juga sebaliknya.
DeleteOkay thank you
Deletebgus blog nice info dik..bidg hartanah /land ni memg memg besar peluang kerja ..jika ade adik2 yg tk dpt upu.jgn sedih..bole msuk dkt geomatika uni kl... nak bljr bidg hartanah dan geomatik /ukurtanah pun bole .. bole pm sis..intake utk july dh mula....ade tawaran biasiswa dan percuma asrama..serta yg penting program job placement yg bole jamin kerja..nak tau lebh psl program ni bole wsp ka 011-16930576 (sijil dan diploma)
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya. Layak ke saya kalau saya dari course Information Management nak tukar kepada Course hartanah ni?
ReplyDeleteHello, penerapan degree ni untuk student last sem je ke? Or lepasan diploma pun boleh apply?
ReplyDeleteKalau tkde boleh melukis total, sesuai tk ambik kos ni
ReplyDeleteHi saudara,
ReplyDeleteTerima kasih sebab tulis blog ni, sekarang saya tengah survey kursus EM ni untuk adik saya yang baru dapat keputusan SPM 2020 tadi.. sekarang ni saudara dah habis belajar dan dah kerja ke?
course ni , dlm pembelajarannya fully english ke? dan kalau habis diploma boleh sambung degree ambik course apa . tq . spm2020
ReplyDeletehai nak tanya, untuk course ni pakai autocad ke
ReplyDeleteassalamualaikum, nak tanya, kalau ambil kos ukur bahan waktu diploma , bolehkah sambung degree untuk kos ini ?
ReplyDeletehi nak tanya saya dalat course ni & saya lepasan spm2023 nak tanya course ni still okay ke untuk amik.nanti nak kerja and intern pun okay ke?
ReplyDelete