Perkongsian oleh Akram Noor
Rumah sewa boleh diuruskan oleh
tuan rumah ataupun diwakili agen hartanah yang telah dilantik sebagai orang
tengah. Kesemua tindakan & arahan agen hartanah adalah input langsung
daripada tuan rumah.
Penyewa perlu faham
yang agen hartanah perlu lebih cenderung untuk menjaga hak tuan rumah, akan
tetapi, agen hartanah yang baik perlu bertindak adil kepada kedua-dua belah
pihak. Agen hartanah akan sentiasa mencadangkan strategi untuk memberi
keuntungan maksimum kepada tuan rumah, sekaligus kena bertindak adil pada
penyewa.
Tapi tak semua manusia dalam
dunia ni baik belaka. Jadi kita kenalah equip diri sendiri dengan ilmu supaya
tidak dianiaya. Ikut nasihat aku.
1. Baca & fahamkan tenancy agreement
Tolong baca sepenuhnya agreement.
Jangan terburu-buru, duduk berbincang & tanya tentang perkataan yang tak
faham. Jangan ambil ringan. Jangan percayakan tuan rumah atau agen sepenuhnya.
Selalulah cakna dengan isi perjanjian kerana kita akan membuat komitmen untuk jangka
masa yang agak lama. Anda sebagai klien BERHAK tahu apa komitmen yang bakal
anda hadap.
Tanya agen samada dalam tempoh
sewa, akan ada kenaikan sewa atau tidak. Jika dalam agreement, tiada menyebut tentang
kewujudan “rent review”, kadar sewa tidak boleh dinaikkan sama sekali walaupun
harga sewa pasaran mengalami kenaikan. Kadar sewa dinaikkan akan menyebabkan
“breach of contract” kecuali mendapat persetujuan penyewa.
Ini masalah yang kerap berlaku
dikalangan penyewa. Penyewa perlu menghabiskan tempoh sewa terlebih dahulu,
baru boleh mendapatkan semula deposit. Walaupun penyewa inform agen untuk
keluar dari agreement 3 bulan awal dari tarikh tamat tempoh sewa, penyewa masih
tidak akan dapat deposit semula kerana masih dikira sebagai “breach of
contract”.
Penyewa hanya akan mendapat
deposit semula sekiranya dalam agreement ada terma yang membenarkan penyewa
keluar dari rumah dengan pemberitahuan awal 3 bulan & tuan rumah perlu
memulangkan semula deposit. Berbalik semula kepada persetujuan bersama.
Finalizekan tugas kedua belah pihak. Siapa yang
bertanggungjawab untuk selesaikan :
1. Maintenance
fee
2. Bil elektrik
& air
3. Kos wear
& tear fittings & fixtures rumah
4. Bil WiFi
5. Kos duplicate
kunci & kad lif
Jangan dah tengah tahun,
tiba-tiba tuan rumah cakap penyewa yang kena ganti lampu rumah yang rosak sebab
wear & tear. Itu normally ialah tugas tuan rumah. Selalunya penyewa akan
bertanggungjawab untuk kerosakan atas sebab kecuaian atau salahguna.
Aku paling particular bab ni
sebab aku tak suka dipersalahkan untuk kerosakan atau kehilangan barang yang
bukan salah aku. Bila dah bersetuju untuk masuk perjanjian, ambil gambar rumah
dengan jelas. Sebelum penyerahan kunci selepas tamat tempoh menyewa, ambil
gambar juga & simpan dalam folder laptop.
Rakam video sekiranya perlu. Ini
boleh dijadikan bukti sekiranya kita perlu bayar ganti rugi untuk kehilangan
kerusi, jam dinding, tong sampah yang bukan salah kita kerana memang barang
tersebut tiada waktu kita jejak masuk rumah. Sentiasa letak diri dalam posisi
selamat. Zaman sekarang, orang dah tak percaya cakap mulut. Perlu ada bukti
fizikal & visual.
6. Ganti orang
Ini kerap kali berlaku apabila
penyewa ingin keluar dari rumah sebelum tarikh tamat menyewa. Anda memang boleh
tukar orang tapi kena ingat, nama anda ada dalam agreement rasmi yang telah
disetem hasil. Sekiranya penyewa ganti ada buat masalah atau kerosakan, anda
yang akan dicari.
Macam mana untuk tak terlibat
dengan isu ini? Anda perlu buat agreement baru menggunakan nama orang ganti,
untuk habiskan baki tempoh sewa. Tapi ingat, anda jugalah yang perlu keluarkan
kos renew & kos setem agreement baru.
Acap kali, agen hartanah terlupa
atau sengaja tidak memberitahu kos tersembunyi spt bayaran parkir bulanan,
maintenance fee, gym membership etc. Ini kerana mereka nak cepat close deal
sebab penyewa teruja harga sewa murah tanpa mengetahui kos-kos tambahan sepanjang
menyewa.
Tanya tentang berapa jumlah
parcel parkir yang disediakan percuma, berbayar & harga untuk parcel
tambahan. Survey tentang visitor parking & open space berdekatan dengan
rumah. Kena ingat, kadang-kadang kita ajak kawan datang rumah untuk study group
& boleh jadi semua ahli rumah nak bawa kereta masing-masing.
Tangkap gambar semua resit &
simpan dalam folder laptop. Simpan dalam fail resit fizikal. Buang hanya
selepas selesai semua urusan clearance rumah & selepas berjaya dipulangkan
semula deposit.
Setiap instrumen undang-undang
perlulah dimatikan dengan setem hasil dalam tempoh 30 hari dari tarikh sign
perjanjian. Ini supaya perjanjian tersebut dapat dijadikan evidence di dalam
perbicaraan mahkamah. Jika berlaku apa-apa isu & perjanjian tidak pernah
dimatikan dengan setem, kesalahan pihak lain tak boleh dikenakan tindakan
undang-undang sebab perjanjian tu tidak diacknowledge oleh pihak mahkamah. Kos
stamp duty akan disekalikan dengan kos penyediaan perjanjian oleh lawyer.